^-^

142 13 4
                                    

Aku mundar mandir di belakang pentas. Zee, rilek Zee.

Kertas ditangan di genggam erat. Nafasku berombak.

"Niazee, awak dah boleh mula."

Aku memandang Cikgu Yani seraya menngangguk..

"Terima kasih, cikgu."

Aku menarik nafas dalam.

Langkahku dibuka menghampiri meja mc di tengah pentas. Bibirku melakar senyum.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan guru besar, Tuan Khairul Faiz serta guru guru tingkatan 3 dan 5 sekalian."

"Dengan izin Tuhan yang Esa, saya Niazee Iman akan bertanggungjawab sebagai pengacara program pada hari ini."

Aku menahan getar.

Ya Allah....

Aku nak lari turun pentas kalau boleh.

"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Airul Danish yang merupakan ketua pelajar tingkatan 5 kerana sudi menerima kami dalam program ini."

Mataku tanpa sengaja memandang ke arah tempat lelaki.

Ada beberapa orang lelaki mula mengusik sesama sendiri.

"Dia cakap dia dah lama sudi!"

Suara nakal mula kedengaran. Ramai mula membahan.

Aku tak suka bila jadi macam ni.

"Baiklah hadirin sekalian, bagi menerangkan atur cara program pada hari ini, saya menjemput saudara Izz Anaqi dan saudari Ameerah untuk tampil ke hadapan."

Aku mula berundur beberapa tapak.

"Everything is okay, Zee."

Ayat itu sempat Meera bisikkan ke telingaku.

Meera, kalaulah aku seberani kau....

***

"Kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr."

Aku meraup muka.

Alhamdulillah.

Akhirnya tamat.

Aku berjalan menuruni tangga pentas. Rakan rakanku sudah mula menunggu di situ.

"Hebatlah, Zee."

"Tahniah, Zee."

Macam aku terima hadiah je gaya diorang ni.

Jap.

Mataku meliar. Mencari kelibat beberapa orang.

Fuh.

Nasib baik takde.

"Kau cari budak lelaki ke? Diorang ada hal tadi, cikgu panggil."

Aku mengangguk.

"Kau nak lari dari Hafiy ke?"

Ryna menebak.

Aku terdiam.

"Betul kan apa yang Ryna cakap, Zee? Sebab Hafiy pun tak berapa cakap dengan kitorang."

Kini Eazy pula menyoal.

Aku tersepit. Mana Meera ni? Fatihah, apa aku nak balas ni?

"Wow.. tengok apa yang kita jumpa. Niazee Iman..."

Kami menoleh serentak.

Form 5 lelaki?

Kenapa diorang tak balik sekolah diorang lagi?

"Dia takutlah kau tegur macam tu. Sopan sikit.."

Aku kenal orang yang bersuara tu.

Ye lah.

Siapa je tak kenal si Airul Danish, ketua pelajar form 5 ni.

"Kenapa ya? Lupa jalan balik ke?" Fatihah sinis menyoal.

Suka hati dia je nak ganggu perempuan!

"Uish, lek lu. Jangan marah. Nak kenal pun salah..."

"Memang salah sebab ajnabi."

Fatihah membidas kembali.

"Ouh, ye lah ustazah. Kami cuma nak kenal dengan Niazee je kan? Bukan nak kenal dia."

Airul menggeleng.

"Redza, jomlah blah. Ramai orang tengoklah."

Lelaki bernama Redza itu mencebik.

"Kau pun nak jadi kolot ke bro? Biasalah orang pandang, famous kot."

Aku lah dengan mamat hidung tinggi ni.

Sebelum perang muncul, baik aku leraikan.

"Er... Korang berdua nak apa ya? Kalau nak jalan balik, rasanya korang dah 5 tahun tinggal sini."

Tanganku memegang erat tangan Eazy.

Gementar.

"Airul, kau punya buah hati sindir aku. Apa punya perempuan lah.."

Mataku membulat.

What?!

Buah hati?!

Uweeekk... nak muntah aku.

"Redz, jomlah. Lain kalilah kita jumpa diorang lagi. Bye."

Airul menarik kasar kolar baju Redza, sehingga tubuhmya terdorong ke belakang.

"Niazee... Airul minat kau!"

Muka ku memerah.

Bukan sebab malu, tapi sebab marah.

Tak malu!

Nanti aku cabut tiang bendera ni, aku akan pastikan dia hempap kepala Redza tak malu tu.

Aku menoleh ke belakang.

Wait...

Ryna? Puteri?

"Hey, guys..."

Aku panik. Kenapa pulak ni?

Air mata yang mengalir dari tubir mata Ryna makin membuatku gelabah.

"Ryna, Put, are you okay?"

Puteri mengelap air matanya yang mengalir.

"Zee... I'm sorry but...."

Aku menunggu ayatnya habis. "But?"

Nafas Puteri tersekat akibat tangisannya.

"We hate you damn so much.."

Aku terkejut.

What?!

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now