Aku merebahkan tubuh di atas katil.
Kopiah di kepala diletakkan di atas meja belajar di sisi katil.
Aku baru selesai solat isya' berjemaah yang diimamkan oleh Izz.
Beruntung siapa yang dapat dia.
"Hafiy, Izz, Niel, nak makan ke tak? Aku dah siap masak ni."
Aku terus terduduk.
Perut aku memang dah berbunyi dari tadi.
"Jap, aku turun ni."
Langkahku laju menuruni anak tangga. Nampak sangat kebulurnya.
Hahah.
Yeah, aku orang pertama sampai meja makan.
Bau makanan yang terhidang di atas meja dihidu. Kecur liur aku dibuatnya.
"Amboi, lajunya Fiy."
Aku menoleh ke bahagian dapur.
Naim sedang berjalan ke arah meja dengan pinggan di tangan.
Aku senyum seperti kerang busuk.
"Alaa, Naim. Masakan kau sedap sangat sampai aku rasa aku boleh hilang nyawa kalau tak makan."
Naim tergelak.
"Hiperbola nya kau."
Aku menoleh ke belakang. Izz dan Niel turut mentertawakan ku.
Ceh!
Mereka berdua dua mengambil tempat di hadapanku.
Manakala Naim menyenduk satu demi satu nasi ke dalam pinggan. Macam suri rumah pula.
"Kau memang power lah memasak. Patutlah Puteri boleh minat kau."
Aku berbicara spontan.
Tanganku menyuap nasi yang berlaukkan ayam masak merah ke dalam mulut.
Ya Allah...
Nikmat betul masakan Naim ni.
"Takdenya. Puteri tak minat aku lah. Dia ada orang lain."
Naim membalas selamba.
Aku memandang mukanya. Aik? Macam ada orang broken je.
"Pahal pulak?"
Niel dan Izz memandang kami.
"Puteri minat si form 5 tu. Apa nama dia? A.. A..."
"Airul Danish."
Hahaahah.
Makin serabut otak aku.
Siapa pulak tu?!
"Ada form 5 eh? Setahu aku ada form 1 sampai pra kolej je."
Kini giliran aku menjadi perhatian.
"Sekolah menengah rendah atas bukit ni, weyh. Menengah atas kat bawah sana tu..."
Otak ku mula memproses.
Yang mana eh?
"Tak payah nak teka dia yang mana, esok dia datang sekolah. Kau tengoklah dia puas puas."
Naim seperti memahami otakku yang dah terbalik ni.
"Uish, broken ke?"
Aku, Izz dan Niel gelak.
Naim pula tersenyum.
"Buat apa nak broken, bro? Baru form 3, kot. Perjalanan masih jauh."
Aku mengangguk. Terkesan nun jauh ke dalam hati.
"Kau tak sedih ke?"
Kening Naim terangkat.
"Buat apa nak sedih? Setiap hujung minggu aku kena tinggal rumah dia. Jadi perangai dia aku dah hadam dah."
Ketawa pecah.
Aku yang kenal Nia dari kecil ni pun belum hadam perangai dia. Tabah betul.
"Eh, jap. Alang alang aku nak tanya, korang dah fikir ke nak buat apa lepas PT3 nanti? Lagi beberapa bulan je."
Semua mengeluh.
Bertuahnya lah si Izz ni.
Haih...
PT3... PT3....
"Lepas PT3 jom lepak rumah aku. Nanti aku suruh adik aku ajak dayang dayang tu sekali."
Aku termenung.
"Sleepover ke?"
"Ye lah pulak. Takkan aku nak suruh kau ulang alik dari Perak ke Melaka?"
Eh, jap.
"Melaka? Bukan kau tinggal Perak ke?"
Niel menyoal dengan mulut yang penuh.
Izz tersenyum.
"Aku nak pindah rumah balik nanti. Syarikat ayah aku dekat Melaka, susah ayah aku nak balik Perak."
Kami mengangguk.
Ouh....
"Weyh, Hafiy. Bila nak cerita? Dari tadi aku tunggu ni."
Aku termangu.
Er... nak cerita ke?
Malasnya...
Mataku mengerling jam. Pukul 8.50 malam.
"Weyh, Niel. Teman aku sekejap."
Riak mukanya berubah.
"Pergi mana?"
"Rumah dayang kat depan sana tu..."
YOU ARE READING
Love In Friendship
De TodoZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon