'-'

68 6 10
                                    

"Kau tak yah pergi sana, sebab aku yang datang sini."

Semua terdiam.

Ya Allah, cikgu... Adnin... Hafiz... dengan... kitorang??

Semua mata memandang Cikgu Hafiz dan Zee silih berganti. Ui~ Zee, siapa suruh kau tak datang sana? Cikgu memang betul paksa kau ni.

"Kau nak lari lagi ke? Aku dah terpacak dekat sini dah." Eh, jap. Baru aku perasan yang Cikgu Hafiz guna aku-kau dengan Zee.

Zee mendengus kasar. Dia berdiri di samping Meera sambil berpeluk tubuh. Matanya tidak menghala ke arah cikgu, biadap lah sikit.

"Aku dah hantar surat, kan? So, aku dah takde apa apa masalah dengan kau."

"Ada orang luluskan ke?"

Ambik kau. Soalan dibalas soalan. Jelingan dibalas jelingan. Macam nak meletup je dua orang ni, baik aku blah.

Tanganku menepuk perlahan bahu Izz dan Naim. Aku menghantar isyarat 'Jom blah', lagipun ni bukan hal aku. Tak nak masuk campur.

"Er... cikgu. Kami minta diri dulu lah, ya? Zee, kitorang balik dulu. Bye."

Kami bertiga memusingkan badan lalu berjalan meninggalkan mereka. Aura gelap dah terasa kalau aku berdiri lama lama dekat situ.

Aura gelap dari Zee dan Cikgu Hafiz.

"Cikgu dah tak perlukan saya, kan? Saya gerak dulu, cikgu. Assalamualaikum."

Eh, Niel pun nak mengelat sekali? Baru nak ceroboh masuk bilik dia ambik ps4. Haih, hancur harapan.

"Cikgu, nak antara kami temankan Zee ke?" Ryna menyoal. Dia mesti nak pergi round kebersihan sekolah. Gopoh je gaya.

Gelengan Cikgu Hafiz mendatangkan kerutan pada wajah mereka. Risau pulak aku dengan cikgu muda sorang ni. Takkan nak biarkan berdua, kot?

Diorang macam teragak agak untuk pergi. Tapi akhirnya pergi jugak😑.

Jangan tanya aku apa yang jadi. Sebab aku dan tiga orang manusia ni dah sampai pagar sekolah dah pun, bye sekolah. Aku nak rehat kat rumah.

***

"Woi, Hafiy!"

Sergahan itu membantutkan langkah kami berempat. Ah, aku malas nak toleh sebab dah boleh agak siapa.

Apalah yang dia tak puas hati sangat dengan aku. Seingat aku lah, aku takde lah pulak ganggu hidup dia, kecuali dia yang ganggu hidup aku.

Stress pulak aku nak hadap muka dia hampir setiap hari. Dia pun punyalah rajin jalan kaki daki bukit semata mata nak warning aku.

Haih...

"Woi, b****!"

Diam. Aku malas nak layan mamat yang acah senior ni. Macam takde kerja lain je dia ni.

Niel memaksa aku untuk meneruskan perjalanan. Dia berjalan di samping aku, manakala Izz dan Naim setia di belakang.

Protective mode, on.

Semakin jauh kedudukan kami dengan senior yang acah gila tu, makin kuat bunyi derap kaki orang berlari menghampiri.

And...

Izinkan aku menyanyi boleh? Sebab aku dah terkejut tahap tertinggi dah ni. Tunggu jantung aku meletup je.

Depan kami berempat, berdiri sekitar 10 orang form 5. Termasuk 2 orang yang kat belakang sana tu, 12 orang lah.

Dekat setiap tangan diorang ada pelbagai jenis 'barang'. Aku guna perkataan ni sebab aku nak kurangkan rasa takut je sebenarnya. Kalau sebut senjata, aku cuma fikir mati je nanti.

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now