^-^

89 11 0
                                    

(Zee......................)

Kami bantai gelak.

Seriuslah Eazy? Garang juga kakak kita sorang ni.

Dari mood mengantuk, terus segar bugar dibuatnya.

Eazy mengangguk laju.

"Lepas dari kejadian tu, minah langsuir tu tak ganggu abang aku dah. Tahu takut."

Mukanya memerah.

Bersungguh betul dia bercerita.

Tangan tak boleh duduk diam. Asyik bergerak ke sana ke sini, nasib tak kena muka je.

"Patutlah abang kau tak nak layan fans dia yang beratur tu." Ryna menambah.

"Betul tu. Muka handsome, tapi takde makwe." Puteri join Ryna.

"Rupanya ada adik yang garang macam singa!" Meera dan yang lain dah berguling guling ketawa.

Senak perut.

"Okay, next please....."

Fatihah mengarah dalam tawa yang masih bersisa.

Aku menjeling jam.

12.47 malam.

"Dah lambat dah, guys. Lain kalilah." Aku berdalih.

Malas nak buka cerita lama.

"Ala, Zee......."

Heh, dah start nak merayu.

Aku tergeleng geleng. "No, bila nak tidur kalau habiskan cerita malam ni? Sambung cerita Rabu nanti, on the way pergi rumah Eazy."

Khamis minggu depan dah start cuti seminggu. Tak lama dah tu. Tak sabar nak pergi rumah kembar tu.

Mereka mengangguk setuju.

Ryna dan Fatihah tayang thumbs up diorang. Yelah, giliran diorang ditangguh.

"Weyh, tidur sini jom. Malaslah nak naik atas...."

Puteri merengek kecil.

Badannya berguling di atas karpet di ruang tamu. Yang lain menyokong. Masing masing dah baringkan diri dan mula lelapkan mata.

Tak sampai 10 minit, suasana dah sunyi. Nampak tak penatnya tu?

Aku berjalan ke arah suis lampu di sebelah pintu utama.

Suis lampu ditutup. Suasana menjadi gelap. Baru sahaja mahu melangkah ke sofa semula, mata aku terarah kepada sesuatu di luar rumah.

Perlu ke aku keluar?

Mataku menilik rakan rakanku yang dah syahid. Harap diorang tak bangun.

Kakiku berlari mendaki tangga ke tingkat atas bagi memakai tudung sebelum keluar dari rumah.

Tubuh lelaki di hadapanku ini terkejut dengan kehadiranku.

"Kau buat apa dekat sini, Zee?"

Aku tidak membalas.

Kepalaku tertunduk. Malu. Marah. Rasa bersalah. Semua rasa bercampur baur.

"Just want to say.... sorry."

Dahinya berkerut. "For?"

"Semalam. Hari tu. Hari sebelumnya. 5 tahun lepas. Hari hari sebelum 5 tahun lepas."

Aku menjawab polos. Ingat lawak ke, Zee?

Hafiy tersenyum.

"Nothinglah. Aku dah tak kisah dengan cerita lama tu. As I said, aku nak buka buku baru. Kehidupan baru."

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now