Mukaku diraup lembut.
Ya Allah....
Ni padah tidur lepas subuh. Dah pukul 10 pagi weyh!
Aku melangkah turun ke tingkat bawah, menjeling member serumah.
Uish...
Semua tengah hadap tv, okay jap. Salah. Semua hadap game.
Setiap seorang memegang controller.
"Baru bangun, Badak?" Izz menyoal selamba. Matanya tidak lekang dari memandang kaca tv.
Aku tersengih.
"Tertidur lepas subuh lah... aku join jemaah subuh pagi tadi okay?"
Hahaha. Tak nak kalah.
Izz berdecit.
"Mata aku woi!" Naim menjerit.
"Hahaha. Tu lah kau. Aku suruh guna yang tu tak nak. Nasiblah..." Niel memanaskan keadaan.
Muka Naim mencuka.
"Weyh, pause jap." Naim bangun dari duduk. Dia melangkah ke dalam dapur.
Tangannya mencapai sepinggan kuih muih lalu dibawa ke tengah ruang tamu.
"Aku nak main sambil makan. Nak, boleh blah."
Aku tahu yang Naim bergurau. Tak pernah lah dia buat macam tu dekat member sendiri.
Aku memandang Izz.
"Sejak bila kau main game ni, Izz? Selalu melekat dengan buku je."
Okay, satu habit Izz ni semua orang tahu. Tapi tulah, prof sorang ni melampau sangat.
"Heh. Kau tengok apa atas riba dia tu, Badak. Tengok sebelum cakap."
Niel tolong menjawabkan bagi pihak Izz.
Mataku menjeling ribanya.
Cuba teka ada apa?
Kalau cakap buku, teet! Salah. Ada telefon dia, dan cuba teka dia tengah dengar apa dengan earphone dia?
Video pembelajaran subjek Sejarah.
Kalau ada orang tanya siapa paling gifted, orang yang wajib disebut semestinya Izz Anaqi.
Mana mana dia pergi, tak pernah lah buku takde. Paling kurang, nota poket. Nak kurang lagi, macam sekarang. Video.
"Tak nak main, Fiy?"
Naim menyoal. Tangan kanannya menyuap satu persatu kuih ke dalam mulut.
Senyum.
Itu je yang mampu.
"Tak kot. Aku penat gila sekarang ni. Malam nantilah."
Ceh. Berdalih.
Bukan penat, aku nak hadam perangai pelik Zee tu dulu.
"Okay."
Aku melabuhkan punggung di sebelah Izz. Nak mengusik pun boleh sekarang ni.
Earphone di telinganya dicabut. Aku pun nak dengar apa yang dia dengar.
"...Parameswara telah mewujudkan negeri Melaka sekitar tahun 1400 yang bermula........."
Sejarah form 2 ni.
"Woi Badak, jangan cari gaduh sekarang. Pasang balik."
Izz mengarah.
Confirm lah aku tak nak.
Aku buat tak endah dengan arahannya. Kalau dia pukul aku baru aku pasang balik.
Hahaha.
"Weyh, petang ni jom round satu sekolah."
Aku melihat ke arah pemilik suara. Daniel Ameer rupanya.
"Jom, aku on je."
"Boleh lah, aku pun dah makan banyak ni. Nanti gemuk pulak, kesian fans aku.."
Izz dan Niel buat muka menyampah.
"Nak menunjuk dekat Puteri lah tu."
Niel menggumam perlahan, tapi cukup kuat untuk kami bertiga dengar.
"Apa kau cakap?!"
Suara Naim meninggi, acah marah.
"Aku cakap kau nak menunjuk dekat Puteri!"
Niel pula melayan je.
Izz dah tergeleng geleng.
"Ish... kau pula nak menunjuk dekat Meera."
Naim pulangkan paku keras.
Apa apalah kawan kawan aku ni...
"Hafiy nak tunjuk dekat Zee.."
Mataku membulat.
What?!
"Aku tak cakap apa apa pun, okay? Kenapa libatkan aku?"
Aku semestinya tak puas hati.
Tiber.
"Kalau Izz, Eazy mesti tak bagi. Tapi aku tak kira, Izz kena ada partner jugak."
Naim perangai dia pelik peliklah..
"Partner dia Ryna lah. Dua dua pandai, dua dua gifted. Apa apa aktiviti melekat je berdua."
Niel menyatakan pendapat.
Izz pula yang menjerit.
"No! Dia dah dimilikilah... kau tak nampak ke, Alif tu punya syok dekat Ryna."
Izz tersenyum kemenangan.
"Eleh.. Alif tu syok sendiri. Ryna bukan minat dia pun."
Niel cuba mengumpan.
"Ryna tu jual mahal sangatlah."
Kening Izz terangkat.
"Baguslah. Tak mudah didekati oleh lelaki yang takde iman."
Serius...
Nak jatuh rahang aku.
"Aku lagi sayang kembar aku dari nak bercinta dengan perempuan lain."
Izz bersuara selamba.
Naim, Niel dan aku dah gelak dulu.
Punya sayang kembar tu.
N/I : okay, dah. Ceritanya tamat.
Untuk part ni. :) maaflah kalau ada cacat cela. Kerja dan masa tak mengizinkan....
(Okay, tipu.)
Nak menyuarakan luahan, boleh luahkan di komen♡
Thanks^-^
YOU ARE READING
Love In Friendship
RandomZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon