'-'

205 24 5
                                    

Kring!

Aku menarik beg yang yang
tersangkut pada kerusi.

Akhirnya aku boleh balik!

"Hafiy!"

Aku menoleh ke belakang. Memandang tepat ke arah Meera dan Fatihah.

"Ya, kenapa?"

"Nak balik dah ke?"

Aku mengangguk kecil. "Aku ikut tiga orang tulah. Kalau diorang balik, aku balik."

"Dah, Meera. Jom, panggil Zee dengan yang lain."

Meera menurut.

Terkejut juga bila teringat kes kat kantin tadi. Teruk Meera belasah Niel.

"Woi, termenung kenapa?"

Aku menoleh ke arah pintu kelas. Tiga orang ni dah sampai.

Bibirku melakar senyum.

"Aku teringat kau kena belasah dengan Meera dekat kantin tadi."

Aku tak kisah dia nak buat apa, aku mula mentertawakannya.

Muka Niel berkerut.

"Siaplah perempuan tu bila sampai rumah. Aku hempuk dia dengan piano ayah aku puas puas."

Tangannya mengepal penumbuk. Nampak sangat geramnya.

Mata Niel menjeling ke satu arah. "Panjang umur minah gangster ni."

Meera yang berjalan di hadapan sekali antara mereka berenam membalas jelingan maut itu.

"Terima kasih sebab doakan aku panjang umur."

Suara Meera jelas memerli.

"Oh, sama samalah Ameerah oi." Niel turut menyertai perlian itu.

Begnya diayun ke hadapan wajah Meera. "Ops, tak sengajalah cik"
Niel gelak jahat.

Dia memotong langkah Meera, disertai aku, Izz dan Naim.

Naim nampak pendiam.

Agak agak, kenapa?

"Weyh, Izz. Kitorang nak join balik sekali. "

Suara Ryna kedengaran. Budak ni selalu gelak je aku rasa, dapat dengar suara dia macam dapat anugerah tokoh pelajar.

Berharga.

Hahaha.

"Balik je lah, macam tak biasa." Izz membalas ringkas.

Meera tersenyum sumbing. "Balik sekali, kan? Tapi aku ada hal nak settle kan dengan mamat kat depan tu."

Dia berjalan laju lalu beg Niel ditarik kasar.

"Lambatnya kau jalan. Cepatlah, kata lelaki."

Satu perkara yang aku suka dengan diorang adalah batas pergaulan diorang.

Sebagai contoh, Meera dengan Niel. Walaupun diorang ni sepupu rapat, tapi diorang tak main sentuh sentuh.

Meera memang kasar, tapi dia tetap menjaga.

Kalau orang nak persoalkan tentang cara diorang bergaul. Aku boleh terangkan.

Tapi...

Aku malas. Hahah.

"Izz, kau dah fikir nak buat apa untuk projek tu nanti?" Ryna menyoal.

Mereka jalan seiring, dan Eazy berdiri di antara mereka berdua. Adik sayang abanglah katakan.

"Projek RBT tu ke? Aku tak fikir apa apa lagi. Runsing otak aku."

Izz membalas dengan reaksi yang tersendiri. Rambutnya yang elok rapi menjadi kusut.

"Uish, rilek lah abang. RBT je pun."

Eazy memotong perbualan mereka. Sengaja.

"Eh, nak menyibuk kenapa dik? Abang tahulah kelas adik belajar TMK, your favourite subject."

Izz mengusap kasar kepala Eazy. Apa apa jelah kembar ni.

"Oh? Setiap kelas ada subjek masing masing eh?"

Aku menyoal.

Peliklah pulak.

"Tihah, kau tak terangkan ke dekat Hafiy ni?"

Ryna memandang Fatihah yang berjalan disampingnya. Muka perempuan itu tersenyum kecil.

"Sorrylah Hafiy, aku lupa."

"Huh, nothinglah. Takpe."

Dari dalam kelas, aku boleh agak dia ni budak alim. Hahaha.

Don't judge a book by its cover, Muhammad Hafiy Azhar.

"Let me explain about it!"

Puteri bersuara lantang. Dia berdiri di hadapan kami, berjalan ke belakang.

"Sekolah kita nak hasilkan pelajar yang hebat hebat belaka, jadi.... setiap kelas akan menerima subjek yang berlainan. Dan ianya hanya satu. SAHAJA."

Puteri menarik nafas.

"Kelas first, iaitu kelas Izz dan Ryna. Kelas ni ramai pelajar bijak pandai, so... sekolah tetapkan kelas first terima subjek Reka Bentuk dan Teknologi ataupun lebih dikenali sebagai RBT"

Gaya dia cakap memang macam ni eh?

"Kelas second, iaitu kelas aku, Eazy dan Naim telah menerima subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi, iaitu TMK. Tapi aku sendiri tak faham TMK. Huhuh."

Aku tersenyum.

Hebatlah perempuan ni.

Macam nak bagi syarahan kat aku.

"Kelas ketiga, macam yang kau sedia maklum itu adalah kelas kau, Tihah dan budak kat depan tu. Korang akan belajar subjek agama. As Usuluddin dan Syariah. Okay?"

Hahaha.

Arab.... fail teruk aku macam ni.

"Tapi..."

"Kelas Niel dan Zee belajar subjek yang main otak orang."

Puteri ketawa kecil.

Tangannya merangkul erat bahu Zee.

"Diorang belajar subjek asas psikologi..."

Ok, jap.

Ku terpaku, terkaku.

Seriuslah...

Psikologi, Nia?

N/I : the end... hahaha. Tak", just kidding. Thanks kepada kawan kawan yang men'support' dari pelbagai arah.

Tinggalkan komen :)

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now