^-^

73 9 3
                                    

"WHAT?!"

Ahh... ni serius aku terkejut gila. Nasib aku tak jatuh tangga je dengar jeritan nyaring gabungan Kak Lya dan Fira.

Tapi suara Fira 90% dan 10% lagi baru lah suara Kak Lya. Aku bukan berat sebelah eh, ini kenyataan. Suara Kak Lya punya lah kecik macam semut, haha.

"Abang!"

Kedua duanya serentak bersuara. Argh, sakit telinga aku. Anyone? Tak nak hentikan diorang ke?

Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Tengku Khairul Ariqin itu tersengih kekok dengan tangan yang diangkat separas dada. Kesian pun ada tengok mamat tu.

"Hai, kak. Adik."

Ohohoho. Aku dapat rasa aura ketegangan di sini. Apa kata aku blah dulu?

"Apa abang buat dekat sini?" Suara Kak Lya mendatar. Mukanya tegang menahan perasaan.

Bukan aku sorang je yang terkejut dengan perubahan Kak Lya, kan? Aku teringat 'Kak Lya' yang kami jumpa di taman tadi.

Huhuhu... nak Kak Lya yang tu. Tak nak Kak Lya yang ni. Ceh, macam kakak aku je.

"Ap-apa abang buat kat sini?" Tengku Khairul Ariqin mengulang soalan. Fuh, aku ingat dia ni jenis yang cool je lebih.

Salah rupanya... nampaklah kat sini bahawa Kak Lya seorang yang teramatlah garang, kawan kawan. Jadi, don't disturb her.

Just wait and see.

"Yup, kakak tanya.. apa abang buat kat sini? Bukan kata tak nak balik ke?"

Amboi... tu dia. Sekali kena perli dengan seorang Tengku Alya Hafizah, kecut perut walaupun Kak Lya cakap punyalah lembut.

Tengku Khairul Ariqin menggaru belakang kepalanya. Gatal tak gatal, tanya dia. Bukan tanya aku.

"Bukan macam tu, kak... abang dah balik ni. Takkan nak halau pulak? Eh hehehe..."

Muka tak bersalah ditayangkan. Macam meraih simpati lah kononnya...

Balasan dari satu satunya adik lelaki yang Kak Lya miliki ini mengundang senyum sinis. Bukan setakat sinis, seram pun ada. Macam rupa pembunuh bersiri pun ya.

"Lagi baik kakak yang halau sebelum adik kesayangan kau ni yang halau, kan dik?"

Walaupun mereka berdua tak mesra, tapi kalau melibatkan anak teruna seorang ni... benteng ego tu dah runtuh dimamah bumi.

Tengku Khairul Ariqin menelan liur. Anak matanya terarah pada si adik yang semestinya Tengku Syafira Nasuha yang manja ni. Hahaha.

Disebabkan aku tak faham selok belok cerita diorang ni, lagi baik aku duduk diam sebagai pemerhati. Layan drama tak berbayar ni.

"Erm.. so? Kakak maafkan abang ke tak ni?"

Kalau aku kata yang Tengku sorang ni macam perempuan, setuju tak? Dan jawapan yang sebaiknya adalah TAK. Why?

Sebab dia tetap seorang lelaki walaupun perangai dia pelik. Dia macam tu dengan Kak Lya dan Fira je kot. Takkan lah nak rosakkan imej dia tu.

Kan?

Kak Lya mencebik. Dia berjalan menghampiri si adik dengan keadaan yang berpeluk tubuh.

Ketika langkah masih berbaki beberapa tapak, kakinya berhenti. Matanya memandang Tengku Khairul Ariqin atas bawah sebelum tangannya didepangkan.

Dengan mata yang bersinar ceria, Tengku Khairul Ariqin merangkul erat tubuh kakaknya yang jelas lagi nyata lebih rendah daripadanya.

Pfft. Kenapa aku buat mamat ni macam manja sangat? Hahahahaha. Ampun, Tengku. Nanti patik mohon ampun.

Tangan kanan segera menutup mulut yang hampir melampiaskan tawa. Mampus aku kalau terlepas gelak terbahak bahak.

Aku menoleh ke arah member dunia akhirat aku yang masih berdiri depan pintu. Boleh nampak dengan jelas bahu diorang terhijut menahan tawa.

Meera dah ketawa tanpa suara. Siap mengalir air mata lagi. Tak kurang juga dengan bodyguard empat orang tu. Hafiy dengan Niel dah bergolek golek atas lantai.

Maaf, adik beradik Tengku. Tawa kami sudah tak dapat ditahan.

"Abang minta maaf, ya kak?"

Tengku Khairul Ariqin kembali bersuara dalam pelukan kasih sayang kakaknya. Melepaskan rindu setelah hampir 2 tahun tidak menjejakkan kaki di sini, bumi Malaysia.

Kak Lya mengukir senyum. "Ya, kakak maafkan." Tubuh adiknya itu ditepuk perlahan sebelum pelukan dileraikan.

Keduanya kembali menoleh ke arah sekujur tubuh si adik bongsu yang masih membatu. Dahinya berkerut kerut.

"Adik?"

Fira memandang anak mata abangnya dalam. Menzahirkan perasaan yang terbuku selama ni.

"Kenapa baru sekarang?"

Fira membuka langkah menghampiri tubuh kakak dan abangnya. Air matanya mula bergenang. Manakala Tengku Khairul Ariqin terdiam.

"Kenapa baru sekarang abang reti nak balik?"

Langkahnya semakin hampir, dan ianya menarik perhatian aku dan yang lain. Erm.. senang ceritalah kan...

Aku tak sedap hati.

"Selama ni abang duduk dekat Korea tu tak fikir nak balik ke? Tinggalkan adik dengan kakak ni?!"

Air terjun mula mengalir dari kelopak matanya. Alahai... syahdunya si adik yang kuat ego ni.

Dia mula berlari anak. Dan hati aku makin tak keruan. Otak aku ligat berfikir, memproses semua perkara yang membuatkan aku tunggang terbalik ni.

"Abang!"

Fira melompat tinggi lalu selamat mendarat dalam pelukan si abang. Fira merangkul erat persis seorang anak yang dahagakan kasih sayang.

Dan pada masa yang sama, aku.. eh? Bukan aku je. Aku dan yang lain, ternganga, terkejut, terpempan, dan segala TER lagi lah.

"Fira!"

Aku menjerit nyaring, mata dipejamkan. Cuba menerima hakikat apa yang terjadi di hadapan mata.

Maaf, Fira. Aku tak ingat. Huhuhu... habis calar maruah kau.

Fira, Kak Lya, Tengku Khairul Ariqin dan empat orang bodyguard tu segera menoleh ke arah kami. Tapi kami hanya tertunduk sambil menutup muka.

"Kenapa?" Fira menyoal polos.

Dan ketika itu juga, para bodyguard terkejut sampai jatuh terduduk. Wajah mereka segera dipalingkan.

"Kesian betul dia."

"Allahu..."

"Aku tak sanggup dah."

"Astaghfirullah, apa yang aku tengok ni?!"

Kening Fira terjongket seraya dahinya berkerut seribu. Dia makin runsing dengan apa yang berlaku.

"Kenapa dengan kor-"

Ayatnya tergantung saat melihat apa yang membuatkan semua berubah 360 darjah.

Fira terpempan.

Terkejut.

Dan malu yang tak terhingga.

"ARGH!!!!"

Salam syawal

Semoga semua dicucuri rahmat Allah sepanjang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Mudah mudahan kita diberkati dan disayangi♡

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin♡

Jangan lupa PKPB, ya?





Love In FriendshipWhere stories live. Discover now