Izz menongkat kepalanya dengan menggunakan tangan kiri, manakala tangan kanannya tak berhenti lagi dari mengetuk perlahan mejanya.
Sesekali, keluhan berat terzahir dari mulutnya. Rambutnya diraup kasar. Langsung tidak dia pedulikan pandangan mata rakan sekelasnya.
"Argh!"
BUK!
Auch. Izz memegang bahagian belakang kepalanya yang baru sahaja dihempuk benda keras. Sakit weyh!
Kepalanya menoleh ke belakang dengan wajah tidak puas hati. Atau lebih tepat, sakit hati. Hehehe.
"Kau dah kenapa, Ryna? Sakit tahu tak?!"
Ryna tayang senyum. Dia melabuhkan duduk di atas kerusinya yang berjiran satu baris dengan Izz.
"Aku yang patut tanya kau kenapa. Suka hati kau je menjerit macam orang gila dalam kelas, semua orang pandang tahu tak?!"
Izz tarik muka bosan. Sejak kes bertumbuk hari tu, ramai orang jauhkan diri dari dia.
Atau lebih jelas, dia yang larikan diri dari orang lain. Erm... senang cerita, dia bad mood. Dan mood dia masih tak okay lagi walaupun sudah berminggu berlalu.
Ceh, baru dua minggu.😑
"Aku bukan sengaja jeritlah, Ryna. Sekarang aku tengah fokus dekat klu yang Zee bagi dekat aku. Runsing tau tak?!"
Mukanya sudah disorokkan di atas meja. Keluhan berat kedengaran jelas dari mulutnya.
Ryna senyum senget. "Aik? Zee dah bagi klu pun tak dapat lagi?" Dia tertawa kecil.
Jaranglah tengok Izz frust walaupun dah dapat klu tentang sesuatu. Hal tu depan mata je, bro. Boleh nampak sendiri.
Seperti biasa, seorang Izz buat tak dengar dengan kata kata Ryna. Dia sekadar menjeling tajam kawan yang seorang tu. Alahai...
"Isy, kau ni. Klu apa yang Zee bagi dekat kau?"
See? Ryna yang kuat menyakat si kembar ni pun kena mengalah dengan Izz Anaqi yang buat perangai keras kepala ni.
Senyum sinis terukir. "Nak jugak kau mengalah dengan aku. Fuh, terharu pulak aku."
BUK!
Untuk kali kedua, kepala lelaki itu dihempuk buku tebal milik Ryna.
"Kau nak aku tolong ke tak? Kalau tak nak, aku blah dulu."
Bau bau ugutan kedengaran dalam butir bicaranya. Orang dah tawarkan diri nak tolong, kan? Banyak pulak karenah mamat tiang lampu sorang ni.
Izz tayang muka menyampah. Bahagian kepala yang menjadi sasaran buku tadi diurut lembut. Mulutnya berdecit perlahan.
"Ish, ye lah. Nah."
Sehelai kertas dihulur, dan tanpa banyak bunyi Ryna menyambut. Senang kan kalau dua dua pihak okay?
8 group form 5
3 group form 4
1 group form 3
Kening Ryna terangkat sebelah. "Apa benda ni?"Mulut Izz berdecit lagi dan lagi. "Kau ada mata, kan? Baca je lah apa yang aku tulis tu. Itu pun susah."
BUK!
"Sakitlah, Ryna!"
Anak mata Izz mencerlung tajam ke arah Ryna. "Bukan aku lah yang buat!"
YOU ARE READING
Love In Friendship
De TodoZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon