"Guys, korang naiklah kelas dulu. Aku ada hal sekejap dekat pejabat."
Aku menguntum senyum untuk mereka berempat. Hafiy, Tihah, Puteri dan Eazy. Kenapa berempat?
Izz, Niel, Naim dengan Meera bertugas dekat port diorang. Ryna? Dia dengan Alif pergi round kebersihan asrama walaupun dia tak tinggal kat asrama.
Aku? Erm.. aku takde function sangat sebenarnya. Setakat AJKT, aku biasanya bertugas kalau ada program penting je.
"Tak nak kitorang teman, Zee?" Hafiy menyoal, bimbang.
Aku dah besar, weyh. Takyah risaukan aku sangat lah.
Gelengan diberi sebagai balasan. Langkah kaki diatur ke tingkat 2 blok pentadbiran.
Sekarang baru 6.30 pagi, jadi tak sesak lagi. Harap harap dapat selesaikan kes aku ni cepatlah... tak sanggup aku.
"Assalamualaikum."
Salam dilaung sebelum aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Ni kawasan larangan pelajar untuk beberapa waktu. Melainkan kalau ada sebab yang mustahak.
"Waalaikumussalam. Eh, Zee? Apa khabar?"
Kak Qilah, kerani pejabat sekolah ni memang peramah. Lagi lagi kalau asyik nampak muka aku je hampir setiap hari.
Memang popular. Hehehehe.
Senyum manis diukir. "Khabar baik, kak. Cikgu Yani dah sampai?"
Yup. Aku datang sini semata mata nak batalkan temu janji dengan Dr. Adnin tu. TAK NAK dan TAKKAN aku terima mamat tu.
"Cikgu Yani? Belum lagi rasanya. Kenapa? Nak akak sampai apa apa ke?"
Yeah! Ini yang aku sayang sangat kat Kak Qilah ni. Dia sanggup jadi orang tengah walaupun benda tu menyusahkan dia.
Aku segera menghulurkan sehelai kertas A4 yang telah dilipat kepadanya.
"Boleh akak bagi kertas ni dekat Cikgu Yani? Saya takde appointment dengan dia hari ni."
"Boleh, apa salahnya."
Kertas tadi bertukar tangan. Aku memang meletakkan harapan setinggi gunung dekat benda ni.
Sebab appointment seterusnya dengan Dr. Adnin tu. Dan semestinya doktor 'Adnin' yang lelaki!
"Akak, saya masuk kelas dulu. Terima kasih."
Kaki aku melangkah laju meninggalkan pejabat. Yuhuuuu... aku boleh hilangkan 'mimpi ngeri' aku!
Tanpa menoleh kiri kanan, aku berjalan laju sehingga...
BUK!
Ni bukan cerita romantik yang bila heroin jatuh, akan ada hero yang sambut. Nampak sangat cliché, dan aku bukan heroin.
"Sorry." Perkataan itu diucap tanpa aku mengangkat wajah.
Sebab aku langgar lelaki. Ulang balik, LELAKI! Dan dia bukan budak sekolah, dia mungkin tetamu atau cikgu? Mati aku...
Tak guna lah kau ni, Zee. Fokus sikit bila jalan tu!
"Niazee, right?"
Manusia mana pulak nak tahu nama aku ni walaupun aku tahu yang aku famous sebab masalah disiplin aku. Aku mengangkat kepala, nak tahu jugak.
Mata aku terbuntang. Aku tergamam. Bukan sebab dia ni handsome or others, tapi sebab dia adalah 'dia'!
Lantak dia nak fikir apa, aku terus berlalu pergi dengan langkah yang laju. Mati aku, mati aku, mati aku.
YOU ARE READING
Love In Friendship
RandomZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon