^-^

75 7 0
                                    

Mataku masih tak lekang dari memerhatikan tingkah laku Tengku Syafira Nasuha ni. Jangan fikir bukan bukan, aku straight okay.

Aku tengok dia ni bukan sebab nak balas dendam atau apa apa je lah. Kalau kau kat tempat aku, kau pun akan pelik dengan dia sekarang ni.

Sekejap bangun, sekejap duduk. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Sekejap ke utara sekejap ke selatan. Sekejap ke barat sekejap ke timur.

Apa yang aku cakap ni serius, okay? Dia macam orang yang tak keruan dan dilanda pelbagai masalah negara.

Eh, melebih sikit.

Pandanganku beralih kepada satu kelompok kecil yang masih rancak berbual dari tadi. Amboi, budak Kak Lya tu macam kakak sendiri pulak.

Kesian si adik yang dipinggirkan tu. Patut ke aku kesian eh?

Ish, patutlah Zee. Jangan nak tunjuk tanduk sangat, sekali sekala soroklah sikit tanduk yang tajam tu. Haih..

'Kalau benci sekalipun, kau tolong lah dia atas dasar kemanusiaan. Tu pun dah cukup.'

Berbekalkan apa yang ada dalam hati sekarang ni, aku mula melangkah menghampiri Fira yang duduk agak jauh dari kelompok tadi.

"Weyh, Fira."

Entah apa yang terkejut sangat. Boleh pulak si Fira ni terjatuh dari kerusi yang tengah duduk ni?

Aku ni ada aura hitam ke sampai dia terkejut sampai macam tu sekali? Tak pun ada pendamping? Ish, melalut teruk kau ni..

Tangan aku dihulur agar dapat membantunya untuk bangun dari jatuh. Aku takdelah kejam sangat sampai nak biarkan je orang yang dalam kesusahan.

Kan?

Tapi, huluran tangan aku tadi hanya dipandang kosong oleh Fira. Ceh, ego lagi minah ni.

Baru sahaja aku ingin menarik kembali tanganku, tangannya pantas mencapai huluranku. Atau lebih tepat, dia tarik aku jatuh sekali.

Senyum kecil terbit dibibirku. Tahu takut...

Aku pantas membantu Tengku Syafira Nasuha a.k.a Fira ni untuk kembali duduk di atas kerusi. Biarlah aku jatuh ni, balik nanti kena mandi jugak.

"Fira, kau okay tak ni?"

Diam.

Kepalaku yang tidak gatal digaru. Apa kena pulak dengan Tengku yang seorang ni? Bad mood ke?

Heh, sebagai seorang yang keras kepala... aku takkan biarkan dia abaikan segala soalan aku. Ahahhaa!
Nampak kejam? Yes, aku memang kejam dalam diam.

Bahunya aku goyang sederhana kuat. Bersyukur sikit aku goyang dekat bahu, biasanya aku goyang guna kepala je senang. Biar wayar dalam otak tu berfungsi.

"Fiiiirrrraaaaa....."

Ish, dalam mulut kau tu ada emas ke sampai tak nak jawab langsung soalan aku? Nasib baiklah kau ni kerabat diraja, kalau kau ni sepupu aku.. dah lama aku smackdown je.

"Fira, kau okay tak ni? Janganlah pulaukan aku, weyh..."

Bahunya aku goyang lagi dan lagi sehingga tubuhnya longlai. Bukan sebab pengsan tau, tapi sebab merelakan je aku goyang sampai jatuh lagi. Hahah.

Niat di hati nak fade up, tapi tiba tiba bahu aku seperti menampung berat yang terlebih muatan. Kalau aku tak guna otak, mungkin dah lunyai si Fira ni aku kerjakan.

Tapi bila tengok dia dah buat drama air mata dekat bahu aku ni, mati terus lintasan tu. Apa yang sedih sangat pun tak tahulah dengan budak ni. Haih...

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now