Start chap ni, jalan cerita tunggang langgang banyak. Terpaksa. Sebab dalam proses nak tamatkan cerita ni.
Huhuhuhu~
***
Buku sejarah yang terpampang di hadapan mata aku dipandang kosong. Eh, sejak bila aku bosan dengan buku ni?
Izz Anaqi dah berubah, guys. Haih...
Mataku memandang ke barisan meja sebelah, meja Ryna. Tempat duduk dia ni kosong sejak pagi tadi.
Baru aku nampak betapa sibuknya Biro Kebersihan Sekolah (BKS) buat kerja. Selama ni aku just nampak sekolah yang kotor.
Ryna, jangan marah aku. Aku cuma jujur je, okay?
Maksud aku, selama ni aku just nampak Ryna dan partner dia si Alif acah Korean tu kena marah je. Nasiblah si Ryna tu kuat, takde lah dia menangis depan aku.
...tak macam aku.
Pfft. Rasa malu pulak bila ingat aku pernah menangis depan dia lepas habis mesyuarat pengawas. Aku kena 'cuci' dengan dia sampai berkilat weyh!
Padahal aku menangis dekat perkara yang tak berat mana pun. Biasalah kan, dalam setiap perkara mesti ada masalah. Jaranglah kalau takde, walau sekali.
Aku ingat lagi, waktu tu aku first time kena panggil ke bilik pengetua untuk hal pengawas. Ya Allah, cikgu naikkan suara 'sikit' je. Aku dah koyak rabak dulu.
Sepanjang kena 'tengking' tu, aku tahan je air mata aku ni dari mengalir. Nanti kantoi pulak depan si Meera ni yang aku lemah. Hilang 'cool' aku.
Lepas keluar dari bilik pengetua tu, aku pandang Meera. Meera tayang muka tak berperasaan macam Zee. Tapi aku tahu yang hati dia pun koyak rabak dengan ayat cikgu tadi.
Waktu aku dan Meera jalan balik kelas, masing masing diam. Masing masing memendam rasa yang bergelora ni.
Meera berpisah dengan aku dekat depan kelas dia. Hakikat bila cikgu tak masuk, majoriti tidur. Tapi tak pada Tihah, dia sambut Meera depan muka pintu dan peluk erat kawan dia sorang tu.
Aku yakin Meera pernah hadap situasi macam tadi, sebab waktu dia form 2 dia jadi bendahari. Dan alkisahnya, duit tu kena curi.
Aku ada lah dengar yang dia kena marah, dan kena rotan dengan pengetua. Nasib baiklah si Meera ni jenis bertanggungjawab, jadi dia bagitahu mak dia dan ganti balik duit yang beratus ringgit tu.
Perempuan, tak semua yang lemah. Dan aku akui benda tu.
Aku yang tiba tiba lemah depan perempuan, ada lah. Depan Ryna lagi. Hahaha.
*kesat air mata*
Flashback jap...
***
Aku melangkah masuk dengan longlai. Takde lah longlai mana, cukup sekadar aku malas nak jalan dengan betul.
"Tak reti buat kerja!"
"Macam mana kamu jadi ketua ni?!"
"Disiplin makin banyak, ni! Apa kamu berdua buat?!"
"Kes curi bertambah!"
"Demerit pelajar melambung tinggi!"
Aku cuma sanggup nak ulang yang ni je. Kalau aku ulang balik setiap bait perkataan yang pengetua cakap, aku dah mengalir dulu.
Sedih.
Terasa.
Hancur.
YOU ARE READING
Love In Friendship
AcakZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon