^-^

139 19 7
                                    

Aku termangu.

Kenapa tiba tiba?

"We hate you damn do much"

Aku memegang kepala. Why? Zee, apa kau dah buat?

Lepas apa yang Ryna cakap, aku dah tak boleh fikir dengan rasional.

Kenapa?!

Mereka berempat. Ryna, Puteri, Eazy dan Fatihah telah berlalu pulang ke rumah terlebih dahulu.

Aku jadi takut nak balik.

"Hey, Zee. Mana yang lain?"

Badanku terhinjut.

Ya Allah, Meera...

"Erm.. diorang dah balik dulu." Aku cuba menyorokkan getar suara.

Kenapa aku nak sebak?

"Ouh, and you? Kenapa tak balik lagi?" Meera menyoal lagi.

Tangannya memperbetulkan tudungnya yang sedikit senget. Helaian kertas di tangan disusun.

"Aku tunggu kau."

Hahaha.

Tak baik menipu, Zee. Jujur je lah kau takut dengan diorang sekarang.

"Eh? Puteri tak bagitahu apa apa ke? Aku ada perjumpaan ahli jawatan kuasa tertinggi pengawas nanti."

Patutlah diorang tunggu aku tadi....

"Kau nak tunggu atau kau nak balik dulu?"

Aku termenung.

Tunggu macam lama je perjumpaan diorang ni. Balik dulu, aku takut lah jugak. Kot lah ada senior, junior atau batch sendiri buat roadblock tengah jalan nanti.

Tapi...

Better pilihan kedua kan? Aku pun kena siapkan kerja sekolah yang bertimbun.

"Aku balik dululah, Meera. Thanks."

"Alright, aku gerak dulu ya? Assalamualaikum."

Aku mengangguk.

"Waalaikumussalam."

Kami berdua saling membalas lambaian.

Ready for everything, Zee.

Aku menarik nafas.

"Bismillah..."

Langkah kaki dibuka.

***

Meera berjalan di lorong pentadbiran. Sunyi.

Mana pergi semua pengawas yang terlibat ni?

"Ameerah!"

Empat orang lelaki berlari anak menghampirinya.

Macam biasa, arahan jarak 2 meter itu akan terpacul dari bibirnya.

"Ish, Meera. Dengarlah dulu, tak habis habis dengan jarak 2 meter kau tu."

Niel mencelah.

Meera membuat mimik muka.

"Ha, kenapa jumpa aku ni?"

Nadanya tegas. Tiada gurauan. Lagi lagi depan si Hafiy ni, rasa nak pancung je kepala mamat ni.

"Mana Zee?"

Meera berdecit.

"Kenapa cari dia? Nak sakitkan hati dia lagi ke?"

Hafiy tersentak.

Kena perli, bro. Dengan Meera pulak tu.

"Lek lah, Meera. Kitorang cari dia ada sebab, bukan nak ungkit kes semalam macam kau."

Mata Meera terjegil luas.

"Kau dah kenapa, Daniel. Nak gaduh lagi ke?!"

Suara Meera meninggi.

Kertas di tangan diangkat tinggi, mengacah untuk memukul.

"Meera, Niel, rilek. Jangan gaduh, dah lah kat sekolah."

Izz menghalang.

"Kitorang datang ni sebab Zee, dia dekat mana?"

Naim menyoal tenang.

"Dia dah balik."

Meera memalingkan mukanya. Malu kena tegur dengan Izz.

"Okay, dia balik sorang ke dengan yang lain?"

Meera menarik hela nafas.

"Sorang."

"WHAT?! Kenapa biarkan dia balik sorang?!"

Hafiy menyergah kasar.

Meera menjuling matanya ke atas. "Kenapa kau nak ambil tahu? Kau dengan dia takde apa apa hubungan kan?"

Hafiy meraup mukanya.

"Kenapa kau tak balik dengan dia, Meera?"

Naim kekal sebagai pengaju soalan. Nasib Naim yang tanya, kalau Niel atau Hafiy, mesti dah lebam dua orang tu.

"Kan ada perjumpaan ajk tertinggi pengawas, kau dah kenapa?"

Izz, Naim dan Niel saling berpandangan.

"Kau tak baca ke mesej aku dalam whatsApp group pengawas?"

Meera bingung.

"Kau tulis apa?"

Izz menarik nafas.

"PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAWAS YANG TERLIBAT DALAM MESYUARAT PADA PETANG INI, MESYUARAT DI BATALKAN ATAS SEBAB YANG TERTENTU. SEKIAN, TERIMA KASIH."

Meera termangu.

Telefonnya dicapai dari dalam poket beg. Okay, Izz tak tipu. Kenapa lah tak perasan, Meera?

"So, sekarang?"

Hafiy memandang satu persatu wajah pengawas di hadapannya.

"Tunggu apa lagi? Jom kejar Zee."

N/I : kekusutan otak mempengaruhi kekusutan jalan cerita. Maaf atas segala kepelikan idea yang muncul.

Terima kasih kepada @Haruya_Day yang sentiasa mendesak aku utk sambung. Terima kasih kepada @nurizz13 yang sentiasa jadi orang pertama vote. Terima kasih kepada @nrftzna_ yang setia menjadi pengomen tidak berbayar. Lastly, terima kasih juga kepada semua pembaca.

Terima kasih kerana menyokong. Maaf kalau ada typo dan sebagainya.

Bye.

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now