Aku menyangkut telekung pada hanger yang disediakan. Tubuh direbahkan di atas katil bersaiz single itu.
Baru pukul 7 pagi.
Awal sangat lagi kalau dia nak merayau pun. Malas nak cari gaduh dengan orang dalam rumah tu.
Tambah sakit kepala je!
Tanganku memeluk erat bantal. Boleh lah, pengganti bantal peluk.
Tok! Tok! Tok!
Mataku yang mahu lelap kembali segar. Siapa pulak yang rajin kejut dia lepas subuh ni?
Pakcik dengan makcik, memang dah syahid dulu lah jawabnya. Anak anak diorang pun ikut sekalilah.
2×5 je.
"Nia, jom keluar."
Bila dengar suara orang di luar, nafas lega dihembus tenang.
Tudung disarung lalu pintu bilik dibuka. Terjegul muka tak matang si Har.
"Nia~ jom keluar. Bosanlah."
Aku angkat kening.
"Biasanya keluar lepas sarapan. Kenapa hari ni awal?"
Har tayang sengih.
"Saje. Jomlah, Nia~"
Mengada pulak budak lelaki ni. Aku mengangguk tanda setuju.
Ikut jelah, Nia. Kawan kau jugak.
Aku dan Har berjalan beriringan. Tak pegang tangan okay? Aku tahu halal haram lagi.
Aku sekadar membuntuti langkah Har. Tak pastilah dia nak bawa aku pergi mana.
"Dah sampai. Kau teman aku eh?"
Mulutku terlopong.
Padang bola?!
Aku mengerutkan dahi. Minta penjelasan. Dia tak sedar ke aku sorang je perempuan?!
"Are you kidding?"
Har menggeleng. "No. Aku suruh kau teman je. Bukan main sekali, okay?"
Aku menahan tangan yang sudah mengepal penumbuk. Silap hari bulan, penumbuk ni dah mendarat dekat muka Har.
Aku duduk di tepi padang. Sorang. Sunyi.
Apalah yang ada dalam otak si Har tu sekarang? Haih....
Har yang sudah turun padang mula beraksi. Aku tak pastilah dia main sebagai apa.
Aku termenung.
Melayan perasaan sendiri kala bola disepak di atas padang.
Pang!
Aku memegang kepala. Sakit!
"Nia, kau okay tak ni. Sorry, weyh."
Har mula risau. Waktu ni, aku boleh nampak yang dia ni caring, penyayang. Sape nak boleh minta kat aku.
Hahaha.
Bola yang dibaling ke arahku sudah jatuh ke mana pun aku tak sedar. Syok sangat melayan sakit bengkak.
"Ni padanglah! Nak buat benda haram pergi tempat lain!"
Aku dapat dengar suara desas desus orang mengutuk. Why?! Aku yak buat benda haram pun!
Aku memandang Har.
Ouh.
Ini yang di cop haram tadi.
Ikhtilat.
Aku membuat isyarat agar Har menjauhi aku. Biarlah aku sorang je yang kena. Aku tak nak tambah 'kenalan'.
YOU ARE READING
Love In Friendship
RandomZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon