^-^

63 8 0
                                    

"Perhatian kepada semua pengawas sekolah, anda diminta untuk menghadirkan diri anda ke bilik mesyuarat sekarang. Ulang pengumuman..."

Aku sekadar memandang seorang demi seorang rakan kelasku yang bergelar pengawas sekolah keluar dari kelas. Tak ketinggalan Niel yang sememangnya malas untuk pergi mesyuarat.

Dia meregangkan sendi sendi yang terasa lenguh. Baru bangun tidur katakan... Niel menguap besar, langsung tak menghiraukan pandangan sekeliling.

"Tak sopannya kau ni, Daniel."

Tu dia.. serangan awal dari deskmate aku, Maira. Maira ni anti gila dengan Niel ni, tak tahulah sebab apa...

Tapi semua yang dilakukan Niel serba tak kena pada matanya. Nasiblah setiap kali groupwork kena dengar si Maira membebel dekat Niel.

"Ah~ ni life aku, Mai. Kau takyah ganggu."

Niel berjalan malas ke arah pintu kelas sebelum menghilang dari pandangan kornea mata.

Aku menghela nafas perlahan. Akhirnya, aku ada ruang untuk tenangkan fikiran. Kepala dilentokkan ke belakang.

Lenguhnya tengkuk aku, Ya Allah... tangan aku pantas mengurut perlahan pelipis kepala dan tengkuk.

"ZEE! KAU RILEK RILEK JE TAU, JANGAN STEGHEH STEGHEH! AKU PERGI TAK LAMA!"

Bertuah punya member. Main sound je aku. Tahulah aku nak jaga diri aku ni, haih... aku ni sakit ke sampai orang nak caring sangat?

Akibat laungan tak tahu malu dari si Daniel Ameer a.k.a Paku yang sentiasa memakukan pandangan ramai orang, aku dah jadi perhatian kawan sekelas aku yang lain. Maira dah menyumpah seranah si Niel dalam hati.

Aku sekadar menayangkan muka tak berperasaan lalu aku kembali melakukan kerja yang tertangguh.

Lantak kau lah, Niel...

***

"Niazee Iman, kan?"

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Perempuan ni memang cakap dengan aku ke?

"Saya memang cakap dengan kamu, Niazee."

Aku memandangnya atas bawah. Siapa pulak ni? Macam mana dia tahu nama aku?

Dan baru aku perasan, aku ditinggal-kan seorang diri oleh yang lain. Argh! Takkan tak sedar langsung?!

"Erm.. ni siapa, ya? Macam mana tahu nama saya? Dan macam mana boleh tahu ni saya?"

Perempuan itu hanya tersenyum. Penampilan dia tersangatlah selamba, dan muka dia macam familiar.

Tangannya menggenggam erat tangan aku sebelum aku ditarik lembut menuju ke sebuah kedai makan di dalam pasaraya ni. Kenapa kau tak melawan, Zee?!

Waktu ni aku rasa teramatlah b**** sebab berani ikut orang yang tak dikenali. Zee, jangan percaya orang!

"Boleh saya ambil order?"

Pelayan lelaki tu tersenyum kepada kami berdua. Jangan ingat aku nak cair dengan senyuman dia tu.

Pengalaman pahit mengajar aku untuk tak percayakan mana mana lelaki kecuali bodyguard empat orang tu.

Sebab apa? Diorang terlalu keanak anakan.

Kalau ada lelaki cuba dekat setapak yang boleh mengurangkan jarak 2 meter Meera tu, aku akan langkah 10 tapak menjauh. Jangan sesekali fikir yang negatif, please?

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now