^-^

81 10 2
                                    

"Korang, aku gerak dulu eh?"

Kasut disarung lalu larian dipecut laju. Tanganku didepakan. Menikmati belahan angin yang terhasil.

"Zee, tunggu aku!"

Aku tidak mengendahkan suara itu. Sebab aku dah tahu siapa tu, jadi buat tak tahulah. Haha.

Pap!

Bahuku ditepuk kasar. Tapi kakiku masih kekal berlari, cuba menyaingi larian orang sebelah.

"Kau tak boleh kalahkan rekod aku, Zee!"

Fatihah membuka langkah besar. Lariannya dipecut lagi.

Boleh sakit kaki aku lepas ni. Kepalaku tertoleh ke belakang sekilas.

Yang lain masih dibelakang kerana mereka berjoging. Aku je yang excited lebih.

"Zee, sampai puncak. Siapa kalah, belanja makanan."

Fatihah mencabar. Bibirnya mengukir senyum.

Aku menjeling kamera yang tersangkut pada lehernya. Alahai photographer sorang ni, pantang ada peluang.

"Boleh je."

Aku menyahut. Walaupun aku tahu yang aku akan kalah. Hahaha.

"Dalam kiraan 1, 2..."

Aku mengambil posisi sedia. Sedia untuk kalah, Niazee Iman.

"3!"

Aku dan Fatihah berlari laju. Jarak semestinya tak sama, Fatihah terdahulu di hadapan.

Kalah....

Aku memandang bukit di sebelah jalan ni. Atas sekali puncak, tu sasaran.

Fikir, Zee.

Kau kena menang kali ni.

Ting!

Mentol muncul.

(Sorry hambar ^-^)

***

Larian Fatihah mula perlahan. Anak matanya menanti kelibat rakan rakannya yang lain.

Mana Zee?

"Ryna, mana Zee?"

Ryna mengangkat kening. "Kenapa tanya aku? Bukan dia gerak dengan kau ke?"

Dahi mereka mula berkerut.

Risau mula bertandang dalam hati.

"Aku main lumba lari, macam biasalah. Bila pandang belakang, dia dah takde. Sebab tu aku tunggu korang."

Suara Fatihah bergetar.

Eazy memeluk sisi Fatihah. Belakang badan Fatihah diusap lembut.

"Aku rasa dia mesti buat kerja gila dia lagi."

Meera menebak.

Matanya tidak lepas dari memandang puncak bukit. Ada sesuatu menarik perhatiannya.

"Maksud kau?"

Meera menjuih bibir. Tepat ke arah puncak.

"Ya Allah...."

"Kawan tak makan saman."

"Bertuah punya member."

"Aku humban dia jatuh gaung satgi."

Fatihah menggenggam erat tangannya. Nafasnya bertukar keras. Hatinya bergelora.

"Niazee Iman!"

Dia memecut laju. Meninggalkan empat orang dayang yang masih blur, kot?

Aku tersenyum.

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now