^-^

73 7 0
                                    

Mengah.

Aku teramatlah mengah sekarang ni, dah lama aku tak joging banyak pusingan macam ni. Biasanya lari daki bukit kat sekolah je lah.

Aku memerhati tubuh yang lain yang sudah mula menjauh. Biarlah diorang, aku nak jalan je lah.

Aku membuat warming up sambil berjalan di atas trek larian ni. Tak mengganggu en?

Hahaha.

Biarlah kalau mengganggu pun, aku bukannya tinggal kat sini. Lepas seminggu ni, muka aku ni hilang jugak akhirnya.

Aku tersenyum kecil. Apalah yang kau fikir teruk sangat sekarang ni, Zee?

Tanganku leka melentur setiap sendi jari jemari sehingga aku terlupa...

Gedebuk!

"Auch! Sakitnya!"

Aku turut mengaduh, tapi tak sekuat perempuan depan aku ni lah. Kedua dua kami jatuh terduduk tapi tak tahulah siapa yang cedera lagi teruk. Huhuhu...

Perempuan itu mencerlung tajam ke arahku. Matanya bagai berapi, semarak api waktu aku bakar daun kering dekat kampung.

"Maaf, saya tak sengaja."

Ayat itu aku lontarkan dengan lembut. Tak nak ada pertelingkahan, aku harap boleh cepat settle.

Serius, aku tak sedar yang ada orang tengah joging waktu tu.

Aduhai, Zee... kau cari gaduh dengan orang orang sini kenapa? Kenapa kau jalan tak tengok sekeliling? Kenapa kau tak peka?

Dan pelbagai 'kenapa' lah muncul dalam otak aku. Hei, sekurangnya aku masih ada rasa bersalah dalam diri aku yang tak betul ni.

"Heh. Maaf, je?"

Aku tersentak. Ye lah, maaf. Sorry. Asif. Dia nak aku cakap bahasa apa pulak ni?

Aku segera bangun lalu tangan dihulur, bagi membantunya untuk berdiri. Tak kisahlah baju bahagian belakang ni macam mana rupa dia, asalkan aku tak dilabel pelik pelik dengan perempuan ni.

Tapi kalau tengok dari rupa dia, jelas terpancar gaya dia seperti keluarga bangsawan. Matilah aku kalau dia minta aku bayar or apa apa je lah.

Perempuan itu mencebik, huluran tanganku tidak dilayan.

"Kau orang luar, tapi dah pandai buat hal kat tempat orang macam aku ni. Kau nak apa eh?"

Ehhh???

Perempuan ni dah kenapa? Tiba tiba je nak kutuk aku, perli aku.

Aku buat riak wajah separa tercengang. Kalau yang sebenarnya, aku nak tunjuk muka tak puas hati. Tapi aku cuba untuk sedar diri.

"Maafkan, saya. Kenapa cakap macam tu?"

Aku masih cuba mengawal ton suara, kang ada jugak yang mengamuk dekat sini.

Tangan sudah mula menggepal penumbuk. Silap hari bulan, ada yang merasa buku lima aku ni selain dari pakcik tak guna tu.

Perempuan tu tergelak kecil, atau aku patut cakap... sinis?

"As I said, kau orang luar. Ye lah, takkan lah kau anak Dato' or kerabat diraja macam aku kan? Tengok je pakaian kau, ew.. yuks."

Dia mengeluarkan suara jeliknya. Eh, perempuan ni... acah bagus! Menyesal aku minta maaf kat kau.

Aku menilik pakaianku tanpa sengaja okay, tanpa sengaja!

Tiba tiba rasa hina.

"...kerabat diraja macam aku kan?"

No, Zee! Jangan terasa dengan apa yang dia cakap. Kata kata dia tu cuma pembunuh semangat je. Abaikan!

Love In FriendshipWhere stories live. Discover now