Prologue

1.8K 89 16
                                    

"Hmphh!!"

Tangannya terkapai-kapai seperti mahu mengapai sesuatu, dia sedaya upaya melawan tekanan seseorang yang menekan kepalanya ke dalam bath mandi yang dipenuhi air. Nafasnya mula kekurangan, detak jantung berdegup kencang. Warna wajahnya berubah, pucat pasi.

"Kau lelaki tak guna! Dahla bisu! Menyesal tau aku kahwin dengan kau! Pembawa malang! Kalau bukan di sebabkan perjanjian bodoh papa aku dengan bapa kau tu, aku tak akan terjebak dalam perkahwinan ni lah. Sial lah!"

Dia menarik rambut isterinya yang baru sah menjadi isterinya beberapa jam tadi. Dengan paksa, dia dongakkan wajah lelaki beriris madu keemasan itu.

Dia tersenyum sinis, sejurus mencengkam wajah lelaki itu yang tampak pucat dengan nafas tercungap-cungap. Rintihan pelan keluar dari bibir mungil itu.

"Dengar sini bisu, aku akan buat kehidupan kau seperti berada di dalam neraka. Aku akan buat kau menyesal sebab terima perkahwinan ni. Lelaki bodoh, dahlah bisu! Kau tu tak selevel dengan aku, Gempa bodoh."

Gempa menangis, bibir pucatnya yang sedikit pecah itu bergetar. Dia memandang wajah suaminya. Ice. Tatapan mata lelaki itu sangat dingin dan menyiratkan kebencian padanya.

"Dan di sebabkan kau, aku dan kekasih aku putus. Bodoh, jalang."

Ice melepaskan cengkamannya pada wajah Gempa, dahi lelaki itu ditunjalnya kasar buatkan kepala Gempa terhantuk pada dinding yang berada di belakangnya.

"Kemas barang kau, sini bukan tempat kau! Aku tak nak ada jalang bisu kat dalam bilik aku ni, kuman. Tempat kau, sesuai di stor kat belakang rumah aku tu. Bla kau! Aku bagi setengah jam untuk kau kemas semua sampah kau tu dari bilik aku."

Usai itu, Ice keluar dari tandas itu dengan wajah memerah kerana bengang.

Gempa mencengkam dadanya. Sakit itulah yang dia rasa. Air matanya berderu-deru keluar mengalir ke pipi. Ini baru permulaan awal bagi kehidupannya, dia tidak tahu seperti apa kehidupannya setelah ini. Adakah dia akan bahagia? Atau duka yang akan menjadi peneman hidupnya?










Yay or nahh?

Ada yang berminat? 🤔🤗

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now