Part 7

777 83 24
                                    

"Thanks untuk kerjasamanya, kami akan buat sebaik mungkin untuk mendapatkan keuntungan yang sama rata. Thanks again."

"You're welcome. Kerjasama korang amat saya hargai."

Mereka berdua berjabat tangan, dengan senyuman tersungging di bibir mereka.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Ice mengangguk kepala, sejurus turut melangkah keluar dari kafe tempat menjadi pertemuan dia dengan seorang klien. Dia menghantar kepergian kliennya dengan ekor mata, lantas dia mengorak langkah menuju ke parkir keretanya. Kekunci kereta dikeluarkan.

"Bila you nak putus dengan mamat dingin tu? You tau tak I terseksa tengok you dengan dia. You tu tunang I, cuba lah hormat I ni."

"Alah you ni! Sabarlah, I nak tengok kehancuran seorang yang bernama Ice dulu baru lah I putuskan dia."

Dahi Ice berkerut apabila mendengar suara yang tidak asing lagi di pendengarannya. Dia menoleh ke arah belakang. Dua pasangan kekasih melintasinya. Dia tergamam, tatkala melihat kekasihnya Elies bersama dengan seorang lelaki.

Tunang? Mahu hancurkan dia?

Tangan Ice tergenggam kemas, bibirnya diketap kasar. Terasa seperti dipermainkan. Perempuan itu hanya mempermainkan dia, bukan ikhlas sukakan dia?

"Shit!" carut Ice, dia tidak sedih bila mendapati Elies bermain dengan lelaki lain bahkan lelaki itu tunang dia sendiri. Kalau sudah berpunya asal mahu berkasih dengan dia lagi? Tapi apa yang buat dia marah kerana perempuan itu membohonginya dan apa dia kata tadi? Mahu hancurkan kehidupannya? Tidak akan!

•••••

Bam!

Gempa yang sedang menonton acara tv, melompat kaget dengan hempasan pintu yang kuat itu. Dia memandang pada si pelaku. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Ice.

Wajah lelaki itu bengis dan dingin semacam, gerun pula dia menengoknya. Mesti mood Ice tengah tidak baik itu.

Anak mata mereka bertembung, Gempa cepat-cepat melarikan pandangan matanya.

"Asal kau tak tido lagi? Tak reti-reti lagi nak tido? Pergi tido sana! Semak aje aku tengok kau ni, tahunya nak berkeliaran macam kucing dalam rumah aku ni, pergi bisu!"

Ice melenting membabi buta, kerana amarahnya pada Elies. Gempa yang menjadi mangsa lampias rasa marahnya. Gempa yang malang.

Dengan kadar segera Gempa bangkit dari sofa dan menonong ke dapur. Dia keluar melalui pintu dapur untuk menuju ke stor belakang rumah. Biliknya.

Ice menghela nafas kasar, rambutnya dikusutkan. Serabut!

"Perempuan tu, dia bermain dengan orang yang salah. Kita tengok siapa yang menang nanti." senyuman sinis merekah dibibirnya.

•••••

Mama dan papa otw ke rumah kamu, kami akan menginap kat sana dua malam. Lagi 30 minit kami sampai.

Ice melompat dari pembaringannya selepas membaca mesej daripada mamanya. Dia melihat jam di skrin telefonnya, pukul 9.30 malam. Orang tuanya dari Pulau Rintis, sudah tiba di Kuala Lumpur? Dan sekarang sedang menuju ke rumahnya?

Mampus kau Ice!

Ice melempar telefon di tilam sebelahnya, dia melompat turun daripada katil. Langkah kaki dibuka, dia harus mengheret Gempa dari stor untuk masuk ke dalam rumah. Kalau ibu bapanya tahu nanti, maka tamatlah hidupnya.

"Bisu woy!! Kau kat mana? Bisu!!" Ice memanggil isterinya sejurus menuruni anak tangga.

"Haishh!! Dia ni macam chipsmore betul lah! Kalau orang tak perlukan dia, ada aje dia nak muncul! Kalau orang perlukan dia, boleh pula dia menghilang. Tak faham lah aku dengan orang bisu ni!"

Ice membebel, dia melangkah keluar rumah melalui pintu belakang. Dia menuju ke stor yang menjadi bilik Gempa. Kejam tak dapat suami macam ni? Isteri sendiri di suruh tidur dalam stor.

Ice membuka pintu stor itu kasar.

"Woyy bisu.." suara Ice tenggelam bila mendapati Gempa tengah diulik mimpi. Dia membatu depan pintu stor, dia memandang Gempa yang tidur hanya beralaskan tikar. Tidak pula berselimut. Terlihat jelas tubuh mungil itu menggigil kesejukkan dan sesekali akan mengaru atau menepuk bila dirasa ada nyamuk menggigit.

Berdesing hatinya melihat keadaan isterinya itu. Dia membuang muka sejenak lalu helaan nafas dilepaskan.

"Menyusahkan."

Ice mendekati Gempa, lalu tubuh mungil itu di angkatnya perlahan. Takut akan menganggu lena lelaki itu.

Dia menutup pintu stor itu dengan menggunakan kakinya, tanpa berlengah dia terus mendukung Gempa masuk ke dalam rumah.

Setiba, di biliknya. Ice segera merebahkan Gempa di atas katil miliknya. Tubuh itu diselimutnya. Dia hela nafas lega.

"Gila betullah bisu ni, orang angkat dia pun tak sedar bahkan terganggu pun tidak. Kalau aku rogol dia, aku rasa mesti dia tak sedar ni. Tch!"

Senyap. Ice memandang wajah Gempa yang tampak begitu damai sekali ketika tidur. Hatinya berdesir rasa aneh saat melihat wajah itu.

"Clishenya, tak mungkin aku jatuh cinta kat dia dalam sekejap kan? Tch buang masa aje."

Leka Ice merenung wajah Gempa, tanpa sedar dia mendekatkan wajah pada Gempa. Anak matanya meneliti seraut wajah itu, lalu pandangan matanya jatuh pada bibir mungil itu yang terbuka kecil. Bibir itu seolah mengundangnya untuk dilumat sahaja.

"Comel.."

Ice mendekatkan bibirnya pada bibir Gempa, sikit lagi dia mahu.. Ice tersedar, matanya membulat terkejut dengan tindakan luar sedarnya lantas dia menjauhkan wajahnya seraya berganjak sedikit dari katil.

Ice menutup mulutnya. Dia hampir mencium Gempa. Nasib baik dia cepat tersedar sebelum makin terleka.

"Ah! Aku dah gila, baik aku..."

Ting tong!

"Mesti diorang dah sampai."

Dia bergegas keluar bilik dan menuju ke pintu utama rumahnya untuk menyambut kedatangan orang tuanya.













Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now