Part 6

689 75 16
                                    

Gempa meneguk air sejuk, sesekali dia mengerling dua pasangan itu yang tengah menjamu sarapan pagi. Dia hanya mendiamkan diri di bahagian dapur, tidak ikut serta. Buat apa nak ikut serta, jikalau dirinya tidak diundang? Dia kan hanya maid kat dalam rumah ini..

Gempa mengeluarkan telefonnya yang berdering dari poket seluar. Gelas minumannya di letak di atas kaunter dapur. Dia keluar dari rumah melalui pintu dapur, bangku kecil yang berada di bawah pokok mempelam ditujunya.

Dia melabuh duduk di situ, dia menjawab panggilan video daripada sepupunya.

"Haloha Gemgem!!"

Hallo Thorn!!

Gempa tersenyum manis sambil melambaikan tangan pada sepupunya di seberang sana. Thorn membalas senyuman Gempa.

"Gemgem sihat?"

Gempa mengangguk kepala semangat, menjawab pertanyaan Thorn.

Thorn terkekek melihat wajah polos sepupunya, ingin rasanya mencubit pipi tembam itu.

"Baguslah, Gemgem sihat. Thorn ganggu Gem ke pepagi ni?"

Gelengan kepala menjawab soalan Thorn. Dia membuat isyarat.

Tak, Thorn tak mengganggu pun. Gemgem rindu Thorn. Sangat. Thorn rindu Gemgem tak?

"Hehehe, mestilah rindu. Thorn kan sayang Gem, bila Gem nak datang rumah Thorn?"

Gempa tidak menjawab, dia hanya tersenyum kecil.

Dahi Thorn berkerut, dia mencuba membaca air muka Gempa. Sepupunya seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi apa itu?

"Gem.."

Ya?

"Gem bahagia tak dengan dia? Dia layan Gem baik kan?"

Intonasi Thorn mula berubah serius. Gempa terkesima dengan soalan yang dilontarkan oleh Thorn. Dia tidak sangka Thorn akan menanyanya begitu.

Dia layan Gem.. Baik.. Sangat.. Gem bahagia..

Gempa ukir senyuman paksa sambil melarikan pandangan matanya ke arah lain, namun itu tidaklah semudah untuk dia membohongi Thorn. Sebab lelaki beriris hijau itu kenal begitu rapat dengan Gempa, sepupunya itu tidak pandai berbohongi. Terlihat jelas dari riak wajahnya, bahkan untuk bertatap mata dengannya pun dia tidak sanggup.

"Oh.. Macam tu ya? Baguslah. Kalau dia sakitkan Gem, Gem repot kat Thorn ya? Biar Thorn karakter dia sampai masuk hospital ya?" Kata Thorn dengan wajah serius.

Gempa ketawa lepas walaupun tiada kedengaran suaranya. Thorn tersenyum melihat wajah ceria sepupunya itu. Jarang dia dapat lihat Gempa ketawa seperti itu, selepas kejadian beberapa tahun yang lepas. Kejadian itu buatkan Gempa trauma dan hampir menghapuskan senyuman manis itu daripada terus menghias pada wajah manis sepupunya.

"Ehem."

Perbualan Gempa bersama sepupunya terganggu dengan deheman seseorang. Dia mendongak, terlihat Ice berdiri di muka pintu dapur.

"Kenapa Gem?"

Thorn, kita berbual lain kali ya? Gem ada hal sikit. Bye Thorn.

"Baiklah, bye Gem! Jaga diri ya!"

Gempa mengangguk kepala dengan senyuman manis. Dia mematikan panggilan video itu, telefonnya disimpan ke dalam poket. Dia bingkas bangun, dengan kadar segera dia mendekati Ice.

"Siapa yang call kau tu?"

Terangkat kepala Gempa, dia memandang Ice dengan mata mengedip polos. Ice mendengus kesat.

"Tsk, susah betul cakap dengan orang bisu ni. Dah! Pergi buat kerja kau sana, aku nak pergi ofis pula ni. Menyusahkan betul lah, kau ni macam biskut chipsmore aje, kejap ada kejap tak ada. Tch, dahlah."

Ice berlalu pergi seusai berleter benda yang sedikit merapu, itulah tanggapan Gempa padanya. Suaminya okey tak?














Tbc...

Sorry, chapt ni terasa hambar pula. Hehehe..

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now