Part 37

776 85 31
                                    

"Aku tak sangka, yang selama ini aku hidup dengan manusia bertopengkan iblis. Aku kejam, sampai tidak tau apa yang dia buat selama ni. Sampaikan 'dia' jadi mangsa. Apa patut aku buat? Aku memang tidak berguna."

Seorang wanita berumur 40-an, berkata dengan suara yang lirih. Kawannya yang berada di hadapannya, hanya mampu mengusap bahu si wanita itu. Dia turut simpati dengan apa yang menimpa kawannya itu. Banyak sangat dugaan.

"Sekarang apa yang kau nak buat? Jadi kau dah tau kenapa 'dia' jadi macam tu? Sebab 'dia' kan?"

"Ya. Aku tak tau nak buat apa. Aku.. Aku rasa sangat bersalah."

Si kawan wanita itu tersenyum kecil.

"Jangan berputus asa. Setiap masalah pasti ada jalannya. Kita harus berusaha untuk mencari jalan keluar. Kau jangan risau, aku sentiasa ada di belakang kau. Aku sokong apa pun keputusan kau nanti. Aku kan kawan kau dan serta.. Besan kau Lily."

Kepala wanita itu terdongak, menatap wajah besannya. Puan Jasmine.

"Terima kasih Jasmine."

•••••

Ice merenung wajah pucat Gempa, lelaki itu jatuh demam selepas kejadian petang tadi. Semuanya salah dia. Dia hampir bunuh isterinya sendiri. Nasib baik dia sempat menyelamatkan Gempa, jikalau tidak apa yang patut dia jawab dengan mertuanya nanti?

Dia menyentuh perlahan bibir Gempa yang pecah itu, kerana perbuatannya juga.

"Hggnh.."

Ice segera menjauhkan tangannya, dia tatapan kelopak mata Gempa yang perlahan-lahan terbuka.

Mata mereka bertemu.

Ice berdeham.

"Kau okey? Nasib baik aku selamatkan kau balik, kalau tak mesti kau dah mampus kan? Best lemas tadi?"

Belum apa-apa, Ice sudah melontarkan kata-kata menyakitkan tanpa memikirkan perasaan Gempa yang mendengar.

Bibir Gempa terketap. Dia membuang muka ke arah lain. Tubir matanya berair. Sakit bila mengingatkan akan perbuatan Ice padanya petang tadi. Dia hampir mati kelemasan kerana suaminya sendiri.

Suami yang amat durjana. Lebih jahat dari seekor iblis.

Ice berdecit.

"Tch! Aku selamatkan kau, tapi tak reti nak ucap terima kasih langsung. Kalau macam ni lah, baik aku tak payah selamatkan kau tadi. Biar mampus kat situ terus, senang hidup aku."

Ice mahu bersuara kembali, namun terbantut bila melihat ada linangan air jernih mengalih turun di kedua pasang mata madu emas itu. Melihat itu, entah kenapa hatinya berdenyut sakit. Ada yang tidak kena.

Dia bangun, langkah di ambil untuk keluar dari bilik Gempa.

"Lantak kau lah bisu. Dasar menyusahkan."

Bam! Ice keluar seraya menghempas kuat pintu bilik itu.

Setelah perginya Ice, Gempa menghamburkan tangisannya yang sedari tadi dia tahan.

Hatinya sakit namun tidak berdarah. Pedih seperti disimbah asid, tapi pedih dia melebihi asid. Tidak boleh diucap dengan kata-kata.

Ice.. Saya penat dengan semua ni... Saya mahu..

Menyerah...
















Tbc...

Book ni tidak lama lagi akan habis...

So still tuned!

Maybe bad ending...? *cabut lari*

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now