Part 17

729 73 10
                                    

Kawasan lapangan terbang itu, Gempa pandang dengan raut wajah hairan. Ice di sebelahnya dia pandang, lelaki itu terlihat membelek jam yang terpasang di pergelangan tangan.

Dia mencuit pelan lengan lelaki itu, buatkan Ice menoleh ke samping. Wajahnya masih ketat, dari tadi lelaki itu hanya diam sahaja sebaik tiba di lapangan terbang.

Kening Ice terangkat sebelah.

"Kita akan ke luar negara. Tak payah tanya kenapa, aku ada outstation selama seminggu. Kalau ikutkan hati, tak nak aje aku bawa kau ikut sekali. Tapi, kalau dibiarkan kau kat sini sesorang entah apa yang kau buat kat belakang aku." kata Ice mendatar.

Gempa hanya mencebik. Dia pun tak nak lah, ikut lelaki itu. Sibuk saja nak heret dia sekali, tidak terniat di dalam hati pun lah dia mahu bermain di belakang Ice.

"Dah jom, pesawat dah datang. Kau jangan buat hal kat sana nanti, kalau tak aku tinggalkan kau kat sana. Biar padan muka."

Suka hati.

Mereka berdua menarik bagasi masing-masing dan menuju ke balai berlepas.

•••••

Sebaik sahaja kaki mereka mengijak tanah, di bumi ginseng. South Korean. Mereka berdua terus bergerak ke hotel yang sudah Ice tempah.

Anak mata Gempa memandang segenap bilik hotel itu. Mewah. Bilik itu hanya mempunyai satu katil, bersaiz queen. Di sudut bilik itu, terdapat peti sejuk bersaiz sederhana besar. Terdapat sebuah tv, yang mengadap ke arah katil. Sebuah sofa berbentuk L, terletak di tepi jendela bersebelahan dengan balkoni.

"Aku nak keluar kejap, ada kerja. Kau jangan keluar merayap, kalau hilang. Aku tak nak cari."

Ice membetulkan sweater tebal miliknya pada tubuh, memandangkan udara sejuk di negara Seoul mengharuskan dia untuk berpakaian tebal. Tambahan lagi, beberapa hari lagi akan masuk musim salju.

Iris biru Ice memandang Gempa yang sedang sibuk memerhatikan ruangan bilik itu, lantas dia berlalu keluar dari bilik yang akan menjadi tempat menginap mereka berdua selama seminggu lebih.

Gempa mengerling ke arah pintu yang sudah ditutup oleh Ice. Dia hembuskan nafas. Dia bergerak ke arah balkoni bilik, terasa ingin mengambil angin petang di negara Seoul itu.











Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now