Part 16

716 76 7
                                    

Gempa melumurkan ubat pada bibirnya yang luka itu, dia meneliti wajahnya di cermin solek. Wajahnya sedikit lecur dan kemerahan akibat perbuatan Ice semalam. Nasib tidak terlalu parah, kalau tidak apa yang dia mahu jawab jikalau mertua dan ibu bapanya tanya nanti.

Wajahnya masih terasa pedih dan berdenyut. Semalaman dia habiskan masa dengan menangis sahaja, sampaikan matanya sembam dan bengkak. Tidur pun tidak, macam mana dia mahu tidur jikalau hatinya terlalu sakit mengingatkan perbuatan Ice yang amat melampau semalam.

Pagi itu dia tidak melihat wajah suaminya, mungkin lelaki itu keluar pagi-pagi lagi kerana tidak mahu bertemu muka dengannya. Lagipun, dia tidak kisah. Malas sudah dia mahu pedulikan lelaki itu, makin dipedulikan makin sakit pula hatinya. Terlalu banyak makan duri yang lelaki itu taburkan. Sudah cukup.

Kejadian semalam hampir buat traumanya datang kembali. Cukuplah traumanya akan masa lalunya.

Dia masih ingat, waktu itu dia dalam umur lingkungan 5 tahun. Hari-hari dia didera oleh ayah tirinya sewaktu ibunya keluar pergi kerja. Sampailah sekarang ibunya masih tidak tahu akan perangai setan ayah tirinya itu. Lelaki tua yang bertalam dua muka. Ingin sekali ketika itu dia buka mulut beritahu kepada ibunya hal sebenarnya, namun dia tidak berani. Takut jikalau dia kembali di sakiti. Sejak itu juga dia mengurungkan diri dan menyisihkan diri dari dunia luar. Hanya sepupunya sahaja yang selalu datang menghiburnya, adakala juga kawan baiknya Taufan turut datang menghibur hatinya yang tengah lara itu.

Dia bersyukur, sejak umurnya makin meningkat dewasa. Ayah tirinya sudah jarang memukulnya malah dia dijadikan budak kepada lelaki tua itu. Budak pemuas nafsu serakahnya.

Sehinggalah suatu hari, ibunya menyatukan dia dalam sebuah perkahwinan. Dia terima dengan hati yang lapang, dia terima perkahwinan ini bersebab. Sebab utama, dia mahu jauhkan dan melarikan diri dari ayah tirinya. Namun, apa yang dia harapkan dalam sebuah perkahwinan ini akan membuatnya menuju ke arah kebahagiaan. Tetapi, tidak. Hanya dia yang menginginkan perkahwinan ini tapi tidak dengan Ice.

Bagi Ice, dia adalah pembawa bala dalam hidup lelaki itu. Siapa sahaja yang mahu hidup dan mempunyai isteri yang bisu dan cacat macam dia?

Satu sahaja yang dia mahu. Kebahagiaan. Itu sahaja. Tidak lebih. Tapi kenapa susah sangat untuk dia rasa bahagia? Tak layakkah dia? Hidup dia selalu dilingkupi dengan penderitaan sahaja. Kebahagiaan yang dia rasa hanyalah secebis sahaja.

Dia ingat, penderitaannya akan berakhir selepas dia bernikah. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Malah, luka yang sudah dia tanggung beberapa tahun lepas yang belum sembuh sepenuhnya semakin melebar. Ice kembali menambah garam dan duri padanya.

Setitis air mata Gempa jatuh ke pipinya, lama kelamaan makin deras air matanya tumpah. Dada kirinya dicengkam.

Sampai bila dia harus tanggung rasa sakit ini? Dia penat segala mental dan fizikal. Dia tidak menyalahkan takdirnya, tetapi kenapa harus sekejam ini?

Blam!

Gempa tersedar dari lamunan masa silamnya, dia mengesat tubir matanya. Kepalanya ditolehkan pada pintu biliknya yang dibuka kasar oleh Ice. Wajah ketat lelaki itu dia pandang kosong dan hampa.

"Kemaskan barang kau, kita akan pergi ke suatu tempat sekarang! Cepat!"

Belum sempat Gempa mahu bertanya kenapa, Ice sudah berlalu pergi selepas berkata begitu. Helaan nafas terhembus dari belah bibirnya.















Tbc...

Sedikit kisah silam Gempa sudah dibongkarkan. Masih ada lagi, rahsia yang bakal dibongkar sedikit demi sedikit. So stay tuned! 😄

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now