Part 11

697 82 10
                                    

Gempa menyapu ubat pada telapak tangannya yang hampir sembuh itu dengan ubat gamat, lalu dia menampal plaster sticker arnab pada lukanya. Dia memandang wajahnya melalui pantulan cermin solek. Wajahnya sedikit melencur kerana terkena air panas atas perbuatan Ice pada pagi tadi. Nasib baik, ibu bapa mertuanya tidak bertanya banyak bila melihat wajahnya begitu.

"Kau menungkan apa kat situ? Menungkan kekasih lama kau? Kau ada kekasih ke?"

Suara sinis Ice kedengaran, dia toleh pada suaminya yang duduk dibirai katil. Hanya tatapan mata kosong yang dia bagi, lalu berkalih dari terus memandang wajah itu. Hatinya sakit melihat wajah lelaki itu.

"Kau dah kenapa senyap? Period?"

Ice bangun dan menerpa ke arah Gempa yang membisu di meja solek. Dia berdiri di belakang Gempa, dia membalas pandangan mata Gempa melalui cermin. Lama mereka berkeadaan begitu, sehinggalah dia jatuhkan pandangan matanya ke arah tangan kanan Gempa yang terluka atas perbuatannya beberapa hari yang lepas. Dia meraih tangan itu, membuatkan Gempa kaget dengan tindakan Ice itu.

"Sakit ke?" soalan bodoh keluar dari mulut Ice. Gempa ketap bibir, dia cuba menarik tangannya namun genggaman Ice yang kuat itu buatkan dia mengalah.

"Aku tanya kau lah bisu, sakit tak?" soal Ice lagi, dengan sengaja dia menekan luka itu kuat.

Gempa menahan rasa sakit, dia merentap tangannya dari genggaman Ice. Sakit tidak boleh di ucap dengan kata walaupun luka itu sudah mahu sembuh, namun jikalau di sentuh ia akan berdenyut sakit. Akan tetapi, bolehkah sakit di hatinya sembuh seperti tangannya? Ia sembuh, namun akan tinggal parut yang mendalam. Buat selamanya..

"Sakit ya? Nak aku tambah lagi rasa sakit tu?" sinis Ice berkata, dia paut dagu Gempa lalu diangkat agar mata mereka bertembung.

Gempa menepis tangan Ice dari dagunya, dia bangun dari duduk dan wajah suaminya di pandang kosong.

Saya benci awak Ice!

Gempa mengucapkan kata-kata itu satu-persatukan, agar lelaki itu dapat faham apa yang mahu dia sampaikan.

Ice senyum sinis, dahi Gempa ditunjalnya kasar.

"Benci lah selagi kau boleh benci aku, memang itu yang aku nak. Sebab senang sikit aku nak ceraikan kau suatu hari nanti bila kau yang minta untuk diceraikan. Sampah macam kau, tak layak hidup dengan aku. Dasar jalang bisu."

Tangan Gempa terkepal kemas, dia mencuba untuk menghadam segala hinaan dari suaminya. Kelat untuk di telan. Sabar selagi dia boleh sabar dengan sikap puaka suaminya itu. Tak bolehkah suaminya dengarkan dia buat satu kali? Sampai bila dia harus relakan hatinya di sakiti?

So now, I'm holding this pain again..

Gempa menahan air mata yang mahu menitis, dia mendorong tubuh Ice dan berlari ke tandas.

"Tch! Nak menangislah tu, dasar cengeng."














Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now