Part 18

738 77 24
                                    

Pada malam hari, dua pasangan yang tidak pernah nak akur antara satu sama lain itu berada di sebuah Foreign Restaurant. Tempat makanan yang halal.

"Jumunhaseyo?" seorang pelayan lelaki korea datang pada mereka berdua untuk mengambil order.

Gempa melihat Ice, dia tidak faham apa yang mamat korea itu cakapkan walaupun dia suka tengok drama korea. Ice yang perasan akan pandangan mata Gempa padanya, namun dia hanya endahkan sahaja. Dia memandang ke arah pelayan lelaki itu, lalu membuat pesanan sambil menunjuk gambar makanan halal yang terdapat di dalam buku menu.

"Uliege eumsig-eul jwo Sundubu Jjigae, geuligo Jjampong. Amelikano won, naneun keun keugileul wonhanda. Geuge daya, gomawo." kata Ice yang begitu fasih berkata-kata dalam bahasa hangul itu.

Pelayan lelaki itu mengangguk faham.

"Jumun-i god dochaghabnida." balasnya sebelum beredar untuk membuat pesanan pelanggan.

Ice berpaling pada Gempa yang memandang ke arahnya dengan wajah kagum dan terpegun. Dia kerutkan dahi, pelik sangatkah dia cakap bahasa asing?

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu?"

Ice dikagetkan dengan tepukan tangan dari Gempa, lelaki itu mengajukan kedua ibu jari padanya dengan senyuman manis. Ice hanya berdehem.

Beberapa minit kemudian...

Pesanan mereka telah pun tiba. Gempa hanya tercenggang melihat dua mangkuk seperti sup. Sundubu Jjigae hanya berkuah sup, mempunyai sayur lobak dan bebola serta ayam yang dipotong kecil. Manakala Jjampong pula, jikalau dilihat secara sekilas dia seperti mee sup. Tapi tidak tahu rasanya macam mana. Sedap tak?

Gempa mengerling air yang Ice pesan, hanya segelas air americona yang bersaiz besar. Dia kerutkan dahi, Ice hanya pesankan untuk dirinya sendiri ke? Gempa ketap bibir.

Ice memandang Gempa yang membisukan diri sambil berpeluk tubuh.

"Kau dah kenapa?" soal Ice dengan wajah tidak bersalah.

Gempa mendengus perlahan. Sedikit pun dia tidak pandang wajah Ice. Dia terkilan dengan lelaki itu.

"Nah."

Terkebil-kebil mata Gempa bila sesudu sup terhala di ruangan matanya. Dia kerling Ice bingung.

"Buka mulut kau lah mangkuk." kata Ice mendatar.

Gempa hanya menurut, takut pula dia jikalau lelaki itu mengamuk kat tengah restoran ini. Sudahlah, restoran itu ramai pelanggan. Tidak pasal menanggung malu nanti.

Mulutnya dibuka perlahan dan sesudu sup itu masuk ke dalam mulutnya. Bulat matanya bila deria rasanya mengecap kuah sup itu. Satu kata sahaja yang mampu dia ucap. Sedap.

"Macam mana?"

Sedap!

Ice tersenyum kecil, melihat dari wajah Gempa yang berbinar itu. Dia sudah tahu apa jawapannya.

"Nah, cuba kau try Jjampong ni pula. Kawan aku kata sedap." Ice mengepit mee dengan menggunakan chopstik, lalu dihalakan pada mulut Gempa yang sudah sedia terbuka itu.

Gempa mengunyah mee itu, satu senyuman manis dia tarik. Ibu jari dinaikkan.

Ice terkekek melihat wajah Gempa yang tampak comel itu. Geram pula dia mahu cubit pipi tembam itu. Eh?

Ice terus menyuapi Gempa. Sehinggalah Gempa perasan, yang Ice tidak makan sama sekali dan lelaki itu hanya fokus menyuapinya.

Gempa menghentikan Ice dari terus menyuapinya. Dia pandang wajah Ice dalam-dalam. Dia mengerakkan mulutnya.

Kenapa Ice tak makan sekali?

"Aku dah makan petang tadi dengan kawan aku. Ni untuk kau."

Seketika Gempa tersedar. Dia sudah salah sangka pada Ice sebentar tadi. Dia ingatkan Ice mahu membulinya dengan tidak memberikan makanan untuknya. Tapi..

"Sudah makan."

Gempa mengetap bibirnya, rasa bersalah pula dia. Tak apalah, nanti dia akan minta maaf. Sekarang dia mahu nikmati acara makan dengan disuap oleh Ice, hehe. Bila lagi kan lelaki itu mahu lakukan hal-hal manis seperti ini pada dia kan?











Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now