Part 20

815 72 30
                                    

Ice menenyeh kelopak matanya, perlahan-lahan dia buka matanya. Dia menoleh ke sebelah, Gempa tiada di tempatnya. Dia bangun dari pembaringan, suara pintu seperti dibuka buatkan Ice menoleh.

Dia mendapati Gempa keluar dari bilik air dengan tuala membungkus tubuhnya. Dia telan liur melihat Gempa dalam keadaan begitu.

Tidak semena-mena pandangan mata mereka bertaut. Gempa kaget, dia sangka Ice masih tidur. Pegangannya pada tuala terlepas dan tuala yang membalut tubuhnya terlucut jatuh ke lantai. Matanya membulat memandang Ice.

Ice kaku dengan pertunjukan percuma yang Gempa lakukan di hadapannya. Dia berpeluk tubuh, sambil memandang Gempa atas bawah. Leka dia menilik tubuh Gempa dihadapan itu. Dia smirk.

Blam!

Ice tergelak terbahak-bahak, apabila Gempa sudah berlari masuk ke dalam bilik air semula dengan wajah merah padam.

"Rezeki pagi."

"Cantik.."

Pang!

Ice menampar pipinya sendiri, lalu dia menggelengkan kepala. Mengusir fikirannya yang mahu ke arah lain.

"Shit, apa kena dengan aku ni?!"

•••••

Sejak kejadian pagi tadi, Gempa membisukan diri. Wajah Ice langsung dia tidak pandang. Dia malu mahu tatap wajah suaminya.

Ice mengerling Gempa yang berjalan di sebelahnya. Perlahan dia merangkul bahu Gempa buatkan isterinya melompat kaget.

"Kau nak tau kenapa aku bawa kau ke sini?"

Tanpa memandang Ice, dia mengangguk. Tapi, bukan ke lelaki itu bawanya ke sini sebab outstation? Ke ada sebab lain?

"Sebenarnya, memang aku ada outstation tapi minggu depan. Aku saja datang awal seminggu sebab nak jauhkan diri dari pompuan gila tu. So, kita akan duduk sini selama dua minggu. Kau okey kan?"

Sekali lagi Gempa mengangguk. Faham.

"So, seminggu ni aku nak ajak kau pergi serata Seoul ni. Sebelum aku sibuk untuk minggu depan."

Ice menahan sebuah taksi. "Jom masuk."

Mereka berdua masuk ke dalam kereta taksi.

"Eodi gani?" soal si pemandu taksi.

"Gwangwang-gaeg-i hangsang-ganeun gos, hangug-ui jeontongjeog-in gos. Ulineun geogie gago sipda." balas Ice dengan senyum kecil.

"Al-ass-eo."

Gempa mencuit bahu Ice.

"Nanti kau akan tau."

•••••

Gyeongbokgung Palace adalah tempat di mana artis Korean selalu berlakon tentang yang mengenai sejarah mereka. Seperti Dinasti Joseon, Silla dan Goryeo. Tempat itu menjadi tarikan umum untuk para pelancong, untuk lebih mengenali sejarah silam orang di negara ginseng itu.

Ice menarik tangan Gempa menuju ke salah satu kedai yang menjual baju tradisional orang korea.

"Kita cuba pakai ni nak?" soal Ice pada Gempa.

Laju kepala Gempa mengangguk. Ini adalah salah satu angannya untuk mengenakan baju tradisional orang korea. Hanbok.

Gempa menyentuh hanbok untuk lelaki yang berwarna kuning madu, baju itu menarik perhatiannya. Hanbok itu mempunyai corak bunga sakura di bahagian bawah kaki.

"Gempa sini." Ice memanggil Gempa.

Kenapa?

"Yang ni cantik tak?"

Ice menunjukkan sepasang hanbok seperti untuk pasangan lelaki dan perempuan. Hanbok itu cantik. Berwarna biru muda dengan corak bunga di bahagian dress kembangnya itu, manakala yang bahagian atas berwarna putih pudar yang seakan mahu biru kosong. Hanbok untuk lelaki pula, diluar biru manakala putih di bahagian dalam.

"Cantik tak?" soal Ice lagi. Gempa mengangguk, dahinya mengerut. Ice mahu belikan untuk siapa hanbok perempuan ini? Rasanya tiada orang perempuan yang datang bersama mereka. Aneh.

Ice memanggil si penjual, lalu dia berkata mahu belikan hanbok tersebut.

"Dangsin-eun geugeos-eul chag-yonghageona jigeum pojang hasigessseubnikka?" soal si penjual hanbok itu. Dia bertanya sama ada pasangan di depannya itu mahu pakai sekarang atau membungkuskannya.

"Jigeum ib-eo!" jawab Ice. Si penjual itu mengangguk faham, lalu dia menunjuk ke bilik khas untuk bersalin.

Ice menarik Gempa, mengikuti wanita separuh baya itu.

"Jom masuk."

Mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik, untuk bersalin. Dalam bilik itu terdapat dua orang wanita dalam lingkungan 30an. Mungkin untuk berjaga-jaga jikalau mereka memerlukan bantuan.

"Kau pakai yang ini." Ice menghulurkan hanbok perempuan pada Gempa.

Ternganga mulut Gempa, suaminya biar betul? Dia lelaki kut! Ada ke patut suruh dia mengenakan hanbok perempuan.

"Pakai aje, jangan nak merungut. Kau sesuai apa pakai yang tu." kata Ice selamba.

Gempa mengerang marah. Dadanya diusap kasar, mencuba tenangkan perasaannya yang sudah mahu meletup itu.

Ice tersenyum senget melihat wajah cemberut Gempa itu.

Setengah jam kemudian..

"Hmp!"

Gempa merengus seraya mengangkat sedikit kain hanboknya, susah mahu bergerak dengan baju kembang itu.

Ice di sebelahnya sudah ketawa kecil, melihat kesengsaraan Gempa itu. Comel.

Dia mengusap perlahan kepala Gempa yang terhias bunga-bunga kecil, hasil dari tangan makcik-makcik tadi.

"Kau comel apa pakai hanbok ni, sesuai dengan kau."

Gempa tersedak air liurnya, mendengar pujian Ice itu. Tak pernah-pernah lelaki itu mahu memujinya. Ni mesti terlebih hirup angin Seoul ni, sebab itulah mulut lelaki itu sentiasa manis. Kalau tidak, mulut macam puaka sahaja.

"Dah jom. Ehem, gaja nae yeowang." kata Ice, sambil menghulurkan tangannya pada Gempa.

Wajah Gempa memerah. Dia sedikit faham apa yang Ice sampaikan. 'Yeowang' bermaksud permaisuri.

Gempa dengan malu-malu menyambut huluran tangan Ice.

Mereka saling membalas genggaman tangan masing-masing.

Nae wang-eul gaja. Sahut Gempa dalam hati.










Tbc...

Aku tulis part ni sambil tersengih-sengih macam orang tak siuman sahaja. Nikmatilah dahulu waktu sweet mereka sebelum bab sentimental tiba. 🤣🤣

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now