Part 31

795 82 9
                                    

Ice melangkah masuk ke dalam rumah, sut birunya dilepaskan dan disidai pada kepala sofa. Tali leher biru yang berbelang putih turut dilepaskan dan diletak di sofa. Dia menyingsing lengan kemeja putihnya hingga ke siku. Tiga butang baju yang paling atas dibukanya.

Aroma masakan yang berasal dari dapur, buatkan Ice bergerak ke sana.

Dia melihat satu susuk tubuh yang khusyuk memasak untuk juadah berbuka nanti. Dia perlahan mendekati isterinya yang sepertinya tidak menyedari akan kehadirannya. Tubuh itu dipeluk dari belakang.

Kehadiran Ice yang tiba-tiba itu buatkan Gempa terperanjat, nasib baik senduk yang dia pegang tidak melayang.

"Apa yang kau masak emm?" Ice bersuara, dagunya didaratkan pada bahu Gempa. Dia menjenguk ke atas dapur. Ikan siakap masak tiga rasa, sup sayur dan kari ayam. Simple namun menyelerakan.

Gempa cuba leraikan pelukan Ice, dia mahu bergerak pun jadi terbatas.

Ice yang faham, mula lepaskan Gempa sebelum itu dia sempat mencium bahu Gempa yang sedikit terdedah itu.

"Aku pergi mandi dulu." pipi lelaki itu diciumnya sejenak, sebelum berlalu dari dapur.

Gempa berdeham. Pipinya yang masih terasa hangat akan ciuman Ice sebentar tadi, dia sentuh.

Dia kenapa? Aneh. Bisik hati Gempa.

Sejak balik dari Korea hari tu, perwatakan lelaki itu berubah 360℅. Baik dan manis sekali walaupun sisa mulut cabainya ada lagi. Ke mamat tu kena sampuk dengan hantu Korea?

Gempa menjongketkan bahu, malas ambil tahu. Dia kembali melanjutkan acara masaknya.

•••••

Gempa mundar mandir di hadapan pintu bilik Ice sambil mengigit buku nota kecilnya.

Nafas panjang di ambil lalu dilepaskan secara perlahan. Daun pintu itu diketuknya.

"Masuk lah, tak berkunci pun."

Mendapat keizinan, Gempa segera memulas tombol pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam bilik Ice.

Dia melirik ke arah Ice yang berada di atas katil sambil bersandar pada kepala katil. Di tangan Ice terdapat sebuah tablet, sepertinya lelaki itu sedikit sibuk melakukan kerja.

"Apa kau nak?" soal Ice tanpa memandang ke arah Gempa.

Gempa telan liur, perlahan dia mendekati Ice. Dia melabuh duduk dibarai katil. Bahu Ice dia sentuh perlahan.

Ice mendengus seraya toleh ke arah Gempa.

"Apa?"

Gempa memperlihatkan buku notanya pada Ice.

Mama saya ada mesej tadi, dia ajak kita berbuka kat rumah dia esok. Awak nak pergi ke?

Ice memandang Gempa sejenak.

"Hmmm." itu sahaja yang keluar dari mulutnya lalu dia kembali menyibukkan diri dengan kerjanya.

Gempa mengetap bibir, bahu lelaki itu kembali dicuit.

"Apa lagi?" dengan bengang Ice menoleh pada Gempa. Ganggu sahaja dia mahu buat kerja. Dia melihat buku nota Gempa yang tertulis itu.

Tapi saya tak nak pergi Ice..

"Kenapa kau tak nak pergi? Tak rindu kat parents kau?"

Bukan macam tu, saya rindu sangat kat mama saya.. Tapi saya takut..

"Papa kau tak rindu? Ohya tu kan papa tiri kau. Kenapa kau takut? Rumah tu ada bela saka ke? Sebab tu kau tak nak pergi?"

Gempa tidak menjawab, Ice mula hairan. Dia tatap wajah resah dan gelisah Gempa itu. Dia tahu pasti ada yang lelaki itu sembunyikan darinya.

"Ke.. Kau takut dengan papa tiri kau?"

Tekaan Ice sangat tepat bila Gempa memandangnya dengan wajah yang sukar untuk dia mengerti. Takutkah Gempa pada papa tirinya? Tapi apa yang di takutkan Gempa?

Macam mana awak tahu?

"Aku teka aje, jadi betullah kau takut dengan papa tiri kau? Tapi sebab apa?" Ice merenung anak mata Gempa dalam-dalam.

Gempa mengetap bibir lalu kepalanya di geleng laju. Gempa bangun dan berlalu dari bilik Ice begitu sahaja meninggalkan Ice yang terpinga-pinga.

"Aku kena siasat apa yang buat dia takut sangat dengan bapak tirinya tu. Mesti ada sesuatu ni.. tengok dari air muka dia tadi pun macam.. Takut aje."













Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now