Part 12

714 77 16
                                    

"So, ada apa you nak jumpa I? Rindu eh?"

Elies menyisip air minumannya, sambil anak matanya memandang ke arah Ice yang duduk di hadapannya.

Ice senyum herot. "Rindu? Tak kut. Buat apa I nak rindu kat pompuan hati busuk macam you."

Kening Elies terangkat sebelah mendengar ayat sinis Ice. Dia terkekek pelan.

"What do you mean ha?" soalnya. Menatap Ice marah.

"I mean, tolong buka topeng you tu. Tak usah nak tipu I lagi, sebab I dah tau muslihat you tu. Stupid girl!" bidas Ice, dia senyum sinis bila melihat wajah terkesima perempuan itu.

Elies gelak, seperti dibuat-buat. Dia pandang wajah Ice dengan lagak angkuh, tubuhnya dipeluk.

"Wahh! Jadi you dah tau lah? Hmmm, baguslah kalau you dah tau kan?"

Ice mengetap bibirnya. "Aku rasa kau silap bermain dengan oranglah. Aku nak ingatkan kau, if kau usik life aku. Aku pastikan kau menyesal seumur hidup, aku akan balas lagi teruk daripada yang kau bayangkan. Dasar pompuan bodoh. Usik lah kalau kau berani."

Usai mengatakan itu, Ice terus berganjak bangun dan keluar dari kafe tempat menjadi pertemuannya dengan kekasihnya, atau lebih tepatnya bekas kekasihnya.

Elies mengeram marah, perasaan takut mula singgah di hatinya bila mendengar ancaman Ice barusan.

"Shit! Dia buat aku jadi takut!"

•••••

Ice melangkah masuk ke dalam rumah, seraya menghempas pintu rumah kasar.

Dia pandang Gempa yang sedang mengemop lantai ruang tamu. Dia mengedarkan pandangan matanya di segenap rumahnya sejurus langkah kaki dibuka menuju ke arah Gempa.

"Aku tengok kereta parent aku tak ada kat garaj, diorang dah balik?"

Gempa mengangguk sebagai jawapan untuk Ice.

"Baguslah."  kata Ice perlahan, baru sahaja dia mahu berlalu dari situ. Dia teringat akan sesuatu. Wajah isterinya dipandang.

Gempa memandang Ice dengan raut wajah bingung.

"Mulai sekarang kau tido kat dalam rumah ni, pilih aje kau nak bilik mana kecuali bilik aku! Faham? Ambil semua barang kau kat stor tu pindah masuk ke bilik kau."

Senyuman Gempa mengembang lebar, kepalanya diangguk.

Thanks Ice.

Gempa mendekati Ice, kakinya dijinjit. Pipi lelaki itu diciumnya sekilas, sebagai ucapan terima kasih.

Ice terkedu menerima ciuman tersebut, dia memandang Gempa dengan mata membulat. Rona merah tipis merebak ke wajahnya. Dia pegang pipinya yang dicium Gempa itu.

"Kau.. kau pehal cium aku ha? Ambil kesempatan? Dasar bisu gatal!" marah Ice dengan nada suara gugup. Dia terus menonong pergi dari hadapan Gempa.

Gempa mencebik, senyuman merekah dibibirnya tatkala mengingatkan wajah Ice yang memerah itu. Comel.














Tbc....

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now