Part 25

773 77 22
                                    

Tepat tengahari, mereka berdua tiba di tanah air tercinta dengan selamatnya. Negara Malaysia.

Mereka berdua keluar dari balai ketibaan sambil menarik bagasi masing-masing. Mereka menuju pintu utama lapangan terbang.

Mereka berhenti di depan pintu utama. Ice melepaskan cermin mata hitamnya dan diletak di atas kepalanya. Telefon pintar miliknya dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

Gempa hanya memerhati gelagat Ice itu, sehingga lah Ice mengalihkan pandangan matanya kepada Gempa. Tidak semena-mena mata mereka bertaut.

Gempa berdeham lalu melarikan pandangan matanya ke arah lain. Ice menjongket bahunya seraya mematikan telefonnya setelah selesai bercakap dengan seseorang.

"Kejap lagi pakcik Khai akan datang." Ice buka suara. Gempa hanya sekadar mengangguk.

"Kalau macam tu, kita singgah makan dulu ya?"

Gempa menyentuh lengan Ice, kepalanya digeleng. Mulutnya digerakkan.

Tak payahlah, saya mahu masak kat rumah. Kita makan kat rumah aje eh?

"Baiklah kalau itu yang kau nak."

Mereka berdua berbalas senyum. Tangan Ice terangkat mahu mengusap kepala Gempa, namun terbantut bila namanya dipanggil seseorang. Mereka berdua menoleh. Wajah Ice berubah. Manakala Gempa hanya memandang orang tersebut dengan wajah dikekal manis.

"Kenapa kau boleh ada kat sini?" tanya Ice dingin, iris birunya merenung wajah perempuan itu datar. Elies.

"Ice! Syukur you balik dengan selamat. You baru tiba ke?"

"Tak lah baru nak pergi. Asal kau boleh ada kat sini ha? Kau tau dari mana aku ada kat sini?"

Elies tersenyum manis yang dibuat-buat, lengan Ice dipeluknya erat.

"Rahsia, jom I hantar you balik. Mesti you penat kan?"

Ice merengus, dia merentap lengannya dari dipeluk oleh perempuan yang tidak tahu malu itu. Dia mengerling pakaian perempuan itu yang amat seksi itu.

"Baju tu tak boleh singkat lagi ke? Dah macam nak tunjuk body aje, baik tak payah pakai baju terus. Senang, boleh orang tengok body kau yang buruk itu. Comel lagi body isteri aku."

Elies mengetap bibir, terasa tersindir. Dia mengerling ke arah Gempa yang membisu di sebelah Ice.

"Oh, you pergi korea sebab nak berhoneymoon ya? Wahh! Sekarang you dah ada hati kat isteri bisu you eh? Sungguh buruk selera you." Elies membidas dengan nada sinis.

"Kau siapa nak menghakimi orang? Rumah kau tak ada cermin ke? Nak aku tolong belikan yang lagi besar punya? Senang sikit kau nak tilik muka kau tu. Kau ingat kau cantik sangat? Bercermin lah dulu kalau nak hina orang. Muka kau tak ada bezanya dengan kerbau."

Gempa tahan gelak bila mendengar ayat terakhir Ice. Terasa kelakar. Dia ketap bibir, tatkala anak matanya bertembung dengan Elies. Wajah perempuan itu merah seperti menahan amarah yang mahu meletup.

"You akan menyesal sebab hina I! Ingat tu! You hanya milik I seorang Ice! Dan you bisu, I pastikan you lesap dari hidup Ice!" marah Elies lalu dia beredar pergi, dengan perasaan amarah yang membuak di dada.

Jari jemari Gempa saling meramas, entah kenapa dia menjadi takut dengan ugutan perempuan itu.

Ice hela nafas, dia memandang Gempa. Dia meraih tangan Gempa lalu digenggam.

"Tak usah fikirkan dia, wayar otak dia tengah tak berfungsi tu. Sebab tu suka merapu. Jomlah pakcik Khai dah datang."

Gempa hanya mengangguk pelan. Perlahan dia membalas genggaman tangan Ice.

"Jom sayang."













Tbc..

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now