Part 13

806 83 31
                                    

Gempa memerhati Ice yang sedang berenang ke sana dan ke mari di dalam kolam yang berada di laman rumah agam itu.

Cool!

Gempa memuji dalam hati akan keahlian Ice dalam berenang.

"Oit bisu, yang kau tercegat kat situ buat apa? Hulurkan aku tuala cepat."

Ice bergerak ke pinggir kolam, dia memandang Gempa yang berdiri di tepi wakaf, tidak jauh dari kolam.

Gempa tanpa buang masa, mengambil tuala Ice yang tersidai pada kerusi lalu di bawa ke arah Ice. Dia menghulurkan tuala itu pada Ice yang masih berada dalam kolam, wajahnya memerah bila melihat keadaan Ice tersebut. Entah kenapa, lelaki itu nampak agak seksi dan menggoda bila dalam keadaan basah.

Haihh! Kau jangan nak mula ya Gem! Nanti di cap lelaki gatal pula! Bisik hati Gempa.

Ice memandang Gempa sejenak, tangan menyambut huluran Gempa namun pergerakannya terhenti. Dia senyum senget, pantas dia menarik tangan Gempa kuat buatkan isterinya jatuh ke dalam kolam.

Gempa kaget, dia dengan kalut mencuba untuk berenang. Dia tenggelam timbul, ketahuilah dia tidak pandai dalam hal berenang.

Ice yang melihat keadaan Gempa yang seperti orang mahu lemas, segera menarik Gempa ke arahnya lalu tubuh itu dipeluk.

"Shh.. Tenang, kau selamat. Aku ada ni." bisik Ice, mencuba menenangkan Gempa yang sudah menangis ketakutan. Wajah lelaki itu tampak pucat. Rasa bersalah pula dia, bila membuat Gempa seperti itu.

"Kau okey? Maaf, aku tak tau pula yang kau tak pandai berenang."

Gempa memeluk tubuh Ice erat, takut pula dia akan tenggelam. Kolam itu boleh dikata cukup dalam juga. Wajah Ice, dia pandang. Terlihat raut risau terpancar pada wajah dingin lelaki itu.

Tangisan Gempa mula reda dan kini mereka berdua mula berasa canggung dengan keadaan mereka yang sangat dekat itu.

Ice berdeham, seraut wajah Gempa dia tenung.

Asal dia nampak seksi eh kalau basah macam ni? Desis hati Ice.

Gempa memukul dada Ice perlahan, mencuba untuk sedarkan lelaki itu dari terus tenung wajahnya. Dia segan okey.

Dia membuat isyarat untuk keluar dari kolam itu. Ice mengangguk faham, namun tidak pula dia buat malah makin erat pula dia peluk tubuh Gempa. Seakan tidak mahu lepas.

Ice..

"Heyy bisu, nak aku ajar kau berenang tak?"

Gempa mengedipkan matanya, dia tatap wajah Ice dengan binar mata polos. Laju kepalanya diangguk, mungkin mood lelaki itu tengah baik sebab itulah layanannya pun agak baik pada hari ini.

Ice tersenyum manis, yang jarang dia perlihatkan selain senyuman sinis. Pipi Gempa berona merah melihat senyuman yang agak menawan itu.

Ice terkekek pelan melihat wajah Gempa yang tampak comel bila dia malu. Di luar sedar, dia mencium sekilas bibir mungil itu.

Bulat mata Gempa, kaget kerana dicium tiba-tiba. Di bibir pula tu. Wajahnya makin memerah.

Ice bagaikan tersedar, wajahnya turut berubah warna.

Mampus kau Ice, asal kau pergi cium dia? Kau dah gila ke? Desis hati Ice.

"Err..." Ice tidak tahu mahu mula dari mana, dia mengangkat tubuh Gempa ke atas pinggir kolam renang lalu dia menjauhkan diri ke tengah kolam sambil mengaru kepalanya. Canggung.

"Err kau boleh tolong ambilkan tuala aku yang lain tak? Yang tadi dah basah." kata Ice tanpa memandang ke arah Gempa. Tangannya meraih tualanya yang terampung di sebelahnya.

Gempa mengangguk kepala, dengan kadar segera dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

Ice menghantar kepergian Gempa dengan hujung mata. Tanpa sedar dia tersenyum kecil.









Tbc...

Asyik buat scene yang mengharukan hati sahaja, ada scene manis sikit tak apa kan? 🤣

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now