Epilogue

1.3K 92 26
                                    

Pang!

Satu tamparan hinggap dipipi Ice, dia tersungkur jatuh ke lantai rumah sambil memegang pipinya.

"Mama tak sangka yang anak mama ni, berasal dari neraka. Lebih jahat dan menyetan dari iblis! Mama tak ajar kamu jadi setan lah, dasar anak setan kamu ni!!"

Ice hanya mendiamkan diri sambil menerima segala pukulan dari mamanya. Dia memang patut terima itu semua.

"Kamu tak guna Ice! Apa salah Gempa sampai kamu buat dia menderita sampai macam tu sekali ha?! Apa salah dia! Nak kata aku bela setan, tak pula. Tapi perangai kamu memang sebiji macam setan!"

Puan Jasmine berteriak lantang. Marah dengan perangai anaknya yang bertuah itu. Dimana salah dia dalam mendidik anak? Nak kata dia salah didik, tak ada pula.

"Kamu ceraikan Gempa?"

"Ham..hampir.."

Tuan Indra mengusap belakang tubuh isterinya yang kelihatan hampir kehilangan sabar.

Manakala Puan Lily melihat ke arah Ice dengan pandangan kosong. Dia tidak sangka yang menantunya berkelakuan seperti itu.

"Ice.. Sampai hati kamu buat anak mama macam ni. Apa sebab dia bisu kamu perlakukan dia seperti itu? Kamu tahu tak? Dia jadi macam tu sebab bapak tiri dia! Dulu dia seorang yang ceria dan mudah bergaul dengan orang. Tapi disebabkan lelaki tak guna tu, hidup dia hancur! Hancur Ice!"

"Mama bodoh sebab tak pernah tau benda ni sejak awal. Kalau kamu nak tau, Gempa sebenarnya boleh bercakap. Tapi kejadian silamnya buatkan dia mula berubah jadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri sejak umurnya 5 tahun. Sebab hidup dia dikongkong oleh bapak tirinya yang gila sex dan pemukul! Gempa jadi budak pemuas nafsu serakahnya! Kalau benda tu tak terjadi, Gempa tak akan jadi macam ni!"

Tiga beranak itu terdiam bila Puan Lily buka suara. Memberitahu kenyataan yang sebenarnya.

Perasaan bersalah mula hinggap didada Ice. Bodohnya dia.

Mahu menyesal sudah tiada guna, semua itu sudah menjadi bubur.

"Tapi, mama tak sangka. Hanya disebabkan ini, kamu sanggup lakukan benda kejam pada Gempa."

"Tapi mama tak bagitau saya yang dia boleh bercakap! Kalau mama bagitau, saya tak akan buat macam tu lah!"

Ice bangun dari lantai, wajah ibu mertuanya ditatap geram.

"Kalau mama beritahu kamu, apakah kamu dapat terima Gempa seadanya? Kalau dia dalam keadaan macam ni pun kamu sanggup seksa mental, fizikal dan perasaannya. Kamu memang menantu yang berhantu Ice. Kalau kamu memang tak nak dia, lepaskan dia dengan cara baik. Kenapa kamu tak ceraikan sahaja dia masa tu?"

Ice terdiam, tidak tahu mahu menjawab apa. Lidah dia kelu dan beku untuk sekadar menuturkan sepatah dua kata.

"Jangan harap kamu dapat jumpa Gempa lepasni. Mama tak akan izinkan walaupun dia masih berstatuskan isteri kamu. Sudah cukup kamu lukakan hati dia."

"Jadi mama tahu dia ke mana? Beritahu saya mama, dia ada kat mana?"

Puan Lily tersenyum sinis.

"Buat apa kamu cari dia? Nak sakitkan hati dia lagi? Mama tak tau dia pergi ke mana. Malam tu dia ada datang ke rumah dan pagi esok tu dia dah lesap. Yang ada cuma satu nota yang dia tinggal. Dia kata nak cari ketenangan."

•••••

Ice melangkah masuk ke dalam rumah banglo miliknya. Dia melabuh duduk di sofa.

Keadaan sekeliling ruang rumahnya, dia pandang. Keluhan keluar dari belah bibirnya.

"Arghh!!"

Ice menghentak tangannya pada meja kopi. Melepaskan rasa yang berbelah bahagi di dadanya.

Rambutnya dikusutkan dan diramas kasar.

Dring.. dring..

Bunyi deringan telefon miliknya, buatkan Ice berdecit kesat. Dia melihat nama si pemanggil. Elies.

Ice hanya abaikan panggilan tersebut, dia tiada mood mahu melayan sesiapa saat ini.

"Arghh!!"

Jeritan Ice menggema di setiap penjuru rumah, dia menghamburkan barang yang ada di atas meja kopi sehingga jatuh berderai ke lantai rumah.

"Bodoh... Kau bodoh..Ice.."





*****
Ayee akhirnya tamat juga dengan kelingnya citer ni... Wiu wiu..

Maaf ann jika hampa ya?! 😂

Opss! Korang jangan risau. Book ni ada S2!

Book untuk sambungan cite ni akan di up tidak lama lagi...

So still tuned!

Jom kita pakat tengok kesengsaraan Ice di S2. Muahahaha...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now