Part 30

812 77 8
                                    

Gempa membelek kalendar, khusyuk dia melihat hari di dada kalendar sampaikan Ice yang berdiri di sebelahnya tidak perasan.

"Apa kau buat ha?" sergahan Ice yang tiba-tiba itu, buatkan Gempa terperanjat. Hampir sahaja tercampak kalendar yang berada digenggamannya.

Gempa menampar bahu Ice geram kerana sudah buat dia terkejut. Ice hanya buat muka tiada perasaan. Dia merampas kalendar dari tangan Gempa, dia melihat apa yang buat lelaki itu leka sekali.

"Oh! Esok dah mula puasa. Aku kena puasa dari jadi jahat, hmm kena jadi budak baiklah kan." omel Ice, sempat dia menjeling ke arah Gempa.

Gempa sudah mencebikkan bibir. Ada pula macam tu ya?

"Dah pergi masuk tido, esok kena bangun pagi nak bersahur." kata Ice sambil mencampak kalendar itu pada Gempa lalu berganjak pergi dari situ.

Gempa hanya menghantar kepergian Ice. Dia kembali menilik kalendar tersebut. Dia tersenyum kecil.

•••••

Ice menguap kecil, dia mengusap kelopak matanya. Dia menatap hidangan pada pagi itu. Hanya sepinggan nasi goreng dengan telur mata. Simple.

"Makanlah."

Mereka berdua bersahur dengan suasana yang senyap.

Usai makan, Gempa bangun dan mahu mengambil pinggan Ice untuk dibasuh namun terbantut bila tangannya ditepis oleh lelaki itu. Dia pandang Ice bingung.

"Kau dah masak, biar aku pula yang basuh pinggan. Sini pinggan kau."

Tapi..

"Diamlah, jangan nak bantah. Aku tak ada mood nak gaduh pepagi buta dengan kau."

Ice segera merampas pinggan Gempa dan miliknya lalu bergerak ke sinki.

Gempa hanya hela nafas, perlahan bibirnya terukir satu senyuman. Dia memandang Ice yang sedang mencuci pinggan kotor.

Dia mengemas apa yang patut di atas meja makan itu.

Di saat Gempa mahu berbalik, kepalanya terlanggar dada bidang Ice yang entah masa bila berada di belakangnya. Dia mengusap dahinya seraya mendongak sekadar mahu memandang wajah suaminya. Keningnya diangkat, seolah bertanya 'kenapa'.

"Selamat berpuasa." ucap Ice perlahan. Kening Gempa berkerut, dengan kepala di sengetkan ke sebelah. Setelah itu, dia tersenyum manis seraya mengangguk kecil.

"Please, jangan senyum macam tu. Aku tak suka. Benci pula aku tengok." mendatar sahaja suara Ice selepas mengatakan itu.

Namun Gempa tetap tersenyum manis, sehingga kedua matanya terpejam membentuk eyes smile.

Ice mengetap bibir. "Kau sengaja nak uji aku pepagi buta ke ha? Taguna kau."

Gempa mendengus pelan, terbit muncung kecil dibibirnya. Malas melayan karenah suaminya yang kebudakkan itu. Tahunya nak baran saja. Ada baiknya dia naik ke bilik, sambung tidur balik.

Belum sempat dia mahu berganjak, tubuhnya di tarik masuk ke dalam sebuah dakapan. Dia terpana. Wajah Ice dia pandang dengan mata membulat.

Ice merenung wajah itu sejenak, sebelum meraup bibir mungil itu.

"Morning kiss."












Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now