Part 23

733 81 13
                                    

"Kenapa kau tak lawan diorang ha? Nak tunjuk diri kau tu lemah sangat? Kau lelaki ke pompuan? Ke pondan atau sotong? Yang pompuan sekarang pun dah pandai pukul lelaki, ni kau? Dasar lemah."

Ice membebel, mood mulut laser dia mula aktif. Sudah seminggu lebih Gempa tidak mendengar suara memetir lelaki itu. Gempa menundukkan kepala. Apa yang Ice katakan itu ada betulnya juga.

"Nasib baik aku keluar nak cari kau, kalau tak dah pasti kau dah kena rape dengan mamat korea tu! Menyusahkan, suka sangat buat orang risau."

Gempa mengangkat kepala, wajah kelat Ice dia pandang. Dia tidak salah dengarkan yang Ice barusan kata risaukan dia? Gempa tersenyum kecil.

"Asal kau senyum? Babap kang!"

Awak risau saya eh?

Terkebil-kebil mata Ice membaca buku nota Gempa yang lelaki itu tulis. Terdiam dia dibuatnya. Dia ada cakap dia risau ke tadi? Seketika Ice rasa seperti amnesia, dia lupa apa yang baru sahaja dia ucap.

Otak Ice memikirkan kembali apa yang baru sahaja dia kata tadi pada Gempa.  Rona merah merebak pada pipinya, di saat dia mengingat kembali apa yang dia katakan pada Gempa barusan.

"Err.. Ehem! Kau jangan nak perasan eh! Aku tak risau pun lah, tu..tu aku keluar nak ambil angin aje, ya ambil angin sebab stres. Tapi tak sangka pula terserempak dengan kau yang kena kepung dengan mamat korea tu. Tch! Kalau di ikutkan hati, nak aje aku biarkan."

Gempa mencebik, mendengar alasan Ice yang tidak munasabah itu. Terang-terang tadi dia cakap mahu keluar untuk cari dia kan? Halah, dasar tsundere. Nak temberang pun agak-agak ah!

Jadi kalau saya di apa-apa kan mereka, awak tak kisah lah? Sampai hati.

"Gila kau! Mestilah aku kisah! Kau isteri aku kut!"

Krik..krik..krik...

Suasana hening menghimpit mereka berdua. Anak mata mereka bertaut.

Oh, Ice.. Apa kau dah buat? Terlajak update status di fb boleh didelete, tetapi kalau terlajak kata? Badan binasa.

"Err... Apa aku cakap tadi eh? Erk lupa lah, aku.. Aku nak ke tandas, rasa nak beraklah pula."

Ice terus melesap masuk ke dalam tandas, dengan wajah merah padam sampai ke cuping telinga.

Hilang sahaja Ice dari pandangan mata, Gempa sudah tidak tahan untuk ketawa melihat wajah kekok Ice yang jarang dia tengok itu. Comel. Dia senyum.

Mengaku juga kau eh yang aku ni isteri kau, dasar tsundere.










Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now