Part 36

726 71 28
                                    

Keesokkan harinya..

Gempa mundar mandir di hadapan bilik Ice. Ibu jarinya digigit resah. Perasaannya terbelah dua, antara mahu masuk atau tidak. Dia tahu di dalam sana, Ice tidak berseorangan melainkan berduaan.

Jam sudah menunjukkan 8 pagi. Namun batang hidung mereka berdua masih tidak terlihat.

Gempa merenung bilik itu, dengan tekad yang kuat dia gagahkan diri juga untuk masuk ke dalam bilik itu. Perlahan dia memulas tombol pintu bilik itu, dikuak lebar agar dia dapat melihat suasana bilik Ice yang sedikit berantakan dengan pakaian bertaburan di lantai bilik.

Anak mata Gempa memanas, bibir di ketap rapat. Dia seolah tidak kuat untuk melihat ke arah katil, yang dihuni dua manusia yang masih lena di ulik mimpi. Saling berpelukan.

Gempa melarikan pandangan mata ke arah lain, dadanya yang terasa pedih itu dipukul. Dia sedaya upaya menahan diri dari menangis.

Dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. Berlama di sana, buatkan hatinya yang sedia hancur itu makin bertambah parah hancurnya.

"Hiks.."

I'm sick, because of you.. Sampai bila awak nak tabur garam kat luka saya? Jangan sampai, saya menyerah suatu hari nanti.. Ice..

•••••

"Shit! Tak guna!"

Ice sedari tadi hanya menghamburkan kata-kata kesat. Dia bengang akan sesuatu perkara.

Gempa hanya diam, tidak sedikit pun dia toleh memandang Ice. Dia masih tidak dapat melupakan akan kejadian pagi tadi. Sakit bila diingat.

Menangis adalah satu penawar bagi kesedihan.

Tapi dia sudah penat mahu menangis. Sampaikan air matanya, sudah tidak mahu keluar.

Bruk!

Bahu Gempa terangkat, dia terperanjat dengan Ice yang tiba-tiba sahaja membaling cawan air ke arah TV sehingga membuatkan kaca TV itu retak.

Ice bangun, dia merenung ke arah Gempa tajam seolah mahu ditelannya hidup-hidup. Gempa sudah kecut perut menerima renungan Ice yang amat bengis itu.

Buk!

Tanpa amaran, satu das tumbukan Ice lepaskan pada rahang Gempa. Rambut lelaki itu dicengkamnya kuat buatkan rintihan sakit keluar dari belah bibir Gempa.

Sakit Ice, lepaskan saya!

"Dasar bisu tak guna! Kenapa kau tak halau dia ha semalam? Bodoh punya bisu! Kalau bukan sebab kau, benda ni tak akan terjadi lah bodoh!!"

Suara Ice memetir dan buk!

Sekali lagi, Gempa mendapat pukulan dari Ice. Dia meringis sambil memegang bibirnya yang mula pecah.

"Sini kau bisu!! Aku nak tunjuk neraka kat kau!!"

Ice menarik rambut Gempa kasar, dia tarik lelaki itu menuju ke luar rumah. Mereka tuju ke kolam renang. Tanpa belas kasihan, Ice menolak tubuh Gempa ke dalam kolam.

Dia senyum sinis melihat Gempa yang terkapai-kapai di dalam kolam itu. Tenggelam dan timbul.

Ice berbalik. Langkah kaki dibuka, untuk pergi dari situ.

Namun, baru beberapa langkah dia berhenti. Ice berbalik, dia melihat ke arah kolam renang semula. Dia teringat akan satu perkara, yang Gempa tidak pandai dalam hal berenang.

"Shit! Gempa!"









Tbc...

Can You Hear Me? (IceGem S1) [C]√Where stories live. Discover now