just a short story :)
vote & comment anda
amat saya hargai.main characters
the boyz's kim younghoon
kim haesoo as you/readers━━━━━━━━━━━
haesoo’s pov
— 12:00 p.m.
“ Haesoo, aku rasa model ni sesuai! Riak muka dia boleh tahan. Kita ambil dia jadi model syarikat kita eh? ”
Aku memerhatikan peragawati yang sedang melakukan catwalk di atas pentas. Mereka menggayakan beberapa pakaian yang aku reka untuk pertunjukan fesyen akan datang. Aku mengangguk kepala, bersetuju dengan pendapat Yuju, pembantu peribadi merangkap kawan rapat aku sendiri.
“ Aku juga rasa macam tu. Okay. Pencarian model kita dah selesai untuk hari ni! ”
Aku menghela nafas, lega. Terasa beban pada bahu hilang sedikit demi sedikit. Hampir beberapa minggu aku bertungkus lumus mencari model baru untuk pertunjukkan fesyen bulan depan. Syarikat fesyen aku masih baru, jadi tiada pembeli yang tahu kewujudan kami. Sekiranya model kami tidak cukup, maka kami tak boleh adakan pertunjukan itu.
“ Esok pencarian model lelaki pula. Kau tahu tak, Haesoo? Aku dah mula bayangkan wajah kacak model-model yang bakal kita temuduga esok, auw! Mesti cair dibuatnya! ”
Yuju dah tersengih-sengih macam kerang busuk, membayangkan di hadapannya ada beberapa lelaki kacak sedang tersenyum manis. Aduh, kuat berangan betul kawan aku ni! Aku menjulingkan mata, menyampah, “ Esok kau jangan nak menggatal sangat tengok diorang tu. Pastikan kau buat kerja. Kalau tidak, I'll whack you with this notebook! ”
Aku mengangkat buku nota tebal yang ada pada tangan, acah-acah untuk memukul Yuju. Namun, perempuan ni terus sahaja mengelak, terkekek-kekek ketawa, “ Yelah, yelah. Kau ni garang sangatlah, Haesoo. Patutlah sampai sekarang tak ada boyfriend. Jomlah pergi makan. Aku dah lapar ni. Jom, jom! ”
“ Eh, sabarlah dulu! Aku nak ambil handbag, aish. ”
Yuju mengheret aku, ganas. Amboi, kebulur sangat minah seorang ni. Macam dah sebulan tak makan. Makan banyak, tapi slim je. Aish, jealous aku dibuatnya.
━━━━━━━━━━━
— cafe.
“ Alamak, mana phone aku ni? Mesti tertinggal dekat pejabat, aduh. ”
Aku menyelongkar beg tangan sementara Yuju sibuk memesan makanan di kaunter kafe. Sibuk sangat mencari sampaikan siku aku terlanggar seseorang dan—
Splash!
Air yang dipegang si dia jatuh ke bawah. Wah, cliche betul! Hm, bagus Haesoo. Kau baru je buat masalah dekat tempat awam.
━━━━━━━━━━━
published : 9th of April 2020.
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020