20

1K 148 10
                                    

no one’s pov

Younghoon memerhati skrin phonenya dengan perasaan berdebar. Mesej yang baru dihantar pada Haesoo tadi dibaca berulang kali, takut-takut tersalah taip. Double greytick mula kelihatan dan selang beberapa saat— bluetick! Haesoo dah baca mesejnya.

“ YOSH, HAESOO BACA MESEJ AKU DULU AHAHA ”

Ugh, aku kalah.

Suara mengeluh Hyunjae kedengaran. Oh, mereka berdua tengah berkomunikasi melalui video call. Hyunjae guna tablet peribadi dia, tapi Younghoon guna tablet milik Juyeon yang sudah sedap diulit mimpi itu, siap berdengkur lagi. Suka hati guna barang orang tanpa kebenaran.

Mereka berdua yang tak ada kerja ni main challenge, menghantar mesej pada Haesoo serentak. Bertaruh sama ada mesej Younghoon atau Hyunjae yang bakal Haesoo baca dan reply dulu. Ternyata Younghoon mengatasi semuanya. Tersengih-sengih Younghoon memandang Hyunjae yang dah tayang muka speechless tu.

Okay, fine. Pusingan kali ni kau menang. Hm, tak apa. Lain kali giliran aku pula mendahului. Dahlah, balas mesej Haesoo tu. Nanti tertunggu pula dia. ” Hyunjae mencebik, menongkat dagunya sambil tenung ke arah Younghoon yang tersenyum lebar.

“ Kau tanya dia apa, Younghoon? ”

“ Aku cakap tak boleh tidur, so aku suruhlah dia teman aku berbual malam ni. ”

“ Dasar— YAH! Kalau dah sepanjang malam dia berchatting dengan kau, memang lambatlah Haesoo balas mesej aku! ” Younghoon tergelak besar, menjelir lidah ke arah Hyunjae yang jelas sekali sudah bengang habis.

Younghoon pertahankan dirinya, “ Bagilah peluang dekat aku pula. Kau kenal dia dah lama, selalu berjumpa. Kau juga dalam perancangan nak kahwin dengan dia. Tak adil! Jadi, biar aku dulu pikat Haesoo. ”

“ Yelah. Nak menang sangat kan? Ha, ambil! Ambil semuanya. Dahlah, nak merajuk. ”

Hyunjae beralah, membiarkan video call itu diteruskan dan akhirnya menarik selimut sehingga menutup keseluruhan wajah. Entah masa bila mereka berdua jadi rapat, tahu-tahu saja sudah berhubung melalui video call. Hebat betul gadis bernama Haesoo itu. Boleh buat dua lelaki ni jadi angau tak kira masa.

Hyunjae menarik sedikit selimutnya, melihat semula skrin telefon. Oh, Haesoo juga dah baca mesej daripadanya.

━━━━━━━━━━━

hyunjae × haesoo

haesoo.
kau okay?
maksud aku tentang siang tadi.
jangan fikir sangat.
Mama kau sengaja ugut kau nak percepatkan wedding tu.
dia risau je tu.

haesoo
em?
i’m okay.
but.
kalau ya pun mama risau,
dia tak patut desak kita macam ni
:(

dahlah.
don't worry.
nanti aku cakap pada mama kau semula.
kau tengah buat apa?

haesoo
laying down on my bed.
nak tidur
but, tak jadi bila awak mesej.
bukan awak je.
younghoon pun mesej saya
jaehyun juga.
ugh.
macam ada telepathy!
serentak hantar mesej
btw, hyunjae.
saya takut.
jaehyun tu, aduh.
macam mana nak cakap eh?
dia datang cari saya balik.
dia jadi model dekat syarikat saya.
:(

━━━━━━━━━━━

“ Jaehyun? Ex-boyfriend dia tu? ”

Hyunjae mengerdipkan mata beberapa kali, memastikan dia tidak tersalah baca. Terus sahaja Hyunjae menyelak selimut ke tepi, segera mendapatkan Younghoon yang masih dalam mood happy.

Oit, oit budak cengeng! ” Suara Hyunjae bertalu-talu menyebut nama Younghoon.

“ Kurang ajar. Jangan panggil aku budak cengeng lah. Apa kau nak? ” Younghoon mencebik, geram bila Hyunjae tiba-tiba memanggilnya begitu. Dia bukan cengeng, dia cuma terlebih sensitif je.

“ Haesoo bagitahu aku Jaehyun mesej dia. Kau tahu kan? Jaehyun, ex boyfriend dia tu. ”

Jinjja? Duh, serabut betul dia tu. ” Naik bosan Younghoon mendengar nama Jaehyun itu. Juyeon juga kerap kali cakap perkara yang sama, boleh bernanah dah telinga dia.

“ Aku rasa benda ni penting sangat. Kau dengar betul-betul. Kau jadi model dekat syarikat Haesoo, kan? You need to protect her. Haesoo bagitahu Jaehyun datang cari dia balik. Jaehyun ada mesej dia tadi, Younghoon! ” Serius saja suara Hyunjae berkata.

Protect her? Macam mana? ” Younghoon tayang muka blur. Aduh, naif betul bunyinya. Hyunjae menepuk dahi, terlalu lurus budak ni rupanya. Muka je handsome tapi— okay, tak naklah cakap. Nanti merajuk budak ni tak fasal-fasal kena buat sesi memujuk.

“ Perhatikan gerak geri Jaehyun tu. Manalah tahu dia cuba apa-apakan Haesoo. Disebabkan kau juga jadi model dekat tempat yang sama, maka senanglah sikit kau tengok-tengokkan Haesoo. Adoi, benda mudah pun tak boleh fikir. Harap muka je ada rupa, tapi otak tak boleh pakai. ” Menyempat lagi dia kutuk tu. Mulut tak ada insurance langsung!

“ Kau ni— btw, kau ada gambar Jaehyun? ”

“ Kau tak cam rupa dia lagi ke? Kejap, aku send pada kau. But, jangan rasa jealous tak bertempat pula nanti. Aku hantar gambar Jaehyun sekali dengan Haesoo. ” Membebel banyak pula mamat ayam ni. Non-stop bercakap, serupa makcik bawang.

“ Bukanlah! Aku cuma nak pastikan satu perkara. Ha, yelah. ”

Younghoon meneliti gambar yang baru dihantar oleh Hyunjae. Hampir kena heart attack dia sebab wajah Haesoo dalam gambar tu memang serupa macam kakaknya, Younghee. Yang membezakan Younghee dan Haesoo ialah lesung pipit. 

“ Haesoo ada lesung pipit rupanya. Aih, comel. ”

Younghoon bandingkan pula gambar itu dengan gambar kakaknya. Younghoon mengeluh perlahan. Betul lah. Semua dakwaan yang Juyeon bagitahu sebelum ni memang benar belaka.

Jaehyun tu orang yang sama. Boyfriend Younghee, dan juga ex-boyfriend Haesoo.

━━━━━━━━━━━

p/s : tak sure lagi fanfic ni habis sampai chap berapa huehue

p/s : tak sure lagi fanfic ni habis sampai chap berapa huehue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
model. younghoonWhere stories live. Discover now