no one’s pov
“ Yow, Taeyoung! Mana kakak kau? ”
Yuju tiba di kawasan dewan bersama dengan Younghoon dan Juyeon di belakang. Yuju dah selesai dengan kerjanya, dan begitu juga dua makhluk handsome tu. Pakaian mereka sudah ditukar, makeup juga telah dibuang, bersiap sedia untuk pulang.
“ Oh, Yuju noona. Tu ha, dekat luar dewan. Tengah berbual dengan kawan dia. ” Taeyoung mengangkat wajahnya, tersengih ke arah mereka bertiga. “ N–noona? ” Younghoon terkelip-kelip mata, rasa janggal bila mendengar perkataan kakak itu.
“ Oh, lupa nak kenalkan. Ni adik Haesoo, Kim Taeyoung. Jangan risau, Younghoon. Haesoo bukannya playgirl sampaikan semua lelaki dia kenal. ” Yuju ketawa besar, memandang Younghoon yang mula memerah wajahnya menahan malu.
Pap! Younghoon terasa mahu tampar diri sendiri. Sia-sia sahaja dia murung selama 30 minit dalam bilik persalinan tadi. Mati-matian dia fikir lelaki yang peluk Haesoo tadi adalah boyfriend dia. Lastnya, adik ipar sendiri— eh, amboi kau Younghoon. Ke situ pula fikirnya.
Juyeon disebelahnya dah tersenyum senget, “ Tulah. Lain kali jangan cepat sangat percaya apa yang kau tengok. Punyalah tadi beria kau mengadu dekat aku yang Haesoo dah ada boyfriend. Muka muram habis, memuncung gaya itik bila dapat tahu buah hati mungkin dah berpunya. ”
“ Diamlah kau. ”
Juyeon dan Yuju masih lagi ketawa, tidak tahan melihat gelagat Younghoon yang seperti mahu menyorokkan kepala bawah meja. Tak sanggup nak dengar mereka berdua ketawakan dia. Malu beb! Mujur Taeyoung tidak dengar. Kalau tidak, makin malulah dia. Budak tu dah ada dalam dunianya sendiri. Main game sampai tak peduli keadaan sekeliling.
“ Psst, Younghoon. Tu, pandang dekat sana. ” Juyeon tiba-tiba berbisik, menyuruh Younghoon mengalihkan pandangan ke satu arah. Menurut saja permintaan Juyeon, lelaki itu memalingkan muka.
“ Apa dia? ”
“ Lelaki pakai jaket hitam tu. Itulah Jung Jaehyun. Kau ingat? Aku yakin itu boyfriend Younghee noona. And, ex-boyfriend Haesoo. Aku pernah nampak dia dengan Younghee noona sebelum ni. ”
Younghoon mengamati wajah Jaehyun dari jauh. Sukar baginya untuk cam Jaehyun sebab dia sendiri pun dah lupa wajah teman lelaki Younghee. Buat apa nak ingat lelaki yang dah hancurkan hidup satu-satunya kakak dia?
“ Kau pasti ke, Juyeon? Entah-entah Jaehyun yang lain. ”
Younghoon berasa was-was. Bukan dia masih nak terus menafikan tapi, kalau boleh dia tak nak perkara tu jadi kebenaran. Macam mana kalau betul? Dia tak dapat terima kalau boyfriend Younghee itu adalah orang yang sama jadi boyfriend Haesoo sebelum ni. Dasar playboy lelaki ni. Suka hati permainkan dua wanita yang dia sayang.
“ Ya, betul. Tak percaya sudah. Aku malas dah nak cakap. ” Juyeon menyerah, naik bosan dia nak menyakinkan Younghoon tentang perkara yang sama.
━━━━━━━━━━━
haesoo’s pov
Aku masih berada di luar dewan, berhadapan dengan Hyunjae. Hyunjae memberi pandangan serba salah, mengeluh buat sekian kalinya, “ Haesoo, aku tahu kau tak selesa dengan keadaan macam ni. But, aku buat ni cuma tak nak kau kena bebel dengan mama kau. Aku juga tak nak kena bebel dengan my mom. So, yeah. Itulah dia. ”
Suara Hyunjae kedengaran macam pasrah je sebab terpaksa ikut rancangan eomma dia tu. Haih, Hyunjae. Nasib kau sama sahaja dengan aku. Mama aku aturkan blind date untuk aku dengan Hyunjae, anak kawan dia. Ala, macam dalam drama murahan tu. Perkahwinan yang dirancang gitu ha.
Punca semua ini adalah sebab mama tak nak tengok aku terpengaruh dengan lelaki macam Jaehyun lagi. Jaehyun tinggalkan aku sebab perempuan lain, kononnya lebih cantik berbanding aku. Huh, dasar tak guna betul. Dan, sekarang ni nampaknya Jaehyun dah terhegeh-hegeh nakkan aku semula.
Kami berdua membantah pada mulanya, namun sebab tak nak kena marah, dibebel and of course tak nak hubungan mama aku dengan eomma dia renggang, aku dan Hyunjae terpaksa mengalah. But, trust me. Berkenalan dengan Hyunjae is not a bad idea.
“ Hyunjae. ”
“ Just ignore it, Haesoo. Janganlah anggap setiap kali kita berjumpa ni adalah sebab our mom, okay? Anggap je macam kau tengah jumpa kawan kau seminggu sekali. Aku tak sanggup nak tengok kau asyik kekok dengan aku. Chill lah. Relax je, jangan tayang muka serius memanjang. No fun lah, Kim Haesoo. ”
Aku mula tersenyum, mengangguk setuju. See? Hyunjae ni lelaki yang easy-going, peramah dan happy-go-lucky. Ada betulnya juga. Buat apa aku nak fikir tentang semua masalah tu? Serabutkan otak aku je.
“ So, it's lunch time. Jom pergi makan! Kali ni, aku belanja sebab minggu lepas kau berkeras nak treat aku. Hell no! Tak gentleman langsung aku biarkan perempuan yang belanja makan, euw. ” Aku tergelak besar, geli hati mendengar bebelan Hyunjae yang sekali pakej dengan muka disgusting tu.
“ Um, Hyunjae. Saya dah janji dengan kawan-kawan saya nak lunch sekali. Er, awak nak join? ” Aku teringat pada Yuju, Younghoon dan Juyeon. Sejak akhir-akhir ini, kami berempat jadi rapat semacam. Thanks to Yuju sebab peramah sangat.
“ Boleh ke? Kalau kau dah pelawa, aku okay je. Niceu, dapat kawan baru ehe. ” Hyunjae tersengih. Serius tho, aku suka sangat dengan perangai Hyunjae ni.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020