no one’s pov
“ Juyeon, jangan nak merepek boleh tak? Entah-entah bukan. Kau ni, sengaja buat aku berdebar. Aku tak pernah nampak muka lelaki tak guna tu semasa pemilihan model tempoh hari. Hari ni pun aku tak nampak dia. Kau dah tersalah ni, Juyeon. Nama mungkin sama, tapi orang yang berbeza. ”
Younghoon menggelengkan kepala, cuba untuk menafikan dakwaan Juyeon itu sekeras-kerasnya. Dia memalingkan badannya semula ke arah meja solek, menghadap phone untuk hilangkan rasa gementar. Juyeon menggigit bibir sendiri. Dia yakin dia tak silap, namun tiada apa yang boleh dia lakukan kalau Younghoon sendiri dah membantah.
“ Lee Juyeon, giliran awak selepas ini. Get ready! ” Suara Yuju memekik, cuba menarik perhatian si pemilik nama. Juyeon tersedar dari lamunannya, terus bingkas bangun.
“ Goodluck, bro! Aku harap kau tak jatuh tergolek lah atas stage tu nanti masa buat catwalk. Yelah, takut kau nervous sangat sampai tersadung. Malu besarlah kau. ” Younghoon tertawa.
“ Jahanam betul kau ni, huh. ”
Juyeon hanya sekadar menjeling, tidak mampu nak buat apa-apa selain menyumpah seranah Younghoon dalam hati sahaja. Nak membalas semula, takut kata-kata Younghoon itu jadi kenyataan pula. Mana tahu, mulut lelaki itu masin. Tak fasal-fasal kena tanggung malu.
Kini, hanya tinggal Younghoon dan beberapa peserta yang lain dalam ruang persalinan itu. Disebabkan gilirannya yang terakhir, maka dia bolehlah melihat wajah yang menjadi pesaingnya ketika pemilihan model dahulu.
Jujur dia katakan, dia tak tumpu 100% perhatian pun pada pesaing yang lain. Dia terlalu gemuruh, jadi tiada masa nak ambil tahu tentang keadaan sekeliling. No wonder dia tak dapat cam lelaki bernama Jaehyun yang dimaksudkan Juyeon tadi.
“ Jaehyun ada dalam kalangan kami juga? Mustahil. Aku tak nampak pun dia sebelum ni. Atau, aku yang tak sedar? ” Younghoon bermonolog sendiri, memikirkan semula ayat Juyeon tadi.
“ Aku rasa teman lelaki Younghee dan bekas teman lelaki Haesoo tu orang yang sama. Jung Jaehyun. ”
Ayat itu bermain-main dalam kotak fikirannya sehinggalah suara Yuju menyedarkan dia untuk kembali semula dalam realiti.
“ Oit, Kim Younghoon. Giliran kau sekarang. Jauh benar termenungnya. Teringat pada Haesoo ke? Don't worry. Kali ni, Haesoo ada dekat depan stage untuk bagi kau sokongan. Jangan nervous sangat. ” Yuju tunjuk senyuman senget, sengaja menyakat lelaki itu. Serta-merta, telinga Younghoon menjadi merah. Malu barangkali.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020