haesoo’s pov
“ RoA, jalan tu lenggokkan sikit pinggang. Jangan jadi macam batang kayu. ”
“ Hey, hey. Nayoung. I told you to smile. Bukan senyum sampai nampak gigi ya. Jangan jadi macam patung Buddha. ”
“ Haebin, kita bukan nak jual badan ya. Kita nak jual baju. Perbetulkan semula cara awak berposing depan kamera. ”
Semua model dah laksanakan tugas masing-masing. Setakat hari ni, model perempuan yang banyak buat kesalahan berbanding model lelaki. But, i think mereka semua nervous. Jadi, aku masih boleh terima kalau mereka buat kesilapan kecil dan ringan. Lagipun ini baru rehearsal pertama. Akan ada rehearsal kedua sebelum tiba hari pertunjukan fesyen yang sebenar.
Sekarang, giliran Younghoon untuk peragakan koleksi aku di atas stage. Sebenarnya, memang dari tadi lagi aku menunggu giliran lelaki ni. Sebab aku tak berpeluang nak tengok cara dia buat catwalk dalam sesi pemilihan model yang lepas. Ah, melepas sudah aku nak lihat Younghoon beri first impression terbaik pada aku. Semuanya fasal si Jaehyun itulah. Kalau bukan sebab dia, tak adanya aku hidup dalam keadaan susah hati sekarang ni.
“ Oit, giliran Younghoon lepas ni. Pastikan mata kau kekal dibuka tanpa berkelip, sediakan mulut untuk ternganga luas macam paus. Sebab aku yakin kau akan dapat goosebumps! ”
Yuju datang ke arah aku sebelum berbisik. Serius aku kata perangai Yuju ni memang sengal! Sempat lagi dia beri nasihat macam tu, mengenyikkan mata kononnya aku bakal terpegun, terkaku habis bila nampak Younghoon atas pentas. Aku memutarkan bebola mata, tergeleng-geleng sambil menolak badan Yuju menjauh, “ Merepek! Buat kerja kau. Jangan banyak cakap. ”
“ Eleh, aku cakap tak nak percaya. ”
Yuju menjelirkan lidah, tersenyum mengejek sebelum menyambung tugasnya. Tugas Yuju sekarang ni adalah untuk perbetulkan cara catwalk, expression wajah setiap model dan cara mereka peragakan pakaian. Ya, suara yang tegas tadi sebenarnya milik Yuju, aku hanya memerhati sebab aku cuma jalankan tanggungjawab untuk reka pakaian dan uruskan syarikat. Yuju nampak je macam main-main tapi, sebenarnya dialah paling serius bila tengah buat kerja.
Well, aku rasa aku tarik balik kata-kata aku pada Yuju. Mungkin tak sepatutnya aku menafikan ayat Yuju tadi. Sebaik saja Younghoon tiba atas pentas, bagai ada sinar cahaya yang muncul tiba-tiba sehinggakan aku pandangnya tidak berkelip.
Perwatakan Younghoon yang nampak macam pemalu dan senang tersenyum tu berubah serta merta bila menjadi model. Uish, macam gaya bad boy je. Aku meneguk air liur, rasa macam terpukau sekejap.
“ Woah, niceu Kim Younghoon! Yes, that's it! Kekalkan expression bad boy macam tu. Biar boss kita ni terkedu sampai terduduk. ”
Aku rasa Yuju ni sengaja puji Younghoon melambung sangat, sebab dia tengah mention nama aku— maksud aku, dia mention jawatan aku sebagai ketua syarikat. Aku bagi Yuju death glare, memberi amaran supaya jangan cakap benda yang bukan-bukan di hadapan model yang lain. Yuju hanya tertawa kecil, mengabaikan jelingan tajam tadi.
Tiba-tiba saja aku merasakan pinggang aku dipeluk dari belakang. Rasa macam jantung aku mengepam darah dengan laju. Rasa ni sama ketika aku dengan Jaehyun tadi. Ah, lelaki ni memang suka cari fasal!
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020