05

1.5K 201 29
                                    

haesoo’s pov

“ Haesoo–ah. ”

Younghoon menegur sebaik sahaja dia nampak kelibat aku yang baru sahaja keluar dari lif bersama Yuju. Yuju terus mendapatkan sepupunya, dan aku? Terpaksa lah hadap 2 orang jejaka hot ni dengan muka tak malu. Tak kan nak ikut Yuju? Nampak sangat yang aku ni ekori Yuju tak kira di mana pun.

Bila tengok muka Younghoon, automatik aku lupa masalah yang dihadapi tadi. Tengok dia ni tersenyum buat aku jadi khayal seketika, mata aku jadi melekat asyik nak pandang dia non–stop. Manis sangat muka tu, buatkan aku jadi ketagih nak tenung sampai tembus.

“ Younghoon. So, how? Awak dapat jadi model syarikat ni? ” Aku menyoal biarpun aku sebenarnya dah tahu dia terpilih. Nak elak dari kekok je ni. Dia mengangguk laju, tersenyum meleret, “ Ya! It's quite hard at first, tapi Yuju bagi saya semangat. Dia kata saya patut buat yang terbaik sebab awak nak saya jadi model syarikat ni. Betul ke? ”

Wajah aku serta-merta terasa berbahang. Ya Tuhan, Yuju bagitahu pada Younghoon? Dasar kawan— aih, kalau bukan sebab dia ni best friend sampai mati aku, memang dah lama aku cekik anak Choi ni!

“ Saya pun dapat, noona! ” Di sebelah Younghoon, Juyeon tersengih pada aku. Noona? Pasti dia lebih muda dari aku. And, baguslah. Aku memang nak ambil Juyeon jadi salah seorang model syarikat ni. So, tak sia-sia aku benarkan Yuju buat pemilihan kali ini.

Jinjja? Congrats, Juyeon! ”

Ehe, gomawo. Btw, noona nak ke mana lepas ni? ”

Aku mengangkat bahu, “ Entahlah. Saya ikut Yuju je ni. Ikutkan pada plan asal, saya nak terus balik ke rumah. Waeyo? ”

“ Chanhee ajak pergi lunch sama-sama. Er, harap awak tak kisah. Kekok sebenarnya sebab awak dah jadi ketua kami sekarang ni hehe. ” Younghoon tersengih, malu-malu kucing. Juyeon dah tunjuk muka meluat, menyampah agaknya tengok kawan dia tiba-tiba diserang sindrom malu tak bertempat. Padahal elok je tadi bila bercakap dengan aku. 

“ Janganlah macam tu. Luar daripada urusan kerja, kita masih kawan macam biasa. Jomlah, mereka berdua dah gerak dulu. ” Aku terus melangkah lebih laju ke depan. Yuju ni, dapat jumpa sepupu dia terus ditinggalkan aku di belakang.

━━━━━━━━━━━

— cafe.

So, Haesoo. Ini senarai nama model lelaki kita, termasuklah Juyeon dengan Younghoon. Harap kau berpuas hati. Btw, pemilihan ni bukan aku je yang buat. Chanhee ada bantu sekali. ”

Kertas yang ada pada tangan Yuju kini beralih pada tangan aku. Aku semak satu persatu nama model yang dipilih sebelum aku perasan sesuatu. Serta-merta, kepala aku teringat tentang lelaki yang nampak semasa program tadi.

“ J–Jung Jaehyun? Kau ambil dia jadi model juga? ”

Eung! Chanhee kata dia layak. Btw, yeah. Dia nampak ada potensi. Rupanya dia pun boleh tahan juga. Tapikan, Haesoo. Aku peliklah dengan kau ni. Sejak tadi lagi, kau nampak gelisah je bila aku sebut nama Jaehyun. Kenapa? ”

Serentak itu, tiga lelaki yang turut bersama kami ini memandang tepat ke arah aku. Tenung aku tidak berkelip, macam tak sabar nak tahu jawapan daripada aku. Nak tak nak, aku terpaksa bagitahu juga.

“ Jaehyun tu ex-boyfriend aku. ”

Oh, ex boywait, what? Bekas teman lelaki kau? Gosh, tak sangka kau ada boyfriend sekacak itu sebelum ni. Lucky you! ” Aku tunjuk muka cemberut. Sempat lagi dia cakap macam tu.

“ T–tapi, aku bencikan dia. Aku tak nak jumpa dia. ” Balasan aku itu buatkan Yuju jadi senyap kembali. Semuanya diam membisu, tak cakap sepatah apa pun. Yuju mengetap bibir, menyedari dirinya sudah tersalah cakap, “ Sorry, Haesoo. Aku tak sepatutnya— ”

Eh, tak. Bukan. Aku tak salahkan kau pun. Aku cuma rasa sangsi. Kenapa dia boleh muncul tiba-tiba dekat depan aku sedangkan lama dia menghilang sebelum ni? Aku takut dia akan buat sesuatu. ”

Oh, aku tak sepatutnya ambil dia jadi model kita. Macam mana ni? Patut ke aku buang nama dia? Nanti kau— ” Aku menggeleng, menghentikan Yuju daripada terus bersuara, “ No, jangan. Nanti dia syak ada something yang tak kena. It's okay. Kita perhatikan dia dulu. Kalau dia tak buat hal, kita terima je dia jadi model syarikat ni. ” Yuju hanya mengangguk faham.

Hampir sejam kami meluangkan masa di situ, Juyeon bingkas bangun. Katanya dia nak bayar memandangkan dia berjaya jadi model di syarikat aku. Mulanya aku melarang, namun dia berkeras juga jadi aku terpaksa akur.

“ Haesoo. ”

Younghoon tiba-tiba menghulurkan sekeping kertas kecil. Sebaik saja aku capainya, ada dua nombor yang tertulis di situ. Satunya adalah milik Younghoon, dan pastinya yang satu lagi milik Juyeon.

“ Ni nombor kami. Senanglah awak nak berhubung dengan kami bila ada urusan kerja. ” Younghoon tersengih, memberitahu tujuan sebenar dia memberi nombor telefon tersebut. Aku terangguk-angguk, “ Oh, ya. Betul juga. Thanks. Nanti saya mesej awak dan Juyeon semula. ”

You're welcome! ”

Aku perasan sesuatu. Ada nota khas ditulis pada hujung kertas. Kecil saja tulisannya namun, masih boleh dibaca.

kalau ada problem, awak boleh mesej pada saya bila-bila masa. Saya boleh jadi pendengar awak :) ❜ — yh

Aku tertawa kecil. Aih, cute je.

━━━━━━━━━━━

model. younghoonWhere stories live. Discover now