special chapter

1.6K 170 32
                                    

❝ you’re my bae, one by one, our story is beginning ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

you’re my bae, one by one, our story is beginning

━━━━━━━━━━━

haesoo’s pov

— a week later.

“ Haesoo. ”

Aku bercekak pinggang di hadapan Younghoon yang semakin menunduk ke bawah. Wajah lelaki ini jelas sekali nampak tidak bersemangat, gerun dan takut. Semuanya bercampuk aduk. Aku menghela nafas, tertawa kecil, “ Tak ada apa yang perlu ditakutkan, Younghoon. Dah seminggu saya bagi awak bersedia, kan? ”

“ T–tapi, saya masih takut! Macam mana kalau semuanya jadi tak kena? Macam mana kalau semua orang tak suka? ”

Bibir Younghoon terjuih ke depan, menggeleng kepala laju menandakan dia masih tidak siapkan diri dengan sempurna. Sedangkan aku rasa dia sudah ada segala-galanya! Aku dah memuncung sedepa, berpura-pura putus asa, “ Awak nak jadi boyfriend saya ke tidak ni? Kalau tak nak, kita balik— ”

Eh, Haesoo. Mestilah nak. ” Younghoon menggeleng lagi. Lengan baju aku ditarik penuh simpati, tidak mahu aku menukar fikiran. Lol, tahu pula takut.

“ Kalau nak, awak mesti kena jumpa mama dulu. She needs to know about you. Nanti mama fikir awak macam lelaki tak guna dekat luar sana. Permainkan hati anak dia sesuka hati tanpa rasa bersalah langsung. ”

Younghoon terdiam, terkesan agaknya dengan ayat aku. Aku yakin Younghoon bukan begitu. Lelaki innocent dan kuat nangis macam dia ni tak mungkin berani buat macam tu. Entah-entah dia yang kena tipu dengan perempuan dulu!

Aku tarik lengannya perlahan, memujuknya untuk meneruskan perjalanan, “ It’s okay. Saya ada dengan awak ni ha. Bukannya saya biarkan awak jumpa mama saya seorang diri. Hyunjae juga ada teman nanti. Adik saya juga. Jadi, awak tak perlu takut. Kalau betul jadi apa-apa, saya dan Hyunjae akan backup awak. So, keep calm Younghoon. ”

Younghoon mengangguk pasrah, akhirnya mengikuti langkah aku menuju ke dalam kawasan banglo mama. Apa kami berdua buat di sini? Actually, aku nak kenalkan Younghoon pada mama. Dah tiba masanya mama tahu siapa pilihan hati aku setelah aku memberontak hebat minggu lepas.

Mama memang terkejut habis selepas dapat tahu aku ingin batalkan perkahwinan dengan Hyunjae. Makin teruk apabila Hyunjae turut menyokong keputusan aku. Apa lagi, hampir jatuh pengsan mama mendengar kata putus kami berdua. Mulanya, mama protes. Mama membantah habis-habisan. Katanya, aku tak akan jumpa lelaki sebaik Hyunjae untuk dijadikan calon suami.

And, now. Aku kena buktikan pada mama ada lagi lelaki yang baik wujud dekat muka bumi ini selain Hyunjae. Mujur Hyunjae juga sudi membantu.

model. younghoonWhere stories live. Discover now