28

968 152 3
                                    

❝ You may hold my hand for a while, but you hold my heart forever ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You may hold my hand for a while, but you hold my heart forever

━━━━━━━━━━━

haesoo’s pov

Melangkah masuk ke dalam dewan, aku lihat sudah ada beberapa tetamu mengambil tempat di hadapan stage, termasuklah keluarga aku sendiri. Tatkala mata aku terpandang wajah mama, serta merta otak aku mula mengimbas kembali perjumpaan keluarga tempoh hari.

Buat apa aku ingat semua tu? Menambahkan lagi rasa serabut dan rimas dalam kepala. Apapun, aku tetap kena tegur mama sebagai tetamu aku hari ni walaupun aku masih tak puas hati dengannya.

Uish, noona. Lain macam hari ni. Sejak bila pandai pakai makeup? ” Taeyoung yang terlebih dahulu menegur sebaik sahaja aku menghampiri.

“ Tae, kau diam je. Tahulah aku nampak tak lawa. ”

Tch, aku tak cakap apa-apa pun lagi. Btw, haah. Memang tak lawa. Serupa sajat— aduh! Ma, sakitlah!  ” Selamba Taeyoung membalas sebelum kena cubit dengan mama. Ambik kau. Mengata aku lagi. Baru aku perasan, keluarga Hyunjae turut ada sekali. Buatkan aku rasa serba tak kena bila berdiri disitu.

“ Semuanya okay ke, Haesoo? ” Mama menegur, mungkin perasan riak wajah aku yang nampak tidak selesa. Cepat-cepat aku mengangguk, menguntumkan senyuman yang jelas sekali nampak palsu dan berpura-pura, “ Everything was fine! Betul, Hae dah prepare semuanya. Tip top! Sekarang kita kena tunggu tetamu yang lain sampai sebelum acara bermula— ”

“ Maksud mama tentang Hae. Bukan pertunjukan fesyen ni. ”

Diam seribu bahasa, mulut terkunci rapat sehingga tidak jadi untuk melengkapkan kata-kata. Kalau dah namanya ibu, semua masalah yang anak dia tengah hadap pun dia boleh tahu even dirahsiakan macam mana sekalipun. Aku menghela nafas, segera menjawab, “ I’m fine. Hae okay je, cuma penat sikit. Betul, Hae tak tipu. ”

Mama nak minta maaf. Desakan hari tu mungkin buat Hae jadi kelam kabut nak prepare semua ni. Hyunjae bagitahu mama yang Hae needs more time untuk fikir fasal wedding tu. I’m sorry, Hae. ”

Aku terkedu, mengerdipkan mata beberapa kali. Woah, semudah itu sahaja mama terbuka hati? Memberi peluang pada aku untuk fikirkan tentangnya semula tanpa mendesak lagi? Pandangan aku kini beralih ke arah Hyunjae yang sudah mengenyikkan mata, menghantar isyarat menyuruh aku ke belakang pentas tiba-tiba. Aku hanya mengikut langkahnya tanpa berkata apa-apa.

“ Hyunjae. ”

See? Mama kau bukannya jahat sangat nak paksa kita kahwin awal. Dia cuma risau je. ” Hyunjae tersengih. Aku mengangguk, bersetuju. Dalam diam aku menghela nafas kelegaan.

“ Haesoo. ”

Aku mengangkat wajah semula, bertentang mata dengan Hyunjae. Dia tenung aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kenapa? Ada benda yang pelik muncul pada muka?

“ A–apa? ”

You knew it, right? Aku tahu kau dah dengar semuanya, Haesoo. ” Aku melarikan pandangan ke tempat lain. Aku tahu maksud ayat tu, tapi aku malas nak buka mulut.

“ Hyunjae, saya tak nak cakap benda ni sekarang. ”

“ Tapi, kau dah dengar rakaman suara yang aku hantar itu, kan? Tak boleh ke kau maafkan dia— ”

Aku memotong, sekali lagi, “ Stop it, Hyunjae. B–bagi saya masa dulu. Benda ni serabutkan kepala saya. Please, saya tahu apa yang saya buat. Saya tak nak susahkan awak lagi. Awak dah banyak masuk campur dalam urusan saya and yes, saya rasa bersalah. Saya punya masalah tapi, awak pula yang tolong selesaikan. ”

Hyunjae terdiam untuk seketika sebelum mengangguk pasrah. Dia tersenyum segaris sebelum membuat kata putus, “ Sure, Haesoo. Aku minta maaf sebab buat kau macam ni. Aku cuma nak tolong. Apapun, aku tak kisah kalau kau masih berharap untuk minta pertolongan daripada aku. ”

No, awak dah banyak tolong saya. Semuanya dah cukup. Thanks a lot. So, Hyunjae— ” Aku mendepakan tangan, tersengih.

“ —can i get a hug from you? Saya nervous. Serius, macam mana kalau saya salah terang pada pembeli nanti? Macam mana kalau semuanya tak menjadi? Macam mana kalau model-model saya jatuh macam nangka busuk atas stage? Macam mana— ”

Okay, okay. Hold on, girl. Jangan overthinking sangat. Aku tak boleh bayang kalau model-model tu jatuh atas stage sebab tersadung atau terpelecok. Confirm jadi bualan ramai dalam media sosial nanti, haha! Btw sure, why not? A warm hug from a friend boleh buat kau bertenang semula. Goodluck, Haesoo! ” Hyunjae tergelak, menarik aku masuk dalam pelukan.

Yes, a friend. A really supportive friend.

━━━━━━━━━━━

model. younghoonWhere stories live. Discover now