haesoo’s pov
Sekali lagi, aku diserang rasa terkejut yang amat sangat. Rasa macam ada batu yang dilepaskan lalu menghempap kepala aku. Aku menggeleng perlahan, “ Awak main-main je kan? ”
Jaehyun menyambung, “ Kim Younghee. Dia tua 3 tahun dari aku, and kau pernah dengar cinta tak mengenal usia kan? But, adik Younghee, si Younghoon tu memang tak puas hati betul dengan aku. Yelah, siapa yang suka bila tahu boyfriend kakak kesayangan sebaya dengan dia? Hubungan kami hanya sampai sebulan and then, i met you. Sorry, baby. Masa tu, aku gunakan kau untuk putuskan hubungan aku dengan Younghee. Serious, adik dia annoying gila jadi, aku tak mampu nak bertahan. ”
Terbeliak besar mata aku. Jadi, selama ni dia hanya pergunakan aku?
“ Tapi, Younghee berkeras tidak mahu. Dia masih berdegil, tak nak lepaskan aku. Entah mana silapnya, semasa aku bergelut dengan dia, Younghee jatuh dari tangga tiba-tiba. Semua tu berlaku dengan pantas. Dia pengsan tak sedarkan diri. Aku panik jadi, aku hanya tinggalkan Younghee di situ. Kemalangan tu tak disengajakan tapi, Younghoon tetap salahkan aku. Dia salahkan aku jadi punca Younghee mati! ”
Aku jatuh terduduk, tak sanggup nak dengar semuanya lagi. Mujur saja ketika itu hanya kami berdua dalam aras yang sama. Tak mungkin. Semua ni dusta saja, kan? Jaehyun menghampiri, bertinggung di hadapan aku. Jarinya diletakkan pada dagu aku, memaksa aku mendongakkan kepala bagi membolehkan kami bertentang mata.
“ Dari dekat, muka kau seiras dengan Younghee. No wonder Younghoon suka sangat dengan kau. Suka pandang kau. Suka tenung kau. Sebab bila dia tengok kau, dia akan teringat kakak kesayangan dia. He loves you hanya sebab kau serupa dengan Younghee. Masih nak simpan rasa suka pada dia, baby? ”
Serta-merta aku tepis jarinya, hampir saja menbiarkan amarah menguasai perasaan. Namun, aku cuba untuk tenangkan diri. Jangan bertindak bodoh, Haesoo. Nanti kau juga yang susah.
“ T–tak. Younghoon tak akan buat macam tu. Dia bukan macam awak! ”
“ Well, tengoklah macam mana. It's up to you, darling. Aku takut kau sendiri yang makan hati nanti. Jangan menyesal. But, hey. Kalau kau tukar fikiran, don't forget that I'm still waiting for you. ”
Jaehyun tinggalkan aku dengan senyuman mengejek pada bibirnya. Aku masih tak berganjak dari situ, duduk merenung karpet maroon yang menjadi alas lantai aras pejabat aku. Minda aku bercelaru, entah apa yang aku fikirkan sampai sakit otak dibuatnya.
Tersedar semula, kembali masuk ke dalam alam realiti, aku bingkas bangun. Langkah diatur tergesa-gesa ke arah lif. Sampai di tingkat bawah, aku berjalan laju memasuki dewan. Aku teragak-agak nak masuk sebab telinga aku menangkap suara Younghoon. Dia masih belum balik lagi?
“ Aku memang simpan perasaan pada dia but— aku tak boleh nak buat keputusan. Sungguh, aku keliru! ”
Macam serius sahaja perbincangannya. Patutkah aku masuk? Pintu dewan sudah terbuka separuh sehinggalah suara Yuju menyampuk menghentikan perbuatan aku.
“ So, kau nak cakap yang kau suka Haesoo sebab muka dia sama macam Younghee? ”
“ Y–ya. ”
Zzup! Bagai disambar petir, ayat itu laju sahaja masuk ke dalam otak. Dihadamkan betul-betul sebelum realiti kembali mengetuk pintu hati aku. Apa yang Jaehyun katakan tadi semuanya benar belaka. Benda yang sama, benda yang serupa! Mohon tampar diri aku. Aku berharap semua ni mimpi—
Tapi, malangnya ia betul-betul realiti yang tak dapat disangkal lagi.
“ Younghoon, kau ni— Haesoo? D–dah berapa lama kau dekat situ? ”
Kemunculan aku disedari oleh Yuju. Serentak, Younghoon dan Juyeon mengalihkan pandangan ke arah aku. Mata masing-masing membulat besar macam burung hantu, terkejut dek kerana aku sudah terpacak di hadapan pintu.
Aku melepaskan pegangan pada pemegang pintu. Perlahan-lahan menukar arah laluan, kini bergerak sepantas yang boleh ke arah kereta yang diparkir di hadapan bangunan.
“ Haesoo! Kim Haesoo! ”
Suara Younghoon yang memanggil aku abaikan. Apa yang penting sekarang ni aku cuma perlu pergi dari sini secepat yang mungkin. Berjaya memasuki badan kereta, tanpa dipanaskan enjin terlebih dahulu aku terus menekan pedal minyak dan bergerak keluar dari kawasan syarikat. Memecut laju atas jalan raya, tak tahu ke mana hala tujunya.
Air mata dah lama mengalir, habis basah satu muka. Merasakan aku sudah memandu agak jauh dari kawasan syarikat, aku membuat keputusan untuk berhenti seketika. Mujur ada kawasan lapangan yang disediakan khas untuk tempat berhimpun, tidak perlulah aku mengambil risiko untuk berhenti di tepi jalan sahaja.
Aku capai phone, hanya ada satu nama yang bermain dalam fikiran aku sekarang. Hanya dia sahaja yang mampu tenangkan aku ketika ini. Nombor itu terus ditekan dan tidak sampai beberapa saat, panggilan disambungkan.
“ H–Hyunjae. I'm sorry for disturbing you but, saya betul-betul perlukan awak sekarang ni. Please. ”
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020