14

1K 164 20
                                    

no one’s pov

“ Jaehyun, saya cakap— yaish, kau rupanya. Ambik ni! ”

Haesoo buat tindakan drastik, menyiku perut gerangan yang hampir membuatkan dia terkena heart attack tadi. Bibirnya diketap penuh rasa geram, rasa nak luku saja kepala si perosak mood ini.

“ Aduh, sumpah lawak gila! Muka dah pucat habis, macam ayam berak kapur AHAHAHAHA. Relax lah, noona. Aku peluk kau pun dah kecut. Kenapa? Teringat ex-boyfriend pernah buat macam ni ke? ”

Ha, yelah. Kau ni, Kim Taeyoung. Sehari tak sah kalau tak buat aku mengamuk. ” Haesoo menjeling ke arah Taeyoung, adik bongsunya yang sudah tergelak macam orang tak betul di situ. Apapun, dia menarik nafas lega. Mujur bukan Jaehyun yang buat hal tadi.

“ Berhenti gelak, Taeyoung! Orang tengah tengok kau. Aduh, memalukan betul. ”

Sorry, tapi reaction noona tadi memang lawak lah. I can't stop laughing! ”

Balasan Taeyoung hanya mengundang rasa jengkel dalam diri Haesoo. Terus lengan adik lelakinya ditampar. Bunyi tamparan itu memang kuat, hampir meninggalkan kesan merah pada lengan Taeyoung. Kebetulan pula lengan kemeja sekolah Taeyoung dilipat sehingga paras siku, lagi sedaplah kena tampar dengan Haesoo.

“ Sakitlah, noona! ”

“ Padan muka. ”

Tanpa sedar, Younghoon perhatikan semua perkara itu. Lelaki yang berwajah innocent itu hanya pandang dengan penuh rasa curiga. Tumpuan dan fokus hilang serta-merta, tidak lagi ada keyakinan untuk meneruskan tugasannya memperagakan pakaian selepas lihat Haesoo dengan lelaki lain.

Siapa pula lelaki itu? Bukan main mesra lagi. Siap main tampar-tampar. Boyfriend baru dia? Kesian betul kau ni Younghoon. Apa yang dilihat terus percaya bulat-bulat.

“ Younghoon, psst! Kim Younghoon. Are you okay? Kenapa tiba-tiba berhenti ni? ”

Suara Yuju menyentakkan lamunan Younghoon. Baru perasan semua mata dalam dewan itu tertumpu ke arahnya yang dah macam patung atas pentas. Tiba-tiba saja dia berdiri kaku, membiarkan perasaan menguasai badannya.

Ah, m–maaf! S–saya minta maaf. Saya keliru tadi. Maaf. ”

It's okay. Take your time, Younghoon. Awak mungkin tak biasa lagi dengan pentas ni. ”

Yuju mengangguk, cuba untuk menutup kejanggalan yang berlaku dengan memberi kata-kata semangat. Gadis itu sedar reaksi yang Younghoon tunjuk sebaik sahaja Taeyoung muncul depan Haesoo. Dalam diam Yuju tergelak sendiri. Ada orang jealous. Tak sabar nak bagitahu Haesoo.

━━━━━━━━━━━

p/s : kim taeyoung from starship’s  new boy group cravity <3 uwuu, dia comel agagaga.

model. younghoonWhere stories live. Discover now