15

1K 167 2
                                    

haesoo’s pov

Rehearsal hari ini dah tamat dengan sempurna. Lagi dua hari, kami akan adakan rehearsal yang kedua dan mungkin itu akan jadi yang terakhir. 2 weeks to go sebelum pertunjukan fesyen tu. Serius, aku dah mula rasakan debarannya.

Acara tu penting sangat. Acara inilah yang akan tentukan nasib syarikat aku sama ada untung banyak atau jatuh merudum. Nasib syarikat ni bergantung pada pertunjukan fesyen tu dan pembeli yang akan tempah koleksi kami. Kalau gagal, murung setahun aku dibuatnya. Kalau tak berjaya, memang kecewa teruk aku.

Sambil menunggu Yuju settlekan masalah di dalam bilik persalinan model-model itu, aku ambil peluang ini untuk berbual dengan Taeyoung. Pelik juga. Macam mana dia datang ke sini? Sekolah dia dengan syarikat aku boleh tahan jauh juga. Mama suruh driver dia bawa budak ni datang melawat aku ke? 

“ Taeyoung, kau datang ke sini dengan siapa? Mama suruh driver dia yang hantar kau— ”

Nope. Aku datang dengan Hyunjae hyung. ” Taeyoung tidak mengalihkan pandangannya daripada skrin telefon, sibuk bermain dengan game. Aku terkedu sebaik sahaja nama Hyunjae disebut.

“ H–Hyunjae? ”

Eung. Hyung cakap dia kebetulan lalu dekat kawasan sekolah aku, jadi alang-alang tu dia jemputlah aku. And, dia kata nak jumpa kau. Pergilah jumpa dia. Dia tak masuk ke sini tadi sebab tengah jawab call. Hm, tapikan lamalah pula dia tu. Noona lah pergi check dia dekat luar. ”

Panjang lebar Taeyoung menerangkan cara dia datang ke sini dari sekolah. Mata dia masih lekat pada telefon. Ada juga nanti aku tolak kepala budak ni pada phone dia, masuk dalam game tu terus! Ralit benar dia main.

“ Tae, jaga handbag aku. Hilang nanti aku salahkan kau! ”

Ish, yelah. Ha pergilah jumpa Hyunjae hyung. Shuh, shuh! ” Taeyoung capai beg tangan aku, diletakkan atas riba sebelum melibaskan tangannya. Cara dia macam tengah menghalau lalat!

Aku bangun, berjalan keluar dari dewan ke ruang lobby. Mata aku melilau, tercari-cari kelibat Hyunjae di segenap ruang besar itu. Tak jauh dari tempat aku berdiri, aku nampak Hyunjae sedang bersandar pada dinding sambil menjawab panggilan. Dan whoops, timing aku tepat. Hyunjae baru saja habis berbual dalam telefon dan kini memandang ke arah aku, tersenyum.

“ Haesoo! ” Hyunjae berlari anak mendapatkan aku di hadapan pintu dewan. Aku membalas senyumannya, kekok “ A–ah, hai. Er, thanks sebab jemput adik saya balik sekolah. ”

Hyunjae hanya menggelengkan kepala, tersengih, “ Tak ada apa sangatlah, Haesoo. Kebetulan aku lalu dekat situ, aku jemputlah Taeyoung sekali. ”

Aku hanya mengangguk, tersenyum nipis sebelum menunduk ke bawah semula. Aku bukannya tak nak pandang Hyunjae, tapi bila tengok dia ni perasaan serba salah muncul tiba-tiba dalam hati aku.

Em, Hyunjae. Awak datang sini sebab mama saya ke? ”

Soalan aku dibiarkan sepi tanpa jawapan untuk beberapa saat. Tak lama selepas itu, Hyunjae melepaskan keluhan. Aku tahu situasi dia, sebab aku juga berada dalam situasi yang sama. Menjadi mangsa keadaan dan tersepit di tengah-tengah kerana desakan keluarga.

━━━━━━━━━━━
 

model. younghoonWhere stories live. Discover now