haesoo’s pov
— next day.
Aku parkir kereta di tempat khas dalam kawasan syarikat aku. Masih lengang tanpa kenderaan yang lain. Actually, aku yang datang terlebih awal. Tepat jam 7:30 pagi, aku dah terpacak depan bangunan sedangkan rehearsal untuk pertunjukan fesyen tu dijadualkan jam 8:30 pagi nanti.
Ah, biarlah. Aku nak buat preparation sendiri, tak nak menyusahkan Yuju kali ni biarpun dia assistant aku. Aku dah banyak kali susahkan dia, so hari ini aku akan buat semuanya dengan usaha sendiri. Langkah diatur laju memasuki dewan besar yang masih gelap tanpa cahaya, di dalam bangunan.
Nice. Stage dah siap dihias, lampu-lampu juga telah selesai dipasang. Jadi, hanya tinggal preparation baju yang bakal diperagakan nanti. Aku tukar laluan, berjalan ke arah fitting room. Dan, sekali lagi aku terpegun. Semuanya dah siap digantung elok, hanya perlu tunggu untuk persembahkan saja nanti.
“ Aish, apa gunanya aku datang awal? Yuju dah siapkan semuanya. Ugh, aku rasa bersalah pada dia. ” Aku mengigit bibir, menghela nafas berat sambil memerhati deretan pakaian yang sudah tergantung.
“ Haesoo. ”
Rasa seperti pinggang aku dipeluk dari belakang. Serta-merta aku berpaling, membulatkan mata tatkala melihat gerangan yang cuba menyentuh aku.
“ J–Jaehyun. A–apa awak buat dekat sini? Keluarlah! Awak tak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran— ” Aku cuba tolak badan Jaehyun menjauh, namun macam tak ada guna. Aku tolak dia macam tengah tolak dinding, tak bergerak walaupun sedikit.
“ Shh, baby. Kita berdua je dekat dalam ni, buat apa nak minta kebenaran? You know what, i missed you so much. ”
Rindu kepala bana dia. Selama ni, aku merayu pada dia untuk kekalkan hubungan kami macam orang tak bermaruah, tak ada pula dia nak ucap perkataan macam tu. Dia buat aku macam orang bodoh. Tinggalkan aku untuk perempuan lain, huh.
“ Jaehyun, please. Just let me go! Kita dah tak ada apa-apa, jadi tolong jangan buat macam ni. I’m your boss, Jaehyun! Kita dekat tempat kerja, so please behave yourself. ” Kata-kata aku ibarat angin saja, Jaehyun langsung tidak endahkan malah makin ketat pelukannya pada aku. Lelaki ni dah gila agaknya.
Buk!
Kedengaran bunyi kotak disepak kuat, mujur tidak ada apa-apa barang yang jatuh atau rosak. Serentak, aku dan Jaehyun pandang ke arah pintu.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020