❝ I know I am in love with you because my reality is finally better than my dreams ❞
━━━━━━━━━━━
haesoo’s pov
Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Everything was perfect! Kalau boleh aku nak melompat setinggi langit. Rasa gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tiada masalah yang berlaku semasa acara berlangsung. Pembeli juga mula tunjukkan minat, membuatkan aku terfikir ini adalah satu permulaan yang hebat.
“ Haesoo! Tengoklah ni. Pertunjukkan fesyen kita jadi trending dekat laman sosial. Koleksi kau jadi perbualan ramai, model-model yang kita pilih semuanya jadi famous serta-merta. Oh my goodness, Haesoo! Get ready untuk bekerja lebih masa lepas ni. ”
Yuju yang paling excited, terkecoh-kecoh dia memberitahu update terkini dalam telefon pintar. Betul, semuanya berada di luar jangkaan. Sambutan yang diterima memang tidak disangka langsung.
Selepas acara berlangsung tadi, semua pembeli mula bangun dari kerusi dan menyerbu ke arah aku bagai coklat Cadbury yang berebut dihurung oleh semut. Thanks to para model yang bersusah payah berjalan catwalk atas stage semata-mata untuk memperagakan rekaan aku. Oh, tidak lupa juga Yuju yang bijak menyusun ayat dan kata, menarik minat para pembeli dengan mulut manisnya.
Segalanya serba sempurna sehinggalah aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Nun, tidak jauh dari tempat aku berdiri, Younghoon dengan suara lantangnya menjerit ke arah aku.
“ Haesoo! Get out from there! ”
“ Wait, apa yang— ” Belum sempat aku ingin mentafsir apa yang sedang berlaku, suara Hyunjae pula bertempik kuat dari arah yang berbeza. Riak wajahnya berubah menjadi risau.
“ Kim Haesoo! Chandelier yang tergantung dalam dewan ni. Chandelier tu nak jatuh! Betul-betul atas kepala kau! ”
Macam orang bodoh, aku langsung tak berganjak dari kedudukan asal walaupun selepas mendengar suara Hyunjae. Aku mendongak, memerhatikan sahaja lampu besar yang megah itu bakal menghempap tubuh aku bila-bila masa sahaja—
Buk!
Terasa seperti badan ditarik kasar sebelum terdengar bunyi kaca yang kuat, pecah berderai di atas lantai dewan. Semuanya berlaku sangat pantas. Semuanya berlaku tanpa sebarang amaran. Sekejap— keadaan aku masih elok tanpa cedera sedikit pun?
“ Haesoo. Awak okay? ”
Perlahan-lahan mata dibuka, wajah Younghoon berada di hadapan aku— maksud aku, dia berada di atas aku. On top. Hidung aku mula mengesan bau minyak wangi yang dipakainya, cukup menerangkan keadaan aku yang begitu rapat dengan Younghoon. Mata aku terkebil-kebil, “ Y–Younghoon? ” Younghoon tersenyum lega, perlahan-lahan bangun daripada posisi yang kurang menyenangkan itu, “ Thanks god, you're okay. Saya suruh awak lari dari situ tapi awak berdiri statik macam patung. Jadi, saya terpaksa tarik awak. ”
Keadaan menjadi kecoh tiba-tiba. Kejadian tadi betul-betul membahayakan nyawa. Kalau bukan kerana Younghoon atau Hyunjae yang perasan lampu mewah itu bakal jatuh, mungkin dah arwah agaknya aku di sini.
“ Noona! Noona okay? Mama suruh bawa pergi hospital kalau kau tercedera. ” Taeyoung berlari ke arah aku. Aku sekadar menggelengkan kepala, “ N–Noona okay. ” Mata aku terpandang sesuatu.
“ Younghoon, your arm! Y–yah! Kenapa tarik saya? Tengok apa dah jadi! ” Aku membulatkan mata. Lengan Younghoon yang kini dipenuhi darah menjadi tatapan aku. Lengan bajunya terkoyak sedikit dek kerana terkena kaca yang pecah tadi.
“ I'm fine, Haesoo. Sikit saja ni. ”
“ Apa yang sikit? Jangan nak banyak bunyi! Cepat bangun, ikut saya pergi hospital! ” Aku cepat-cepat berdiri, ingin membantu Younghoon yang masih duduk atas lantai dengan muka tahan sakit. Konon sikit je, padahal muka macam nak nangis dah.
“ No, Haesoo. I’m fine, serious. Nanti saya pergi sendiri. ”
“ Younghoon, get up now. ”
“ Saya tak nak. Betul, Haesoo. Saya okay. Don't worry. ”
Aku berdecit. Ya Tuhan, degil betul lelaki ni. Aku tiada pilihan lain, biar aku sendiri yang buat kalau berkeras sangat tak nak jejakkan kaki ke hospital.
“ Taeyoung, masuk office noona. Ambil first aid dalam laci meja dan bawa ke sini. Younghoon, bangun. Masuk dalam fitting room belakang stage sekarang. Kalau tak nak pergi hospital, biar saya sendiri rawat luka awak. ”
━━━━━━━━━━━
lagi satu chap lepas tu dah tamat :)
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfic⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020