09

1.1K 170 3
                                    

haesoo’s pov

Er, sorry! Saya tak sengaja sepak kotak ni. ”

Wajah Juyeon muncul di muka pintu, tersengih malu kerana tiba-tiba mengacau kami berdua. Dia menggaru kepalanya, serba-salah memandang ke arah aku. Cepat-cepat aku tolak Jaehyun, membetulkan semula blaus aku yang sudah berkedut. Oh Juyeon, kau dah selamatkan aku!

O–oh, Juyeon. No, it’s okay. Awak tak menganggu pun. Jom, kita tunggu orang lain di luar. ”

Aku ambil kesempatan ini untuk melarikan diri daripada Jaehyun. Terus aku tarik Juyeon pergi dari situ, membawanya ke dalam dewan besar tadi. Sempat aku kerling ke arah jam tangan, hampir menunjukkan jam 8 pagi.

“ Awal awak datang, Juyeon. Seorang diri saja? ” Aku cuba alih topik, tak mahu Juyeon bertanya tentang kejadian tadi. Kalau boleh, aku tak nak dia ingat langsung. Biar lenyap dari fikiran dia.

“ Sengaja datang awal. Nak tengok-tengok kawasan syarikat ni. Ya, saya seorang je. Sepatutnya dengan Younghoon, but dia lambat bangun. Puas kejut dia suruh bangun tapi tak menjadi. Jadi, saya geraklah dulu. But, don't worry noona. Nanti dia sampailah. Saya suruh Chanhee jemput Younghoon, hehe. ” Juyeon tersengih, menjawab dengan panjang lebar. Aku hanya mengangguk, tersenyum. Okay, aku dah kehabisan idea nak berbual apa dengan budak ni.

Er, noona. Noona okay tak? Bukan nak jadi busybody, tapi muka noona nampak macam takut. Apa yang berlaku tadi? Who's that guy? I know dia salah seorang model syarikat ni sebab saya pernah nampak dia. But, siapa sebenarnya dia? ”

Ha sudah, budak ni dah perasan. Mesti dia nak tanya fasal keadaan aku dan Jaehyun tadi. Aku mengetap bibir, berbelah-bahagi dengan diri sendiri. Patut ke aku terus terang? Juyeon nampak boleh dipercayai, jadi tidak salah aku bagitahunya kan?

He's my ex. Jung Jaehyun. Lelaki yang saya sebut semalam ketika kita pergi lunch. ” Juyeon nampak terkejut, namun dia cepat-cepat mengangguk, “ R–Really? Oh, o–okay. Btw, sorry sebab bertanya macam ni pada noona. ”

Aku tersenyum, menggeleng, “ Nah, i’m okay. Tak kisah pun. But please, Juyeon. Jangan bagitahu sesiapa pun. Hanya awak je tahu. Saya tak nak perkara ni jadi isu pula, okay? ”

Juyeon mengangguk laju. Bagus ini budak, senang untuk dibawa berbincang.

━━━━━━━━━━━

model. younghoonWhere stories live. Discover now