19

1K 156 18
                                    

haesoo’s pov

8:00 p.m.

Mama ni memang tak faham perasaan anak sendiri ke? Memang taklah aku nak kahwin dalam masa terdekat ni, huh. Memang gila! Mama fikir aku dan Hyunjae ini robot yang tiada perasaan dan boleh diperintah sesuka hati? Rancang perkahwinan kami dalam masa 3 bulan? No way! Aku tak nak! ”

Aku masih belum puas merungut selepas perjumpaan dengan mama petang tadi, dan ya. Bersama dengan Hyunjae. Mulut aku mengomel sepanjang pemanduan balik ke rumah yang dikongsi sekali dengan Yuju. Bercakap sendiri seperti orang tidak betul dan nampaknya ada ciri-ciri calon terbaik untuk masuk hospital sakit mental!

Dalam leka merungut, aku tidak sedar langsung meter kelajuan kereta kini mencecah tahap berbahaya. Sungguh minda aku rasa bercelaru sampaikan aku hampir mengundang bahaya pada diri sendiri. Mujur tiada sebarang kemalangan yang terjadi, dan kini aku selamat sampai di kawasan perumahan.

Membuka pintu, aku tunjuk wajah masam mencuka. Langsung tidak menegur Yuju yang sedang bersenang-lenang di hadapan televisyen sambil mengunyah kudapan. Badan dan mental aku terasa penat dengan urusan dunia. Dalam fikiran aku ketika ini hanya mahukan masa rehat yang sempurna.

Wow, balik rumah dengan muka seperti tertelan asam. Asal? Anything happen masa dekat rumah mama kau? ” Yuju tetap menegur mesra walaupun mulut penuh dengan makanan. Aku menghela nafas, menyandarkan badan yang sudah kehabisan tenaga pada sofa.

Mama aku tu lah, asyik desak aku suruh kahwin dengan Hyunjae cepat-cepat. Aku tengah serabut dengan fashion show bulan depan, dia pula sibuk nak aturkan majlis perkahwinan. Like seriously? Aku penat nak hadap semua ni! ”

“ Kalau bukan sebab Jaehyun buat hal dulu, tak adanya mama control hidup aku sampai macam ni sekali. And, now tambah lagi satu masalah. Jaehyun si tak guna tu terhegeh-hegeh nak pada aku semula. Dia pikir aku bodoh sangat nak terima dia lepas apa yang dia dah buat? Hell no! Aku bukan perempuan murah lah. ”

Habis semua masalah aku hamburkan pada satu masa. Biarlah Yuju rasa menyampah dengan aku. Asalkan apa yang terbuku dalam hati semuanya telah dilepaskan! Ah, lega sekejap bila dah cerita semua benda pada teman serumah.

Hampir seminit suasana sunyi mengambil alih, Yuju tiba-tiba menyoal, “ Er, Haesoo. Dah puas mengamuk? ”

Hm, i guess dah rasanya. Thanks Yuju sebab dengar. Aku cuma perlukan seseorang untuk aku lepaskan tekanan. Sorry sebab buat kau pening kepala dengan perangai gila aku. Aku naik bilik dulu. ” Mood aku dah okay sedikit, terus sahaja bangun dari sofa.

Eh, Haesoo. Kau nak makan tak? Aku nak pergi beli ni— ”

No, thank you. Aku dah makan tadi. Now, aku cuma nak rehat. ”  Yuju hanya mengangguk, “ Okay. Kalau nak apa-apa minta je dekat aku eh? ”

Aku tersenyum. Untung aku ada kawan macam Yuju. Even dia tidak dapat nak selesaikan masalah peribadi aku, but dia boleh memahami keadaan aku pun dah cukup baik.

Selesai mandi, aku terus baringkan diri di atas katil. Niatnya nak tidur awal, mahu kosongkan fikiran dari segala masalah yang terjadi siang tadi. Namun, hampir sejam berlalu aku masih tidak dapat lelapkan mata. Badan penat tapi tak boleh tidur. Kenapa ni, haih?

Ting! Ting! Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon pintar milik aku bertalu-talu masuk, macam ada mesej yang dihantar serentak pada masa yang sama. Siapa pula yang berani mengacau rehat aku malam ni?

you got a message from Jung Jaehyun.

you got a message from Lee Hyunjae.

you got a message from Kim Younghoon.

Ha, ambik kau.

Tiga-tiga model ni mesej aku— oh, aku tak bagitahu apa pekerjaan Hyunjae eh? Okay, dia juga seorang model. Tapi, untuk syarikat pemodelan keluarga dia lah. Al maklumlah, orangnya tinggi. Muka pun bukan main kacak lagi. Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah jatuh hati pada Hyunjae. Bukan calang-calang orangnya. Bakal pewaris syarikat tu, fuh. Tak sangka aku bakal berkahwin dengan dia.

Tapi, tulah. Rasa suka tu sekejap je bertandang bila aku asyik fikirkan yang aku hanya bebankan Hyunjae dalam masalah ni. Kalau bukan sebab permasalahan aku dengan si Jaehyun tu, tak adanya Hyunjae tersepit dengan permintaan karut keluarga kami.

Lama juga aku berteleku atas katil, confius tak tahu nak balas mesej yang mana dahulu. Ah, sudah pasti mesej Jaehyun aku akan abaikan! Ikutkan hati aku nak block saja nombor dia. Tapi, akan jadi masalah lain pula kalau aku bertindak macam tu.

Hyunjae? Hm, pasti dia nak cakap tentang perbincangan petang tadi. Buatkan mood baik aku kembali melayang pergi. Jadi, mesej yang terakhir hanyalah dari Younghoon. Lelaki tinggi yang berjaya jentik hati aku yang dah lama tertutup nak jatuh cinta lagi, acewah!

“ Younghoon? Tak pernah-pernah dia mesej aku sebelum ni. ”

from : kim younghoon

haesoo.
awak dah tidur ke?
saya tak boleh nak tidur :(
juyeon dah lama masuk mimpi, hm.
boleh tak temankan saya berbual malam ni?

━━━━━━━━━━━

model. younghoonWhere stories live. Discover now