no one’s pov
— 8:45 p.m.
Younghoon duduk santai di ruang tamu apartmentnya. Phone yang sejak tadi dipegang bagai tak mahu lepas ditatap buat sekian kalinya sebelum mengeluh. Dah puas duduk, dia berbaring atas sofa. Dah puas baring, dia meniarap pula. Tak selesa meniarap, dia berbaring dengan kepala ke bawah, kaki naik ke atas sofa dan diletakkan pada dinding. Serba tak kena lelaki ni, macam ada sesuatu yang ditunggunya namun tidak muncul jua.
“ Kau ni dari tadi tak duduk diam dah kenapa, Younghoon? ”
Juyeon menegur, pening kepalanya melihat Younghoon yang tak duduk diam sejak tadi. Fokus dia untuk menonton movie terganggu dek kerana lelaki itu asyik mengeluh tanpa henti. Younghoon memuncung sedepa, “ Dia tak call lagi lah. ”
“ Kau tunggu siapa call pula ni? ”
“ Haesoo. ”
Juyeon terdiam dan tak lama selepas itu dia terangguk-angguk, tersenyum senget, “ Patutlah macam cacing kepanasan. Tunggu buah hati call dari tadi rupanya. Btw, kau bagi nombor phone pada Haesoo ke? ”
Younghoon mengangguk, “ Haah, sekali dengan nombor kau aku bagi pada Haesoo. Dia cakap nak call tapi, aku tunggu dari tadi lagi tapi tak ada pun. ”
“ Kau ni, dia kan ketua syarikat. Mesti dia tengah busy. Ingat ada masa ke nak layan kau tu? ” Selamba saja Juyeon membalas, kembali menonton television tanpa menghiraukan pandangan maut Younghoon. Even dia ni muda setahun daripada Younghoon, tapi fikiran dia lebih matang daripada Younghoon. Selang beberapa saat, phone Younghoon berdering kuat minta diangkat.
“ eh— WOAH JUYEON, DIA CALL LAH! ”
Juyeon hampir tercekik tulang ayam dek kerana jeritan Younghoon yang kuat itu kedengaran tiba-tiba. Wajah muram Younghoon tadi kini bertukar ceria, tersenyum sampai ke telinga. Sekali pandang, nampak sangat dah lelaki ni angau tahap tak boleh bawa bincang.
“ Annyeong, Younghoon? ”
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020