haesoo’s pov
“ Maafkan saya! Saya betul-betul tak sengaja! ” Berulang kali aku menundukkan kepala, memohon maaf secara terbuka. Bersalahnya aku pada si dia, air yang mahal itu jatuh ke atas lantai tanpa sengaja. Membazirnya!
“ It’s okay. Awak tak sengaja, kan? Lagipun air tu tak sedap. Rasanya tawar. ”
Amboi, dia ni? Saja nak sedapkan hati aku atau dia betul-betul maksudkannya? Nada suaranya tidak kedengaran memerli atau menyindir, hanya suara biasa yang lembut namun tidak mampu menghilangkan perasaan serba salah aku dalam hati.
“ Tapi, air tu masih baru. ”
“ Younghoon, apa yang— oh, wow. Kau baru je beli air ni tadi, kan? Dah jatuh? ” Ada suara menyampuk, aku yakin itu rakannya. Aduh, makin bersalah bila aku tahu air yang tumpah ni baru saja dibeli. Mungkin tak sempat diminum pun lagi!
“ What’s going on here, Haesoo? Dia— eh, Chanhee? Yow, my cousin! Tak sangka jumpa kau dekat sini. ” Yuju menghampiri aku, tidak menghabiskannya ayatnya lagi terus menyapa lelaki yang ada di hadapan aku ini. Jadi, salah seorang daripada mereka berdua ini ialah sepupu Yuju?
“ Yuju? Lama tak jumpa kau. Btw, aku juga tak sangka boleh terserempak dengan kau dekat sini. But, hey. Ini kawan kau? ”
Lelaki bernama Chanhee itu menunjuk ke arah aku. Takut-takut aku berdiri di situ, rasa macam nak sorokkan kepala dalam baju! Yuju mengangguk, terus memeluk lengan aku, “ Yup, ni Haesoo. Dia fashion designer. Aku bekerja dekat syarikat dia. Apapun, apa dah jadi? And, siapa punya air yang dah tumpah ni? ”
“ Kawan aku punya. Ni namanya Younghoon. ” Ah, lelaki yang aku langgar tadi namanya Younghoon. Aku masih tak berani nak pandang muka dia sebab terlampau takut dan rasa bersalah.
“ Haesoo–ah, janganlah takut. Saya bukannya nak marah pun. Benda dah jadi, kan? Rasanya awak dah boleh angkat muka tu. ”
Ambik kau, Kim Haesoo. Kan dah kena tegur. Dengan keberanian yang ada, aku mendongakkan sedikit kepala dan memandang ke arah Younghoon. Terpegun aku seketika. Lelaki ni bukan sahaja tinggi, rupa dia juga boleh tahan kacaknya. Lagi-lagi bila dia tersenyum. Indah betul ciptaan Tuhan, haih.
“ Oh gosh, kawan kau ni handsome lah ehe. Ada potensi untuk jadi model kami ni. Bolehlah datang temuduga esok! ” Tidak melepaskan peluang yang ada, Yuju menghulurkan flyers tentang pencarian model syarikat aku yang sentiasa dibawanya dalam beg tangan. Younghoon mencapainya, meneliti setiap maklumat yang ada pada flyers sebelum bersuara, “ Interesting. Kalau saya bawa kawan yang lain, boleh ke? ”
“ Eh, no hal lah! Bawa mereka datang sekali. Mana tahu alang-alang tu aku boleh cari calon boyfriend sekali— auch, Haesoo! ” Aku menjeling tajam ke arah Yuju. Selamba betul dia ni. Younghoon hanya tertawa kecil, terangguk-angguk, “ Alright. ”
“ Aku? Kau tak nak offer ke? ” Chanhee menyoal, memandang Yuju yang masih mengadu sakit akibat dicubit oleh aku tadi.
“ Kau mat jambu tak payahlah. Muka lawa sangat, takut nanti pembeli salah anggap kau ni perempuan dan bukannya lelaki. ”
“ Kurang asam, huh! ”
“ Ehem, rasanya kami kena pergi dulu. Yuju, jom. A–aku tertinggal phone dekat office. Er, Younghoon. Ni, saya bayar balik air awak yang— ” Belum sempat aku nak habiskan ayat, Younghoon terlebih dahulu menggeleng. Dia menolak lembut pemberian aku tadi, “ No, Haesoo. Simpan saja duit awak. Tak apa. Saya tak kisah pun. ”
“ Tapi— ”
“ Awak bayar saya balik dengan terima saya sebagai model untuk syarikat awak esok, boleh? ” Younghoon mengenyikkan mata di hujung ayat, hampir membuatkan jantung aku rasa nak tercabut.
“ Pastilah boleh! Datang awal ya? Senang kitorang nak buat preparation. Okay, bye! Kitorang pergi dulu. ” Mujur Yuju bertindak pantas, menggantikan aku yang dah diserang angau sekarang ini.
“ Bye Yuju, Haesoo–ah. ” Younghoon masih tersenyum ke arah aku. Dan, aku? Dah berbahang muka ni. Perasaan malu, gemuruh semuanya bercampur aduk.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020